17 November 2009

Wanita Pertama Republik Islam Iran: Azam al-Sadat Farahi

ROM 16 Nov. – Wanita pertama Iran membuat kemunculan luar biasa serta memberi ucapan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini dalam forum di bandar raya ini menjelang persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang kebuluran bermula hari ini.

Isteri kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad boleh dikatakan tidak pernah membuat kemunculan awam bersama suaminya dan menghadiri perhimpunan awam sebelum ini.

Azam al-Sadat Farahi menghadiri forum berkenaan sebagai isteri Presiden Iran semalam, sebelum persidangan tiga hari mencari strategi menentang kebuluran bermula hari ini di ibu pejabat Pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO) PBB di Rom.

Dengan pakaian ‘chador’ hitam, Azam tidak berucap di podium tatapi dari tempat duduknya bersama barisan pasangan 60 ketua negara lain yang dijadualkan menghadiri persidangan, kata jurucakap FAO, Christopher Matthew.

“Ucapan beliau tidak dijangkakan dan beliau tidak mempunyai teks ucapan, ia adalah secara spontan,” kata pegawai FAO.

Agensi berita rasmi Itali, ANSA melaporkan, wanita nombor satu itu menggambarkan Iran sebagai contoh dalam memerangi kebuluran dengan memberitahu bahawa sistem negaranya, ajaran keagamaan, menjamin keselamatan makanan kepada semua keluarga.

Sky TG24 TV Itali berkata, beliau turut mengecam kebuluran kanak-kanak di Gaza.

Forum tersebut diketuai oleh Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Hubungan rasmi antara Iran dan Mesir tegang pada 1979 apabila Kaherah menandatangani persetujuan dengan Israel, negara yang dikecam sebagai musuh oleh Teheran. – AP


Berita dipetik dari Utusan Malaysia, hari ini.

11 comments:

Faiz As-Syirazi said...

Tabik!

alhariesz said...

Alhamdulillah...

Inilah contoh muslimah, berani berhujah. Berani kerana benar. Menyatakan yang haq & mutlak.

Contoh terbaik suami memimpin isteri, isteri memayungi suami.

zahra said...

Salam.

Entri ini mengingatkan saya kepada ayat ini:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jejarimu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." - al-Rum: 21

Dan ayat ini mengingatkan saya pula pada kenyataan ini dalam satu pembacaan saya:

Wanita itu membina lelaki, dan lelaki membina masyarakat. Oleh itu, tidak perlu mendabik dada siapa yang lebih berusaha dan berbakti, kerana secara alamiahnya, masing-masing punya tanggungjawab yang tersendiri.

Juga, wanita disebut sebagai penyalur semangat kepada lelaki yang 'berjuang' di barisan hadapan, dan lelaki harus menyambut semangat itu sebagai satu amanah yang harus disempurnakan.

Renung-renungkanlah.
Wassalam.

syukruzlan said...

i try to imagine how if our first lady wearing that kind of "chador' hitam...hehehe

nice!!!

IndukYati said...

salam semua..
agak Bik Mama ada berani buek macam nie kor..?

Awang Kapak said...

macam mana ni? nak bai'ah dgn Iran ke tidak?

Hanisumayyah said...

Sebagai wanita saya turut bangga!

ngasobahseliman said...

alhamdulilah.Lelaki dan wanita lengkap melengkapi.Masing-masing ada tanggong jawab yang sama , walaupun tak serupa.

Fatimah Z Rosli said...

Bismillah MasyaAllah.. moga jadi contoh ikutan kepada wanita muslimah yang lain..

ambo_AsyMok said...

"Bila Datang KEBENARAN....

fadzlina said...

tabik spring!!

hebat2