05 November 2009

Single Revolusi Pembudayaan Selawat Telah Terbit


Untuk tempahan/beli sila hubungi Luqman Hisyam Che Mazlan di chefhisyam@gmail.com.

19 comments:

diskopi said...

ada buat marketing kat youtube tak? itu antara cara terbaek untuk menarik perhatian orang-orang muda.

Abi Qalam said...

Salam,

Satu usaha yang baik.. Marilah menyampaikan selawat kepada baginda al Mustafa, isteri-isteri baginda, Ahl Bayt baginda, para sohabat2 baginda..

Dan marilah kita beradab kepada baginda dengan sebaik-baik adab dengan mengasihi mereka yang mengasihi baginda serta tidak membenci mereka dan tidak pula bersangka buruk pada mereka.

Faisal Tehrani said...

Abi Qalam

’diriwayatkan daripada Ka’b bin Ujra, dikatakan:’ wahai Rasulullah, kami tahu bagaimana cara bershalawat kepadamu, tapi bagaimana cara memohon kepada Allah bershalawat kepadamu?’ Nabi saw berkata: ’Ucapkanlah, Allahumma shalli ’ala Muhammad wa ’ali Muhammad kama shallaita ala Ibrahim wa ’ali Ibrahim. Innaka hamidun majid.’ Hadis tersebut secara terang, bukan sahaja menyebut nama Rasulullah tetapi ikut jua menyebut keluarga Nabi yang dikenali sebagai ahlul bait. Hadis ini termuat dalam Shahih al Bukhari, hadis 6320.
Begitulah yang kita baca dalam solat mengikut mazhab syafie. saya kira kalau ada penambahan lain, mungkin bid'ah kot?

gembala suara said...

saLam ...
betul tu bang....
sebagaimana yang kita sentiasa baca dalam Tahhayat....
di mana ketika Rasulullah Saw bertemu dengan ALLAH SWT dalam peristiwa Isra' Mi'raj...
tetapi saya nak tanya apa maksudnya revolusi pembudayaan selawat itu?
adakah menokok tambah selawat itu sendiri atau kaedah tuturannya diperbaharui?

Faisal Tehrani said...

Gembala
Revolusi Pembudayaan Selawat ni nak menyahut seruan At-Thahawi yang mengatakan, selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W. Sekarang ni ada sepesen manusia dengar nama nabitertonggok je tak reti nak selawat. jadi kumpulan ni nak ajar orang selawat selalu2. jadikan ia budaya. Tambah2 Az-Zamakhsyari berpendapat, selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis. Apa salahnya buka dengan ummul kitab dan selawat, tutup dengan al-asr, dan selawat juga? Ibnu Jarir At-Thabari pula berpendapat, berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai. jadi elok kiranya dijadikan budaya...begitulah niatnya kumpulan ni.

Abi Qalam said...

Salam FT,

:)
Jika FT belum kenal, saya bukan jenis 'bida'ah sana bida'ah sini.. syirik itu.. syirik ini'.
Saya hanya menyampaikan anjuran ahl bayt yang menggalakkan kita beradab dengan RasuluLlah dengan cara yang saya sebutkan.
Selawat adalah penghubung cinta kita kepada Saidina AL Mustafa RasuluLlah, dan cinta itu terlimpah kepada Ahl Bayt, isteri-isteri baginda, dan para sohabat semuanya. Makhluk manakah yang lebih menyintai Baginda Al Mustafa selain mereka ini? Maka marilah bertawassul atas kecintaan mereka yang kita zahirkan melalui selawat. Andai kita rindu mengucup batu yang dikucup Saidina Al Mustafa, maka apakah dosa menyintai mereka yang menyintai Baginda? Inilah rukun cinta yang sejati! Dan bukan menyakiti baginda dengan mencerca caci yang dicintai baginda.. Tak begitu FT?

Dan mengikut mazhab syafi'i Ahl Bayt adalah bani hashim..

rihal_puredeeds said...

salam,
menarik sekali....
sekadar ingin berfikir secara rasional

Point 1.

Abi Qalam tulis:
"Marilah menyampaikan selawat kepada baginda al Mustafa, isteri-isteri baginda, Ahl Bayt baginda, para sohabat2 baginda."

FT balas:
"Nabi saw berkata: ’Ucapkanlah, Allahumma shalli ’ala Muhammad wa ’ali Muhammad kama shallaita ala Ibrahim wa ’ali Ibrahim. Innaka hamidun majid.’


FT rujuk pada hadiths(kesahihannya mudah saja diconfirmkan' AQ rujuk pada apa?(please verify ok)

Point 2:
AQ tulis:

"Selawat adalah penghubung cinta kita kepada Saidina AL Mustafa RasuluLlah, dan cinta itu terlimpah kepada Ahl Bayt, isteri-isteri baginda, dan para sohabat semuanya. Makhluk manakah yang lebih menyintai Baginda Al Mustafa selain mereka ini? Maka marilah bertawassul atas kecintaan mereka yang kita zahirkan melalui selawat."

Maaf tolong rasionalkan adakah selawat boleh dikaitkan atas dasar yang AQ tulis di atas ataupun ianya khusus sptmana hadiths yg FT catat.

Kesimpulan : maaf tiada maksud tersirat cuma akal diri sendiri sedang "berputar"

zahra said...

Salam.

Pada saya, tak perlulah nak pening-pening bagaimana harus membaca selawat ini.

Bacalah selawat, dengan dilimpahkan juga kepada ahlul baytnya, dan juga sahabat-sahabatnya (yang benar).

Siapakah sahabat-sahabatnya yang benar? Ha, yang itu barulah kena digali...

Wallahua'lam.
Wassalam.

Abi Qalam said...

Salam FT,

Jeng jeng jeeeng...
Ada komen terhadap 'sahabat yang benar' itu FT??

Boleh jadi byk wajah tafsirannya, apa FT nak rincikan kah? Dari pandangan Ibadi atau sepupu sepapat mereka, atau syiah? Dari sudut ahl sunnah, saya yang sekolah atap ni tak pernah dengaq pulak pembahagian sahabat yang benar, atau sahabat yang tidak benar.. hmmm..

Faisal Tehrani said...

Abi Qalam
Itu kena tanya Zahra. Tapi saya sendiri bila mengkaji ada jumpa bahawa dalam kitab Shahih Muslim 4/2143 no 2779 (9) tahqiq Muhammad Fuad Abdul Baqi disebutkan bahwa diantara sahabat Nabi terdapat orang munafik-

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah yang berkata telah menceritakan kepada kami Aswad bin Amir yang berkata telah menceritakan kepada kami Syu’bah bin Hajjaj dari Qatadah dari Abi Nadhrah dari Qais yang berkata “saya pernah bertanya kepada Ammar, bagaimana pendapatmu tentang perang terhadap Ali? Atau bagaimana pesan yang disampaikan Rasulullah SAW kepadamu?. Ammar menjawab “Rasulullah SAW tidak pernah menyampaikan pesan kepada kami suatu pesan yang tidak Beliau sampaikan juga kepada orang-orang”. Saya diberitahu oleh Huzaifah dari Nabi SAW yang bersabda “Di antara SahabatKu ada dua belas orang munafik. Di antara mereka ada lapan orang yang tidak akan masuk syurga sampai unta masuk ke lubang jarum”. Lapan orang diantara mereka akan mendapat Dubailah, sedangkan empat lainnya aku tidak hafal yang dikatakan Syu’bah tentang mereka.

Matan hadis Shahih Muslim di atas menyatakan bahwa Rasulullah SAW sendiri yang menyebutkan ada sahabat Beliau yang munafik. Sudah menjadi kenyataan bahwa dalil sejelas apapun selalu boleh dicari-cari penolakannya oleh orang yang nak tegak benang basah. Mereka yang menolak ada sahabat Nabi munafik mengatakan bahwa hadis Shahih Muslim di atas menceritakan bahwa ada dua belas orang munafik dari Umat Nabi SAW dan mereka bukanlah sahabat Nabi SAW.

Mereka berdalih dengan hadis berikutnya dalam Shahih Muslim 4/2143 no 2779 (10) tahqiq Muhammad Fuad Abdul Baqi

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna dan Muhammad bin Bisyr (lafaz ini lafaz Al Mutsanna) yang berkata telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja’far yang berkata telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Qatadah dari Abi Nadhrah dari Qais bin Abad yang berkata “saya bertanya kepada Ammar, bagaimana pendapatmu tentang perang yang kamu lakukan? Sebab pendapat itu boleh jadi benar dan boleh pula jadi salah. Atau bagaimana pesan yang disampaikan Rasulullah SAW kepadamu?. Ammar menjawab “ Rasulullah SAW tidak pernah menyampaikan pesan kepada kami yang tidak Beliau sampaikan pula kepada orang-orang. Ammar berkata “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “bahawa diantara umatku”. Syu’bah berkata Ammar berkata telah diberitahu Huzaifah dan Ghundar berkata “saya melihat Rasulullah SAW bersabda “Diantara umatKu ada dua belas orang munafik yang tidak akan masuk syurga bahkan mereka tidak mencium bau syurga hingga unta masuk ke lubang jarum. Lapan orang di antara mereka akan mendapat Dubailah iaitu api yang menyengat punggung mereka hingga tembus ke dada.

Kedua hadis Shahih Muslim diatas adalah Shahih, tetapi dalih sebahagian orang macam sdr agaknya bahawa dua belas orang munafik itu bukan sahabat Nabi tetapi Umat Nabi tidak boleh diterima begitu saja. Jika kita menerima keshahihan kedua hadis ini maka tidak ada kontradiksi atau pertentangan antara hadis yang satu dengan yang lain hingga kita harus menolak salah satunya

Hadis yang satu menyatakan Di antara SahabatKu ada dua belas orang munafik

Hadis yang lain menyatakan Diantara UmatKu ada dua belas orang munafik

ada banyak lagilah abi qalam.kena tanya zahra kot.

محمد الهاشمي said...

salam,

terasa macam nak nukilkan beberapa rangkap daripada syair imam syafie r.a, maaflah, kualiti bahasa saya tak cukup tinggi untuk menterjemahkan rangkap2 seindah ni ke bahasa ibunda ( harap2 saudara ft boleh tolong terjemahkan,dapat kongsi2 )..sumbernya saya dapat daripada diwan syair imam syafie...

إذا في مجَلِسٍ نَذْكُر عَلِياً
و سبْطَيهِ و فاطمة الزكية
يُقالُ تجاوزوا يا قوم هذا
فهذا مِن حديثِ الرافضية
برئتُ إلى المُهَيمِن مِن أناسٍ
يَرَوْن الرفْضَ حُبَّ الفاطمية

قالوا ترفَّضْتَ قُلتُ كَلا
ما الرَفْض دِيني و لا اعتِقادي
لكن توليت غيرَ شكّ
خيرَ إمام وخيرَ هادى
إنْ كان حُبّ الولي رفضا
فإنّ رَفْضي إلى العباد

يا آلَ بَيْتِ رسولِ اللهِ حُبُّكُم
فرضٌ مِن اللهِ في القرآنِ أنزله
يكفيكم مِن عظيمِ الفَخْرِ أنكم
مَن لم يُصَلّ عليكم لا صلاةَ له

إذا نحن فَضَّلْنا عليًّا فإننا
روافض بالتفضيلِ عِند ذوى الجهْلِ
و فَضْل أبي بكر إذا ذَكَرْتُه
رُمِيتُ بنصب عند ذِكْري للفضل
فلا زِلْتُ ذا رفض و نصب كلاهما
بحُبّيهما حتى أوسد في الرمل


شَهِدتُ بأنّ الله لا ربَّ غيره
و أشهد أن البعثَ حقٌ و أخلص
و أنّ عرا الإيمانِ قولٌ مبين
و فعلُ زكيّ قد يَزيد و يَنْقُص
وأنّ أبا بكر خليفة ربه
و كان أبو حفص على الخير يحرص
أئمة قوم يهتدى بهداهم
لحى الله مَن إياهم يَنْتَقِص


إنْ كان رَفْضًا حُبُّ آلِ محمد
فليَشْهَدْ الثقلان أنّي رافِض

olahan daripada bait terakhir ni rasanya dapat memberi ilham kepada dr maza untuk berkata ( agaknya la kan ) :

- jika berpegang teguh kepada alquran, sunnah atas kefahaman para salaf itu dinamakan wahabi,
maka bersaksilah jin dan manusia sekalian bahawa aku adalah seorang wahabi...


betullah kata yang

الحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها فهو أحق بها

terima kasih sebab saudara ft sudi berkongsi ilmu dan maklumat, orang dah memberi, kita pula merasa, tak manislah kalau nak pulangkan dengan dulang kosong je kan...

إرشاد الغبي إلى مذهب أهل البيت في صحب النبي
المؤلف: محمد بن علي بن محمد الشوكاني

link : http://www.waqfeya.com/book.php?bid=2308

atau

http://www.archive.org/download/waq4366/4366.pdf

zahra said...

Salam.

Saya tak punya banyak masa untuk menyuapkan jawapan atau menjelaskan panjang lebar tentang persoalan ini.

Tapi, apabila kita membaca al-Quran atau terjemahan atau tafsirannya, atau mendengar guru menerangkannya, tidakkah pernah terdetik di hati, untuk bertanya, mengapa ayat-ayat itu diturunkan, apa situasinya, dan siapa yang dimaksudkan dalam ayat-ayat tersebut?

Saya berikan tiga ayat yang boleh 'digali', berhubung dengan persoalan ini:

1. Surah al-Jumuah:11
"Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai lalu pergi kepadanya dengan meninggalkan kamu berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah: Apa yang di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan. Dan Allah sebaik-baik rezeki."

2. Surah Ali Imran:133
"Muhammad itu tidak lain hanya seorang Rasul. Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kalian akan berbalik ke belakang (menjadi murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada Allah sedikitpun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."

3. Surah at-Taubah:48
"Sesungguhnya dari dahulupun mereka telah mencari-cari kekacauan dan mereka mengatur pelbagai macam tipu daya untuk (merosakkan)mu, hingga datanglah kebenaran (pertolongan Allah), dan menanglah agama Allah, padahal mereka tidak menyukainya."

Ketiga-tiga ayat ini menjurus kepada wujudnya sahabat yang tidak benar, yang mencetuskan soalan pertama: siapakah sahabat yang benar?

Maka timbul pula soalan kedua, siapakah sahabat yang tidak benar itu? Menarik, bukan?

Sebenarnya ada banyak lagi ayat dan hadis tentang ini. Tapi cukuplah dengan tiga ayat ini.

Sdr AQ, pada setiap jawapan akan ada soalan lain. Sdr perlu mencari sendiri (atau sebenarnya sdr memang tahu, tapi sekadar mahu bertanya).

Wallahua'lam.
Wassalam

محمد الهاشمي said...

salam,
kepada zahra

persoalan yang memerlukan berjilid2 helaian kertas sebagai jawapan memang agak mustahil untuk meringkaskannya dalam sepatah dua kata.saya cuba padatkan dan sangat berharap ada faedah yang dapat saya kutip untuk dijadikan sebagai bahan menambah ilmu. dengan rendah diri di sini saya mengharapkan ifadah daripada kalian.

1- dalam disiplin ilmu hadis, ijma muhaddithin mengatakan bahawa sahabat yang menjadi naqalah syariah kesemuanya 'udul dan tidak perlu kepada ta'dil berdasarkan nas2 daripada kitab,sunnah dan ijma ummah.ini boleh dirujuk dalam mushtalah atau qawaid hadis.dan terbit dari kaedah ini, mursal sahabi tidak tergolong daripada hadis daif. satu perkara yang juga patut diberi perhatian di sini, 'adalah dan 'ishmah merupakan dua perkara yang berbeza, jadi kesilapan dan dosa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang masuk akal, tetapi taklah sampai mencacatkan 'adalah.

jadi sebarang percubaan untuk menimbulkan syak wasangka terhadap 'adalah para sahabat, bererti umat islam terpaksa membuang sebahagian besar hadis2 nabi yang datang melalui sanad mereka. dan satu perkara yang maklum, rafidhah adalah antara kaum yang mempertikaikan 'adalah sahabah. kembali kepada sejarah, syiah rafidhah berpaling tadah kepada imam zaid setelah baginda enggan mengeluarkan kata2 memburukkan syaikhan ( abu bakr dan umar ).

soalan saya, apakah perlu untuk menzahirkan rasa benci atau syak wasangka kepada sahabat2 yang nabi redha dalam pada melahirkan kecintaan kepada ahl bait ? sebelum di tuduh, saya bukan nashibah. dan sila buka hati untuk merujuk juga kepada muhaddithin. sebab sebenarnya lagi banyak ayat dan hadis tentang ini. bezanya, berdasar kefahaman siapa yang kita ikut? kami berharap dapat mengetahui rujukan autentik dari pihak syiah, tasykik dan zhan yang ditimbulkan tak dapat menggugat hakikat.

2- kita yakin yang " sahabat yang tidak benar " yang disebut bukan terdiri daripada sahabat2 Nabi yang kita - muslimin malaya ni - sedia maklum. beliau tak maksudkan syaikhan, sayyidah 'aisyah ataupun yang lain2 yang fatwa mereka menjadi pegangan umat islam. punca masalahnya, unsur2 tasyayyu' yang berbau rafidhah ( dan ft rasanya dah pun buat pencerahan ) dalam sesetengah penulisannya yang menyebabkan sesetengah orang tak senang duduk. bila2 senang cuba rujuk kata azzahabi dalam kitabnya "mizan i'tidal" dalam terjemahan " abaan bin taghlib " ( 2 ) dan bagaimana beliau menghuraikan tasyaiyyu' pada diri seseorang.

3- semoga usaha pembudayaan selawat ini dapat menjadi baja untuk menyuburkan lagi rasa cinta terhadap rasul dan ahl bait baginda alaihim sholatu was salam. bravo team ft. wa Allahu almuwaffiq..

behlul said...

assalamualaikum..

pertama saya nak ucapkan tahniah kerana
akhirnya saya dapat membeli singel Revolusi Pembudayaan Selawat..

keduanya.. saya melihat dalam meniti kebiakan yang dilakukan masih ada lagi manusia yang secara sengaja ingin mengeruhkan.. kemudian memutarbelitkan fakta dan bermain-main bicara dengan

Abi Qalam said...

Salam FT,

Aduh.. duh.. wah bikin pusing..

Setahu saya, istilah Sahabat Nabi pada syari'ah digunakan pada mereka yang bersama dengan Nabi, dan dalam beriman kepada apa yang dibawa baginda sehingga mati mereka. Maka istilah syariah yang dipakai oleh mereka yang berpura-pura ialah Munafiquun(dan ketuanya yang terkenal ialah Abdullah bin Ubai Bin Salul) dan saya menuntut supaya istilah 'sahabat yang tidak benar' digugurkan sebab mengelirukan orang awam.

Merujuk kembali pada hadith '10 sahabat yang dijanjikan syurga' maka dah tentu kesemua sepuluh sahabat itu bukan munafik.. betui dak? Ya lah, takkan nabi nak lantik Saidina Abu Bakr jadi imam Solat kalau dia seorang munafik atau kufur atau musuh Allah.. ye dak?
Yang saya dengar, dalilnya ayat quran 'Kuntum khairun ummah' dan hadith 'Yang terbaik daripada ummatku'. Pointnya disini, Ahl sunnah mengambil pendekatan 'bersangka baik' dan memuliakan kepada SEMUA sahabat(rujuk pd definisi) kerana ada hadith (bukhari) RasuluLlah melarang kita mencerca para sahabat, sehinggakan sekiranya kita menginfaq satu gunung emas pun takkan sama dengan segenggam tapak tangan mereka.

Dan dalil aqal pula, tidakkah RasuluLlah adalah sebaik-baik makhluq? Jika pilih isteri tentulah isteri2nya terbaik dari kalangan wanita.. jika pilih Mertua dan menantu tentulah mereka itu dikalangan yang terbaik juga dan jika pilih sahabat mestilah yang the best of the best dikalangan makhluq dunia nasuut ini. Ya lah, jika semulia-mulia wanita Saidatina Fatimah hanya layak untuk semulia-mulia lelaki, Saidina Ali, maka apatah lagilah RasuluLlah, sebaik2 kejadian.

Ni akal orang mengaji atap laa..

Jadi pelik benar bila FT.. eh maaf.. Zahra bersalahan dengan Ahl Sunnah dlm bab ini.. dan FT menyokongnya?? Ni bukan tuduh.. tanya.. :)
Ke guano?

Faisal Tehrani said...

abi qalam
1. Hujah saya telah sempurna dengan mendatangkan dalil Shahih Muslim 4/2143 no 2779 (9) tahqiq Muhammad Fuad Abdul Baqi . Matan hadis menggunakan kata sahabat. Jadi kenapa salahkan saya?
2. Hujah saya terdapat dalam shahih muslim, sudahkah sdr merujuknya jika sdr benar-benar seorang yang inginkan kebenaran.
3. Hati2, sdr yang menyebarkan 'kekeliruan', bilakah saya merujuk dalam entri dan komen2 di atas Saidina Abu Bakar sebagai munafik?
4. Saya tidak akan berhujah dnegan sdr lagi kerana jelas sdr orang jahil dan sengaja membebalkan diri serta memutar belit fakta yang saya kemukakan. berhujah dengan orang jahil tidak ada hasilnya.
Wassalam.

Faisal Tehrani said...

Tambahan kepada komen di atas:
Diturunkan matan hadis -

حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا أسود بن عامر حدثنا شعبة بن الحجاج عن قتادة عن أبي نضرة عن قيس قال قلت لعمار أرأيتم صنيعكم هذا الذي صنعتم في أمر علي أرأيا رأيتموه أو شيئا عهده إليكم رسول الله صلى الله عليه و سلم ؟ فقال ما عهد إلينا رسول الله صلى الله عليه و سلم شيئا لم يعهده إلى الناس كافة ولكن حذيفة أخبرني عن النبي صلى الله عليه و سلم قال قال النبي صلى الله عليه و سلم ي أصحابي اثنا عشر منافقا فيهمف ثمانية لا يدخلون الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط ثمانية منهم تكفيكهم الدبيلة وأربعة لم أحفظ ما قال شعبة فيهم

zahra said...

Salam Sdr AQ,

Baru saya cetuskan tentang sahabat, sdr sudah pusing kepala. Belum lagi saya kemukakan perkara-perkara lain yang lebih menarik.

Orang yang cendekia akan mencari, berfikir dan mencerna, bukan hanya meminta-minta jawapan atau menguja-uja orang lain untuk menyuapkannya kepada sdr.

Apatah lagi, jika sdr hanya mahu mengapi-api di sini sana, sedangkan sdr benar tahu apa jawapannya. Kasihan, sdr tidak punya platform lain untuk memberitahu apa yang sdr tahu.

Maaf, saya benar-benar tidak punya masa untuk melayan sdr.

Wassalam.

ali said...

Salam,
Abg Faisal mengapa di dalam CD Selawat (kopitiam Ghadir)hanya mengandungi sebuah lagu.

Sekian. aliridha