09 September 2009

Buluh Runcing Untuk Kita


Sebab itulah ada perkataan 'gila' dan 'bodoh'.

Sebab itulah ada peribahasa buat baik berpada-pada.

Bila hutan mereka terbakar, jerubu tersebar ke kota kita, maka kita pun menghantar bomba memadamkan. Mitosnya kerja pembakaran itu kerja syarikat kita juga.

Bila ada senimannya datang, kita pun menyambutnya bagai dewa. Saya teringat dalam satu program PENA di DBP beberapa tahun lalu, seorang penulis seberang 'mencipta-cipta' - konon dia dipaksa menanggalkan kerudungnya di kaunter imigresen kerana konon pegawai itu kurang percaya dengan passport 'diplomatnya'. Saya tidak percaya SPRM boleh baling orang ke luar tingkap seperti saya tidak percaya imigresen kita bertindak liar begitu. Ini bukan perbatasan Singapura. Bukan juga perbatasan Amerika-Mexico. Pengarang itu menuduh kita menciplak lagu 'Rasa Sayang Eh'. Dan termalu sendiri kemudiannya apabila ada musikologis mengatakan lagu itu memang bukan punyanya dia mahupun kita, datang dari Perancis entah abad ke berapa. Sedang saya dari Melaka sudah mendengar lagu itu dinyanyikan masyarakat Portugis di kampung Serani entah berapa generasi lamanya.

Ini ada segelintir manusia bodoh yang tidak tahu budaya itu boleh berjalan dan berkembang. Pengarang itu memberitahu kononnya ikutkan hati dia tak mahu datang, tetapi mengenangkan kononnya Malaysia ada budaya rendah dan tidak tahu mencipta maka dia datang untuk mengajarkan kepada kita tentang keaslian seni dan budaya. Dia sangka ini 700 tahun lampau, waktu itu tiada peta dia dan kita. Yang kalian, alahai apa sahaja produk seni dari sana tergila-gila. Tak pernah mencermin memikir entah apa bagusnya. Punya baiknya; sampaikan yang produk kita pun kalian cela-cela.

Baiknya kita amah 500 akan jadi 800 kalau tidak kena caranya. Baiknyalah kita alahai. Kita memang baik, ada gempa ada tsunami kitalah yang dahuluan berlari memberi bantuan. Baiknya kita menampung sekian ramai umat dari sana; dan mereka jadi tidak ada kerja di tempat kita, lalu merompak dan merogol, meragut dan menculik orang kita. Baiknya alahai! Waktu ada dakwaan dan khabar angin penjenayah dia meradak anak kecil kita dengan kayu dan timun; kita pun waras sahaja, tiada kita tahan orang dia di penjuru kota dan radak mereka semula dengan kayu atau besi panas sebagai balasan.

Dan gilanya mereka, gilanya mereka tarian pendet yang berkemban itu - kita pun malu nak mengaku itu tarian kita - dicuri. Waktu kita di Bali, kita ada menontonnya dalam satu acara pembukaan writers festival. Rasa malu pun ada. Mual pun ada. Tarian telanjang seperti itu kita pun tidak mahu mengaku milik kita. Sedangkan kesilapan itu dilakukan Discovery Channel. Tetapi orang kita yang budiman di sana, mahu dijolok dengan buluh runcing. Sebab itu ada perkataan 'bodoh' dan 'gila'. Beri muka. Terlampau beri muka. Kita sahaja yang terhegeh-hegeh untuk berbuat baik tak boleh juga.

Baiknya kita, kita sampai terlupa untuk buat baik berpada-pada.

55 comments:

amirulhazwan said...

sejak bila 'permusuhan' antara Malaysia dan Indonesia iniberlaku sebenarnya?

Faizal said...

Sedap betul tulisan tuan hamba kali ini bila membacanya..macam berpantun dan bergurindam pula.

Vitamin said...

post kedua (selepas Mamat Khalid) yang saya baca mengenai isu Pendet ini.

tidak banyak blogger dari Malaysia yang mempertahankan isu ini.

setuju dengan saudara.

The Hobbit Frodo said...

mmg bodoh ~ dasar bodoh lagi mebodohkan!!! aku x tau nak buat ayat camner lagik. mmg bodoh lu mamat n minah indon. awas kamu kalau ada org kami trtusuk dengan bukuh runcing. bodoh

Abdul.Fatah.Firdaus said...

tak faham sungguh.
kita terlalu baik ke mereka terlalu benci. aduhai. dah lama bersaudara pun masih bergaduhkan hal2 remeh dan bodoh.

gman said...

huhu betul tuh ft.
mujuran saja saya di sini bercampur gaul sama teman" dr indonesia sendiri...
teman" di universitas lain dalam kelas internasional semuanya susah, dokonfrontasi katanya..

sedih.

zubin said...

setuju tuan haji

cinTA GiLA said...

tidak sedar diri!
merempat cari nasi di tempat kita,
ada hati mau konfrontasi segala.

Pegawai Khalwat said...

Setuju?

Hai bangsi hikmat, buluh runcing satu! - Ibrahim Din

Pencinta Pantai Bersih said...

305 org perasan kebal dan ingin berperang dgn M'sia itu terlalu kecil nisbahnya berbanding rakyat Indonesia yang hampir 300juta org. Apapun jika dibiarkan merebak boleh menjadi barah. Pihak pemerintah Indonesia sepatutnya membendung perkara ini demi semangat serumpun dan seIslam. Pasti ada dalang yg terlibat mengapi2kan mereka ini hingga mereka menjadi tidak rasional lagi. Wakil rakyat disana yg memulakan tuduhan itu sepatutnya diselidik latarbelakangnya samada punya agenda lain yg berkait dgn Orang Itu dan Singapura.

Pekerja2 Indonesia saya pun berkata yg itu adalah kerja2 org gila dan bodoh.

Kay Azhar said...

Bagaimana boleh kita memotivasikan kesemua rakyat Indonesia yang telah tersesat pemikirannya itu (yang tersesat sahaja)? Saya suka semangat kenegaraan mereka yang sedang diusahakan oleh DSN sekarang ni. Tapi kalau dah terlebih semangat, hilanglah ketamadunan itu sendiri. Haish... Lu fikirlah sendiri.

djambu puadovich said...

dasar x mengenang budi namanya...

vanhidayat said...

salam abg faizal...tahniah saya ucapkan atas tulisan abg yang sgt kritis dan pandai "menikam dalam senyuman"...memang adab melayu..
saya pun kadang-kadang bingung dengan layanan yang orang kita terlampau berikan kepada mereka..
"dagang lalu nasi ditanakkan, suami pulang lapar tak makan" (allahyarham usman awang)...saya memang beli buku-buku abang (bukan nak bodek!!)dan saya rasa sebenarnya penulis/novelis macam abang dan rakan2 seangkatan bukan sahaja patut digelar seniman tetapi pemikir umat(umat lebih sejagat berbanding bangsa)...memang saya tak menyokong kalau ada penderaan dilakukan pada amah mereka tapi reaksi mereka pun janganlah keterlaluan(merujuk kepada kes nirmala bonat yang pernah gempar dahulu)dan bermacam-macam lagi kes yang "orang kita" lakukan..tetapi jangan pulak mereka lupa akan keangkuhan mereka dan juga salah silap mereka terhadap kita..kalau betul mengaku serumpun kenapa tidak memaafkan dan berbaik seperti yang selalu digembar-gemburkan akan kecantikan budaya serumpun?..teruskan menulis abg, biar jasa jadi kenangan(pinjam tajuk lagu bola kedah)...

Oh Me said...

Artikel yang baik...walaupun tak semua orang Indon tu membenci Malaysia.

EM said...

kERAJAAN MALAYSIA MEMANG TERHEGEH2. APALAH SANGAT INDON TU???? TAK BAIK PUN TAK DER APA UNTUNGNYA... KUTIP SEMUA AMAH2 INDON TU ANTAR BALIK, MINTA AMAH FILIPINA. USIR SEMUA PEKERJA2 YANG MEREMPAT CARI MAKAN SINI IAR PADAN MUKA. HALAU PEKERJA2 KONTRAK....UNDANG PEKERJA LAIN BANYAK LAGI. MAKIN MELAMPAU DAN MENGADA2. NAK GAJI TINGGI DITURUT. TAPI TAK KERAJAAN MALAYSIA NI PANDANG KER PEKERJA MALAYSIA ADA YANG KERJA DENGAN GAJI 400.00 SEBULAN PUN ADA. PERNAH KER KERAJAAN AMBIL BERAT HAL NI. BILA DIMINTA GAJI MINIMUM 900 UNTUK PEKERJA SWASTA KERAJAAN TAK LAYAN.BILA INDON MINTA GAJI 800... DAH MCM CACING PANAS TAKUT KAN MEREKA. KERAJAAN MALAYSIA HANYA FIKIRKAN PENJAWAT AWAM. TIAP TAHUN KENAIKAN GAJI ADA, BONUS ADA . TAPI BERAPA RAMAI PENJAWAT AWAM YANG MENGENANG BUDI KERAJAAN YANG TETAP MENGUTUK KERAJAAN PUN KIAN RAMAI. KERAJAAN JADI PEMBELA PENDATANG ASING ... TAPI BERAPA RAMAI ANTARA MEREKA YANG MENGENANG BUDI....MALAH MAKIN KURANG AJAR DENGAN KELAKUAN TIDAK SENONOH, MEROMPAK , MEMBUNUH, MEROGOL. DEMONSTRASI. PERNAH KE KERAJAAN FIKIRKAN NASIB PEKERJA BAWAHAN SWASTA?? SIKAP KERAJAAN MALAYSIA SEOLAH2 KERA DIHUTAN DISUSUKAN , ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN. ITULSH BODOHNYS KERAJAAN KITA. RENUNG2 KAN LAH......

sitinurulhawa said...

saya mulanya malas nak layan kebodohan2 ni, tp kena provoke pulak kat FB. Mujurlah Ramadhan ni kena banyak bersabar

angah said...

itulah.sejak dulu.Sifat kemelayuan kita terlalu mulia. jika diimbas rentetan sejarah, melayu kita sudah terlalu banyak bertolak-ansur, mengalah, sudah terlalu banyak memberi dan berbudi. itulah sifat bangsa pendatang. menuntut hak yang tiada. sudah diberi betis mahukan paha.

Brahimnyior said...

Indon ni mudah digula-gulakan oleh medianya. Medianya jadi batu api, menyebabkan hubungan sesama jiran serantau jadi konflik yang makin buruk.

Harap pemimpin kita bertindak rasional, dan mainkan peranan lebih aktif.

Kita bukan takut, tapi setakat nak declare Tarian Pendet tu kita punya, buat hapa?

Tak hinginnnn pun!

alhariesz said...

kadar iliterasi di sana amat rendah. ilmu umpama emas, sangat tinggi nilai harganya, jadi tidak ramai yg mampu bersekolah. bila sekali dimomokkan dengan tulisan cendekiawan di akhbar-akhbar dan media (ya, mereka taksub dengan media!), maka berbondong-bondong lah mereka ke jalanan, bakar bendera, bikin sepanduk...caci ini, maki itu...semuanya akibat berfikir menggunakan lutut.

denaihati said...

JOOOM kita mulakan KEMPEN BOIKOT INDONESIA...kerajaan pasti tak boleh buat tapi kita BOLEH ...dak maksimum sangat ni ....

duNkbLog said...

aku warga malaysia study kat indonesia....banyak hallah yang berlaku...betul ker kat sini ada berita, ada blog dari malaysia menghina lagu kebangsaan indonesia? betul ker?..
aku jadi takut gak stay kat sini pada hal tinggal setahun lagi nak gred...

Duke of Republic said...

bodoh dan bangang. minda sudah lama tertawan. sebalik bangsa yang dibataskan. agenda penjajah. maka yang bodoh dan bangang ini menyalak-yalak tanpa sendap rumpunan ini bersaudaraan hebat sebenarnya. Sedih melihat mereka di seberang sana.

BuDakHutaN said...

kita tak boleh ikut macam tu...kita jangan cepat melatah :)
usah biarkan diri dihasuti provokasi ...

istajib said...

benar tepat dan terjal~
semasa sy mghadiri persidangan di Bali, ada kajian ttg hubungan pelajar m'sia dan indonesia...natijahnya, pelajar indonesia yg lebih melampau hasad dengkinya kpd pelajar m'sia. Kajian berjudul : Malingsia dan Indonsial.

sy juga pernah dicerca seorang budayawan indonesia yg mempertikaikn ttg asal usul BATIK. katanya m'sia meniru budaya mereka.

(sy meminati FT setelah Prof. Datuk Paduka Mahmood Zuhdi bercerita ttg FT yg juga anak didiknya)

drops of jupiter said...

wisely written...
ya betul tu, sedih dengan keadaan sekarang, penghinaan yang sudah melebihi batas.

anaz.akira said...

saudara boleh melawat blog arezeo.blogspot.com

fakta yang dikeluarkan oleh blogger tersebut semua berasas.

kembara said...

Tarian Pandet tu takde sapa nak nak kat Malaysia ni.Pergi mati la dengan tarian tu.

Yang sedihnya kat Universiti top di Indonesia,Universiti Gajah Mada pun ada berlaku provokasi terhadap pelajar Malaysia.Siap ada rumah kena baling dengan telur.Nitaraf pemikiran mahasiswa universiti top kat Indon?Walaupun bukan semua.

Kasihan...

shahrin yusof said...

SETUJU!!!

membuat undang2 sendiri..gila kah???

liyana said...

sebab tarian pun mahu berdemonstrasi...
ish3

mohdshariff said...

org malaysia mmg prihatin atas penderitaan orang lain smpai org sendiri tak ada mkn yg cukup,nak berbudi pada jiran katakan walhal jiran kita perangai macm sesumpah.

sYeNgEt ke senget?? said...

jika dilihat balik.. ini lah akibatnya jika ilmu bukan aspek utama yg dicari..tetapi pangkat harta dan nama.. itu lah yg mula nk claim pelbagai benda.. walhal hanya perkara kecil.. jika ilmu ade dan rasional pemikiran diutamakan..pasti perkara ini tdk berlaku.. sdgkan mahasiswa dan mahasiswi dari negara mereka sndiri malu dgn tindakan segelintir rakyat negara mereka yg menyalak tanpa usul periksa.. nampak sangat yg berkata2 lantang itu dtgnya dari golongan yg berpikiran cetek..salah siapa ?

sekadar berkongsi :)

Tinta Mustika said...

Apa hendak dihairankan? Indonesia memang pernah berkempen 'Ganyang Malaysia' suatu ketika dulu. Kalian sudah lupa?

tasuke said...

teori 1 : dulu IMF masuk..control major company mereka dan media mereka.adakan Playboy mereka dan adakan propaganda.

teori 2: FT kata silap discovery channel.propaganda?provokasi?The Hobbit Frodo tu dah nyaris nak makan umpan..nasib tiada yang tertusuk buluh runcing.

teori 3: propaganda berjaya..perang kita dengan mereka..siapa akan bantu mereka..siapa bantu kita?apa kesan seterusnya?apa fungsi temasik?

teori saya mungkin tidak berasas.saja nk tambah komen.hehe

situkanghambar said...

salam.

pantang tercuit sedikit,
mula la nak buat yang bukan-bukan.

mengila, meroyan.
kenapa ek?

marilah berpada-pada.

tinta kasturi said...

"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia." (41:34)

Berhati-hati di jalanraya. Tumpuan yang teralihkan mampu mengundang kecelakaan.

The Hobbit Frodo said...

HUHUHUHUU ~

Tasuke ~ xder nyer aku termakan umpan. huahuahuhauua. Biasalah tengah emo, skank wa dah okie. tapi org seblah sana x ok2 lagii.


Provokasi, propaganda ~ mmg org dah buat spekulasi pun. Agenda Yahudi? mungkin ya mungkin tidak. Tapi dengarnya yg buat demo adalah org2 berhaluan kiri. Apa maksud? hehe


salam ..

zulsaid said...

Negara Indon kaya dengan sumber mentahnya: minyak, bahan2 galian sehingga ke emas... namun membinggungkan dengan sumber2 manusia yang juga terlalu banyak, kerajaannya tidak mengeksploitasi sumber2 ini. Ada yang kata lapisan atasan sudah mewah tidak perlu bersusah2. Ada juga kata korupsi berleluasa disemua peringkat, sehingga perlaksanaan projek apa pun selalu gagal.. lebih baik mengelak sebarang usaha industri atau projek2. Tetapi jelas penguasaan gulongan kapitalis terlalu mengeksploitasi keadaan disana... yang miskin bertambah miskin dan ramai.. yang kaya segelintir dan makin kaya.. Jadi rakyat terlalu lapar dan dicengkam sistem kapitalis. Maka orang lapar sangat terarah kepada stress, tidak rational dan terpedaya... sehingga mereka bangun dan membebaskan diri dari cengkaman sistem kapitalis dan kejahilan yang tebal tentang hak2 kehidupan yang asasi... semoga dinegara malaysia dapat meninggalkan kecenderungan2 cengkaman sistem kapitalis dan jahil umat...

Dashing Days said...

indonesian are peoples who lack of knowledge in histories...kita serumpun ..yang pisahkan kita..british dan belanda..bukan kemahuan kita warga malaysia..!

Yusuf Nur said...

Assalamualaikum tuan2 dan puan2, jangan cepat melatah...sejarah berbicara, kita serumpun dengan mereka..Mungkin ada yang mencucuk jarum supaya kita berpecah, kalau kita mencaci, memaki, kita tak ada beza dengan sebilangan kecil manusia seperti dalam gambar..adab Melayu, biar santan berlada..menegur tak salah, yang salah bila sopan dilupa.

Gagal Dikesan said...

Salam, bro FT and the gang...

Sy pernah mendengar satu cerita lucu dari seorang teman yg berpeluang bercampur gaul dgn warga Indo kelas atasan dan bawahan sewaktu lawatan singkatnya ke sana.

Sy dimaklumkan oleh teman sy itu yg juga dimaklumkan oleh org dalaman di Jakarta sendiri, bahwa hampir setiap protes atau demonstrasi yg selalu ditonton di kaca TV tu sebenarnya diuruskan oleh beberapa agensi ala syarikat pengurusan acara yg biasanya menguruskan penganjuran konsert kalau di Malaysia.

Betapa melaratnya kehidupan rakyat Indo di negara mereka shingga ada yg cari makan sebagai demonstrator atau protestor atau perusuh bergaji tak bertauliah.

Selain gaji, agensi pengurusan rusuhan tersebut akan menyediakan pakaian dan make-up seperti janggut palsu/serban/tasbih, juga props tambahan seperti banner2 dan bendera untuk digunakan sewaktu rusuhan yg dibayar upahnya itu berlangsung.

Pihak pengurusan rusuhan itu juga bertanggungjawab merakamkan visual sekitar rusuhan dalam bentuk foto atau video sebelum dijual pula kepada agensi berita yg berminat.

Pihak penaja rusuhan yang mengupah agensi pengurusan rusuhan ini biasanya terdiri drpd yayasan politik atau keagamaan yg sengaja mahu mencetus kekecohan atau meraih perhatian kamera-kamera agensi berita asing.

P/S: Moral of the kisah, siapakah agaknya penaja untuk protes anti-Malaysia yg kononnya mahu membuluhruncingkan kita tu kali ni ya?

Sekian, terima kasihan.

muhibbin said...

salam kepada semua...

mgenai isu ini saya amat sokong dgn FT tetapi ada beberapa hal yg saya negatif dari kata2 FT...

Pertama saya ingin mengatakan yg saya belajar di luar negara dan rakyat indonesia di negara saya belajar ni pon nak wat sweping malaysia..wah nak tunjuk hebat betul....betul2 punyai musuh...dgn malaysia...

perpatah melayu buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali mmg tepat dgn situasi ini...jgn kita terlalu baik dgn org kerana manusia ni pelupa teruatamnya jasa baik org lain...jadi klo dia dah wat kita mcm ni jgn kita boleh tehegek-hegek....sedangkan kerajaannya xda wat inisiatif apa2 pon....

kedua saya x setuju dgn kata2 ft bahawa kita harus balas perbuatan mereka halau akyat dia yg di negara kita..kia perlu pikir rasional...jgn sampai kita pulak jadi bodoh mcm dia....dan mengeruhkan lagi keadaan...

wasalam

tasuke said...

hmmm..malaysia dah ada lum agensi untuk berlakon merusuh ni?hahaha

hijauoren said...

ditaja atau tak, itu bukan persoalannye.. yg menjadi persoalannye ielah.. kenape dibio kan isu ni berlarutan.. bahaye.... lagi lame lagi makan... lagi membuak-buakkan kemarahan dlm jiwe... diulangggg.. tak kirelah DITAJA ATAU TAKKK.... okeh??

kite kat malaysia ni boleh la kate : rilek.. jgn cepat melatah.. and so on and on.. tapi camne ngn kerisauan kengkawan dan sedare sedari malaysia kat INDONNN sane tu?

risau siott.... korang tak risau?? salu diajo berdoa sakan lepas solat 'Ya Allah.. selamatkanlah saudara2 Islam di Palestin, Gaza dsb..' sampai nangis2 imam yg bace doa tu.. tp ni SAUDARA ISLAM SEMALAYSIA.. tak risau??

MALAYSIA NI MMG DAH TERLALU SGT BERBUAT BAIK.. BAIK SGTTT!!! org kat ulu2 pedalaman ceruk kat negeri2 kat malaysia ni ramai lagi yg kebulur.. yg xde proper ubat2an.. tak ditolong.. pegi anta sukarelawan tolong mangse gempe kunun.. Nabi pon suruh buat baik dgn ahli keluarge sendiri dulu sebelum buat baik dgn ahli keluarge org lain... ni la namenye nak sgt nameeee... nak dipandang MULIA oleh masyarakat antarebangse.. suke menolong jiran dlm kesusahan kunun.. padahal rakyat sendiri ade yg tak mampu pegi sekolah.. tak mampu beli makan pakai..

renung2kan.. dan selamat menyumpah INDONNNNNNN!!!

Faisal Tehrani said...

Sdr Muhibbin yang budiman
Saya ingin membuat pembetulan SAYA TIDAK MENGATAKAN ATAU MENGISYARATKAN BAHAWA KITA PERLU MEMBALAS PERBUATAN BODOH DAN GILA TERSEBUT.
Diminta sdr membaca semula prosa yang saya tulis itu dan tidak menyalahertikannya.
Terima kasih. Wassalam.

Gagal Dikesan said...

salam,

buat saudara hijauoren ...

Bukankah org yg benar-benar melaksanakan tanggungjawab/tuntutan utk berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya demi membela saudara seummahnya yg dizalimi tidak perlu tergocoh-gacah tak tentu hala dalam bertindakbalas menghadapi situasi kononnya ribut seperti "sweeping malaysia" ini.

ini semua sandiwara ala Hollywood rekaan politikus duniawi tahap sampah, sy percaya ada pihak tertentu (tidak pastilah sama ada dari pihaknya kiri atau kanan, atau mungkin pihak kiri yang kekananan atau mungkin pihak kanan yang kekirian) yg sengaja mahu mencetuskan kekecohan dan ketegangan antara kedua negara.

apabila keadaan sudah ribut x terkawal, maka lebih mudahlah pihak tertentu itu nak rebut/ambilalih kuasa, atau pihak yang satu lagi pula akan lebih mudah untuk menghabiskan harta negara atas nama menjaga keselamatan/ordinan darurat. bukannya x pernah berlaku pun kan.

jika benar ingin membantu, mari kita sama-sama hantarkan cadangan bernas untuk menyelesaikan isu-isu lebih hangat daripada biasa sebegini kepada:

Pejabat Perdana Menteri -> www.pmo.gov.my
atau
Biro Pengaduan Awam -> www.bpa.jpm.my .

Jalan ini jauh lebih berfaedah daripada ligan menghukum atau menyumpah keseluruhan negara/bangsa terlibat, walhal yg membuat onar cuma sebilangan kecil rakyatnya yg mungkin sahaja diupah/ditaja oleh dana besar dari dalam atau pun luar Nusantara.

Saya ingin sekali melihat PM kita sendiri yg bersuara lantang mewakili Malaysia tentang isu "sweeping Malaysia" ini dan menyatakan pendirian keras bahawa ia cuma sandiwara ketegangan yg sengaja dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab, mencontohi Presiden Iran yg lantang mengkritik pihak media barat sekiranya mereka melaporkan sesuatu yg tidak benar tentang negaranya, beliau tetap berani menyuarakan pendirian kerasnya walaupun media-media tersebut akan lebih menghentam beliau selepas itu.

Jika kita sebagai warganegara tercinta ini nak menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing sekalipun, biarlah berhemah, biarlah bergaya, agar kelak dikenang penuh kehormatan sepanjang zaman.

Biarlah orang nak kata kita terlalu baik tak berpada-pada, asalkan jangan kita dikenang sebagai bangsa yg gila dan bodoh.

P/s: Saya setuju sangat dan menyokong penuh prosa-prosa dalam entri ini, buat baik berpada-pada. Terima kasih FT al-haj, kerana terus memperingatkan kami tentang jatidiri sendiri. Solawat!

Awang Kapak said...

kita terlalu banyak berhusnu tanpa precaution. bila kita berhati-hati dan gusar sedikit, dituduhnya kita buruk sangka.

aku said...

salam, sebenarnya dah lama isu tarian pendet ni heboh kat indonesia, cuma malaysia malas nak layan, saya berada di jakarta pd 24-26 ogos lepas, media disana amat memberi perhatian terhadap isu ini.samada melalui tv atau akhbar, memang mendapat liputan luas. padahal banyak lagi masalah disana, pengangguran, masalah ekonomi, politik, tanah dan pulau pun dijual kepada bangsa asing, tapi mereka lebih sibuk ttg tarian pendet, tentu ada yg tidak kena. lihat karikatur mempersenda malaysia yang termuat dlm jakrta post 26 ogos dlm blog saya.

linakama said...

Bila ada adik yang selalu kepala angin dan selalu berkehendak perkara gila2,terasa panas betul tangan mahu merotan..

Ada masa selepas merotan kita rasa masih tidak lega

AKU said...

lihat karikatur memepersenda malaysia disini sebenarnya..

KUNYiiL said...

bila lagi mau test kapal selam yg baru...

Peri PiA said...

haiii...kalut btl la mereka ni
Mengapakah negara dijadikan sasaran
sekilas pandangan pelbagai andaian
sungguh terkilan.
Seumpama naskah yg terbuka,sesungguhnya tiada rahsia baca kenalilah dgn bijaksana siapa Malaysia sebenarnya....

jukipeli said...

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Tontonilah Siri Animasi Upin & Ipin: Dan Kawan-Kawan Istimewa Episod Hari Raya (3 episod) yang disiarkan di TV9 (pada hari Khamis 24/09/2009, Jumaat 25/09/2009 dan Sabtu 26/09/2009 pukul 5.30 petang) dan Televisi Pendidikan Indonesia (TPI). Anda juga boleh melayari laman sesawang http://www.upindanipin.com.my/ atau http://gengmovie.blogspot.cpm/.

Dalam episod kali ini, terdapat seorang watak kanak-kanak perempuan Indonesia. Mungkin ada mesej yang tersurat dan tersirat berkenaan silaturahim Malaysia - Indonesia. Selamat menonton.

fadz said...

Dah lama saya tolak menonton drama dan mendengar lagu Indonesia. Dah lama dah.

diahana said...

btul stuju sngt....
article yg baik! thniah....
yup rakyat malaysia trlalu baik....
mmgla kt ni brbudi bhs tp kdg2 smpi org pijak kepala....pmimpin kt pun same x pnh nk ckp ap klu indonesia ckp bukan2 kt malaysia....
hurm i`m just take it positively malaysian people+leader just well educated enough to deal sum childish matter like those indonesian bring up..
tp prcyalah stiap ksbarn ad batasnya smpi waktunya kt xkn brdiam diri je ngn isu cmni....
May Allah alaways bless us(",)

Arief halim said...

Dek kerna nila segelintir agenda manusia, Rosak susu sebelanga seluruhnya...