Tadi saya berhenti mengisi petrol di stesen minyak. Atendan pam memberitahu kemungkinan Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 tengah malam ini. "Mungkin juga tak naik tapi F1 memang naik dari RM1,80 mungkin ke RM 2.00 atau RM2.20."
Setakat ini memang tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya. Sekiranya benar, akan ada orang naik minyak untuk mengambil kesempatan (di tengah-tengah gelanggang akan dibuka lagi minggu ini untuk mengadilinya) bagi mengalih perhatian.
Andai ini menjadi kenyataan - Hai siapalah penasihat orang atas ini!
* Kemaskini 11.07 pm: KUALA LUMPUR 31 Ogos — Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau hari ini melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.
RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya, kata Ismail Sabri.
“Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaannya adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.
“Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung daripada produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi,” katanya semasa berucap melancarkan RON95 di seluruh negara di sini hari ini. - Bernama

12 comments:
Janji yang akhirnya dikotakan. 1 September kini tiba. :)
salam..
hadiah terbaik..
1MAlaysia!
tahniah2..!!!
wassalam
salam bang..knp x letak chat box..senang sket nk letak short msg.hehe..slmt menyambut bulan ramadhan
:)
salam.....
Dah masak sangat dah apa kata 'orang kuat
makan minyak' mewajarkan kenaikan emas hitam ni..
Dan mual jugalah apa kata 'orangramai naik
minyak' ni...
Baru cuba-cuba minyak baru RON95.....diri
nak bernafas dan kebuk enginpun belum serasi....wassup?
Apa-apapun bersyukur juga kita...harga minyak masih murah dibandingkan dipasaran dunia.....
Kerajaan tetap tanggung subsidi...ada ke
kita peduli...!
Jadilah warga yg rasional....
Jadilah kerajaan yg prihatin....
Takkan lah semua benda nak free dan murah...
Banyak air sedikit minyak, Minyak juga di atas.
Resam air ke air, resam minyak ke minyak
tahi minyak!
semua orang naik minyak!
alah minyak walau pun 2 hinggit..bole jalan berkilometer..tapi kalu beli air mineral 2 inggit..try jalan tengok..so jangnlan macam2 hal lak..petrol dan mineral lebih kurang aje hargenye
Rakyat didahulukan. apa2 pon rakyat yang kena dulu
menteri ni cakap mcm org jual kuih je. "encik, saya tak naikkan harga kuih, cuma saiz kecik dari biasa"
salam. hadiah merdeka untuk satuuu MalaYsiA!
Salam. Tangan saya juga perlukan minyak. :)
urang minyak!
Terima kasih di atas hadiah merdeka.Terima kasih banyak-banyak Dato' Seri Najib.
Post a Comment