14 July 2009

'Selamat Tinggal' Bahasa Inggeris

David Graddol yang menulis sebuah laporan berjudul English Next untuk British Council memberitahu bahasa Inggeris sedang berdepan dengan 'serious economic and political disadvantages.'

Bahasa-bahasa yang sedang mendominasi pasaran masa hadapan menurut Graddol ialah bahasa Sepanyol, Mandarin dan Arab.

Itulah, bahasa turun dan naik. Tidak mahu jadi Red Indian, maka bahasa ibunda/kebangsaan tetap kita pertahankan; sementara bahasa lain kita kuasai.

Maklumat ini dapat dilayari di BBC News, klik sini ya!

5 comments:

budakkacamata said...

Jadi, situasi yang berlaku sekolah di UK ialah semakin kurang pelajar yang mengikuti kelas bahasa asing di sekolah menengah. Dan seperti kebanyakan negara-negara Anglopohone (penutur asal Bahasa Inggeris), situasi "monolingual" di kalangan rakyat Britain berketurunan Anglo-Saxon memang sesuatu yang biasa.

Faizal said...

Di jemput sama-sama kita memperjuangkan sains dan teknologi dalam bahasa ibunda mengikut kepandaian dan kebolehan masing-masing. Sama-samalah kita 'merakyatkan' sains dan teknologi di majalahsains.com

Cikgu Adham said...

slm... erm harap ilmu sain dan math dapat diperkukuhkan semula dalam kalangan pelajar kita melalui bahasa Melayu

sang kegelapan said...

say no to ppsmi dah pun di melayukan..katakan tidak pada ppsmi..juangkan bahasa kita..

syahbandar87 said...

akhirnya suara a.samad said jg yg lebih menyengat dr suara2 orang laen yg turut sama menentang dr dahulu lg..saya bangga dngn a.samad said..perjuangan beliau bersungguh2 dan lantang sekali untuk mempertahankan hak bahasa melayu yg akhirnya didengari kerajaan.beliau adalah pejuang bangsa..satu2 tokoh sasterawan yg amat sy kagumi..berani bersuara untuk kebenaran