saat melangkah ke laut meramal tengkujuh,
adalah bahasa burung undan,
bahasa ikan tenggiri,
bahasa angin dan ombak,
bahasa pukat dan jaring,
bahasa sotong dan ikan kering.
Bahasa mereka,saat menyorong hasil ke pasar,
meraih dan memborong,
adalah bahasa daging dan nadi,
bahasa masin peluh,
bahasa panas darah mengalir,
bahasa menghitung memikir.
Bahasa inilah bahasa jerih jelata,
bahasa perit murbawan,
bahasa nurani sukma, bahasa nubari jiwa,
bahasa itulah menjejak cuaca,
membilang angka –
bahasa nelayan.
Puisi ini tersiar di Mingguan Malaysia bertarikh: 12 Julai 09
Pangkalan Chepa,
29 Jun 2009.

8 comments:
salam..
sangat puitis..segalanya tentang nelayan..gigihnya mereka..
baru baca puisi ini pagi tadi
salam Abg FT ...
MENGAPA TAK MASUKKAN ENTRY PASAL MARWA EL SHARBINI?
SOLAWAT
salam.
brother faisal,
baru sahaja habis membaca maaf dari syurga yang di beli di kinokuniya tempoh hari.
dan sekarang sedang terbahak bahak membaca ketupat cinta,
karya saudara memang hebat,
salam...
puisi yang indah untuk menghargai golongan nelayan..tahniah..
salam.
best post-turkey work.
on the blog so far lah.
an influential junior thinks i should say it coz u deserve it:
am proud of this puisi.
it FEELS.
wallahua'lam.
wassalam.
sye peggemar
puisi puitis cam neh..
ade gak la try..
hehe..
tp x leh nk compare abg faisal nye la..
hihi
salam,.
mengingatkan daku kepada puisi J.M Aziz - anak laut,.
puisi yg indah n sgt puitis,.huhu~!
Post a Comment