
"Walaupun pandangan saya diminta, ia tidak dicerminkan dalam keputusan tersebut," kata Tun Dr Mahathir, bekas perdana menteri di blognya. Beliau adalah ahli nujum yang bertanggungjawab membawa dasar dan polisi kotor ini ke sekolah-sekolah.
Polisi dan dasar comot ini sungguh memualkan kerana setiap kali saya ke sekolah-sekolah untuk memenuhi undangan memberi ceramah KOMSAS (cerpen Kerana Manisnya Epal tersisip dalam KOMSAS) saya tidak pernah mendengar kata-kata yang baik tentang PPSMI. Ia bukan sahaja menyusahkan para pelajar, ia malah menimbulkan pergeseran yang serius antara guru-guru (siapa tidak iri hati dengan elaun dan komputer riba 'yang selalu hilang tetapi tidak dilaporkan itu?').
Ketika Pesta Buku Kuala Lumpur baru ini, dari lebih lima puluh guru yang datang berkunjung ke gerai Ameen dan berbual-bual dengan saya, hanya seorang guru (yang tidak silap saya dari Cheras) memberitahu dasar PPSMI amat baik buat para pelajarnya (menurut teman saya yang duduk di sisi waktu itu, mungkin guru ini gembira dengan elaun dan komputer riba). Sebahagian besar guru yang saya temui baik ketika saya merakyat turun padang ke sekolah-sekolah mahupun yang saya temui di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tersebut - menolak total dasar ini.
Malah seorang guru matematik yang masih muda dan terpelajar dari Kelana Jaya memaklumkan, "Dasar ini memang menyusahkan kerana murid saya di Kelana Jaya bahasa Inggeris adalah bahasa ketiga mereka! Oleh kerana kebanyakan pelajar saya berbangsa Tionghua yang miskin, bahasa pertama mereka ialah bahasa Cina, keduanya mereka memahami bahasa Melayu dek hasil pergaulan, yang ketiga itulah bahasa Inggeris. Dan mereka memang tidak faham apa yang saya ajarkan."
Sewaktu saya ke Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan kurang tiga minggu lalu, saya bertemu dengan guru-guru dari wilayah Timur (Kelantan, Trengganu dan Pahang) yang sebulat suara menggambarkan dasar PPSMI ini hancur lebur dan merosakkan anak bangsa kita. Malahan saya dikejutkan dengan pelbagai masalah yang timbul ekoran perlaksanaan dasar yang amat tergesa-gesa ini. Carilah blog guru-guru ini dan dengar keluhan mereka.
Mereka yang masih menyokong dasar PPSMI ini patut membaca kajian mendalam yang dilakukan oleh PEMBINA, di mana analisis dan pantauan mereka menunjukkan dasar ini bukan sahaja gagal tetapi gagal metah. Kalau alasan Mahathir masih 'sains dan matematik' maka laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007 dan bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007 wajar dijadikan iktibar.
Saya tidak faham mengapa Mahathir (hanya dia seorang rujukan intelektual untuk PPSMI ini) harus diceramahkan selama tiga jam, sedangkan di luar sana ada ratus malah ribu, rujukan intelektual yang membantah perlaksanaan PPSMI. Mengapa ada sesetengah manusia tidak reti bahasa. Mereka yang membantah PPSMI datangnya dari manusia seperti Profesor Ungku Aziz sehinggalah ke Dato A. Samad Said, dari nelayan di kampung kepada peon di kota.
Jadi, jika Dr Mahathir masih ingin menegakkan benang basahnya, sementalahan sudah ada beberapa pergeseran antara beliau (misalnya dalam hal pengurusan Petronas) dengan pentadbiran kini, maka kita patut mencadangkan kepada Tun, punca masalah ini -
Ya, keluar saja UMNO. Kami pun senang hati.
Polisi dan dasar comot ini sungguh memualkan kerana setiap kali saya ke sekolah-sekolah untuk memenuhi undangan memberi ceramah KOMSAS (cerpen Kerana Manisnya Epal tersisip dalam KOMSAS) saya tidak pernah mendengar kata-kata yang baik tentang PPSMI. Ia bukan sahaja menyusahkan para pelajar, ia malah menimbulkan pergeseran yang serius antara guru-guru (siapa tidak iri hati dengan elaun dan komputer riba 'yang selalu hilang tetapi tidak dilaporkan itu?').
Ketika Pesta Buku Kuala Lumpur baru ini, dari lebih lima puluh guru yang datang berkunjung ke gerai Ameen dan berbual-bual dengan saya, hanya seorang guru (yang tidak silap saya dari Cheras) memberitahu dasar PPSMI amat baik buat para pelajarnya (menurut teman saya yang duduk di sisi waktu itu, mungkin guru ini gembira dengan elaun dan komputer riba). Sebahagian besar guru yang saya temui baik ketika saya merakyat turun padang ke sekolah-sekolah mahupun yang saya temui di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tersebut - menolak total dasar ini.
Malah seorang guru matematik yang masih muda dan terpelajar dari Kelana Jaya memaklumkan, "Dasar ini memang menyusahkan kerana murid saya di Kelana Jaya bahasa Inggeris adalah bahasa ketiga mereka! Oleh kerana kebanyakan pelajar saya berbangsa Tionghua yang miskin, bahasa pertama mereka ialah bahasa Cina, keduanya mereka memahami bahasa Melayu dek hasil pergaulan, yang ketiga itulah bahasa Inggeris. Dan mereka memang tidak faham apa yang saya ajarkan."
Sewaktu saya ke Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan kurang tiga minggu lalu, saya bertemu dengan guru-guru dari wilayah Timur (Kelantan, Trengganu dan Pahang) yang sebulat suara menggambarkan dasar PPSMI ini hancur lebur dan merosakkan anak bangsa kita. Malahan saya dikejutkan dengan pelbagai masalah yang timbul ekoran perlaksanaan dasar yang amat tergesa-gesa ini. Carilah blog guru-guru ini dan dengar keluhan mereka.
Mereka yang masih menyokong dasar PPSMI ini patut membaca kajian mendalam yang dilakukan oleh PEMBINA, di mana analisis dan pantauan mereka menunjukkan dasar ini bukan sahaja gagal tetapi gagal metah. Kalau alasan Mahathir masih 'sains dan matematik' maka laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007 dan bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007 wajar dijadikan iktibar.
Saya tidak faham mengapa Mahathir (hanya dia seorang rujukan intelektual untuk PPSMI ini) harus diceramahkan selama tiga jam, sedangkan di luar sana ada ratus malah ribu, rujukan intelektual yang membantah perlaksanaan PPSMI. Mengapa ada sesetengah manusia tidak reti bahasa. Mereka yang membantah PPSMI datangnya dari manusia seperti Profesor Ungku Aziz sehinggalah ke Dato A. Samad Said, dari nelayan di kampung kepada peon di kota.Jadi, jika Dr Mahathir masih ingin menegakkan benang basahnya, sementalahan sudah ada beberapa pergeseran antara beliau (misalnya dalam hal pengurusan Petronas) dengan pentadbiran kini, maka kita patut mencadangkan kepada Tun, punca masalah ini -
Ya, keluar saja UMNO. Kami pun senang hati.

52 comments:
Biarlah Tun dengan repekannya.
Keputusan sudah dibuat. Syukur kerana kerajaan akhirnya mendengar juga (biarpun lewat) rintihan guru, budayawan, ahli bahasa dan golongan majoriti rakyat.
Kini, peluang kita memperkasakan kembali bahasa Melayu.
Ayuh. Martabatkan kembali bahasa ini sewajarnya.
Saya menitiskan air mata terharu apabila mendapat tahu PPSMI akan dimansuhkan mulai tahun 2012 (kenapa lambat sangat?) pada ketika Tun menitiskan air mata kecewa apabila keputusan ini diambil kerana bercanggah dengan pendapat beliau.
Syukur alhamdulillah, semoga keputusan ini mampu untuk memulihkan kembali semangat yang telah hilang. :-)
huhuhu...menjerit semua orang kali nie bila PPSMI dimansuh......bagi aku ah kan kesilapan kita adalah menjadikan bahasa ongputeh nie sebagai ubat ketika sakit....sapatutnya dijadikan makanan harian......org sakit suka ker makan ubat?...x suka kan....ok bagi TUN MAHAthir plk.....kepala dia nie mmg keras...suka memaksa....tapi ada bagusnya jgk...sbb kita nie org melayu kalu x dipaksa maner nak berubah......
akceli aku pun x setuju sesangat PPSMI....sbb menyusahkan.....boleh ker budak kecik baru lahir dipaksa berlari.....gilak aper..
Adik FT,
Walaupun Tun menghina Bahasa Melayu, tapi pandangan beliau dalam hal-hal lain masih wajar. Yang elok kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Pandai-pandailah ambil yang baik, buang yang buruk. Kita tidak sempurna.
tahniah buat semua penunjuk kasih...juga mereka yang peduli..
Ayuh pejuang Bahasa Melayu, jangan lah jadi barua kepada suku-suku tertentu. Ayuh kita turun ke jalan-jalan raya unutk menentang pembelajaran dalam bahasa tamil dan bahasa cina kerana MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU...
AKU CABAR PEJUANG BAHASA MELAYU INI AGAR BERJUANG SUPAYA SEMUA SEKOLAH MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU UNUTK MENGAJAR SAINS DAN MATH.
ADAKAH MEREKA INI..PEJUANG-PEJUANG BAHASA MELAYU SUDAH HILANG MARUAH UNUTK MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU.?????
salam saudara.
kata saudara "Beliau adalah ahli nujum yang bertanggungjawab membawa dasar dan polisi kotor ini ke sekolah-sekolah" adalah agak keterlaluan!
jadi,kalau begitu, selama ini semua sekolah telah tercemar dengan polisi kotor ini sekian lama!kenapa semua guru-guru dan cerdik pandai di negara ini ikut saja apa yang Tun kata?
kenapa masih menunggu begitu lama...hingga 2012 untuk dimansuhkan sepenuhnya??? masa 3 tahun itu agak lama saudara!!! kita akan terlepas 3 generasi yang menghadapi pelbagai peperiksaan dalam 3 tahun itu sedangkan keputusan exam mereka itu penting untuk menentukan halatuju pendidikan dan kerjaya mereka nanti.
Adakah benar penggunaaan BI itu menyebabkan penjejasan yang teruk kepada subjek math dan sains?.kalau benar, mana fakta dan statistik dari mula sampai kini?.Dan kalau dibuat statistik pencapaian berpandukan subjek math dan sains saja,itu tidak betul!perlu juga dibuat statistik secara keseluruhan subjek untuk mengira pencapaian penuh pelajar dalam semua subjek sepanjang tempoh perlaksaan PPSMI ini kerana keputusan keseluruhan peperiksaan itu yang perlu diambil kira.
Bagaimana pula dengan pencapaian bahasa melayu dan bahasa inggeris?
jika BM merosot dan BI merosot...itu ada yang tidak kena..
jika BM merosot,BI meningkat...itu logik..
Sepanjang yang saya tahu, pencapaian peperiksaan tahunan - baik UPSR,PMR,SPM dan STPM semakin meningkat dari setahun ke setahun!
Siapa anda untuk menyuruh Tun keluar UMNO? adakah anda presiden UMNO?kalau tidak...biarlah dia dalam UMNO...dirinya sudah sebati dengan umno...tak macam pemimpin lain yang suka melompat-lompat mengejar pisang mana yang berbuah lebat!
saudara...adakah benar bila bahasa melayu dimertabatkan...manusia berbangsa melayu ini akan berjaya dan maju ???
mungkin saudara boleh membaca pendapat saya di sini jika ada masa terluang;
http://sangtawal.blogspot.com/2009/03/majulah-bahasa-untuk-negara.html
Itu pendapat peribadi saya saja.Seperti anda juga,Tidak semestinya semua pendapat saya itu benar!
wassalam.
Salam,
Alhamdulillah
niat Tun bagus, cuma aku rasa mungkin harus dilaksanakan dengan cara yang lain.
Nak tgk apa pecacai UMNO kata. Dulu masa Mahathir kata PPSMI bagus, berebut-rebut angguk kepala.
Orang yang berfikiran macam saudaralah yang akan menyebabkan Melayu menjadi kolot selama-lamanya.dua puluh tahun akan datang ,saya rasa pemimpin melayu akan menangis kerana melihat orang melayu ketinggalan dan cuma layak menjadi kuli sahaja.sepatutnya PPSMI dikekalkan dan kerajaan perlu melatih guru yang ada kredit dalam bahasa inggeis/sains dan matematik menjadi guru yang terlatih untuk mengajar subjek matematik dan sains disekolah.Tetapi kenapa kerajaan banyak melatih guru sejarah,geografi ,kemahiran hidup dan pendidikan jasmani yang kurang perlu dalam pembangunan negara ..boleh dilatih?Tetapi guru sains dan matematik yang mahir dalam bahasa inggeris tidak dilatih.Sepatutnya perlu ada kemasukan peringkat ijazah iaitu matematik/sains dalam bahasa inggeris dan mereka kemudian dihantar kesekolah rendah.kenapa peringkat ijazah pra -sekolah boleh di latih?Kerajaan dan saudara terlalu emosional konon-konon nak perjuangkan Bahasa Melayu.papan tanda tulisan cina di pekan pun tak dapat di basmi?saudara akan lihat nanti: orang melayu akan mundur tetapi orang Cina dan India akan maju kerana bahasa teknologi orang Cina dan India sangat maju kerana ada penterjemahannya yang update dari negara China/Taiwan/Hong Kong dan India yang maju dari segi teknologinya.Orang Melayu siapa nak terjemah ilmua-ilmu sains dan matematik dalam bahasa melayu? nak harap A. said atau siapa?Sikap melayu,baru sikit nak nampak hasilnya,sudah dibuang tetapi tak buat kajian.wahai pejuang bahasa melayu,banyak lagi perkara lain yang boleh dijuang kenapa nak ambil risiko berkaitan PPSMI?Sepatutnya cari langkah pembaikan dan memurnikannya lagi bukan memansuhkannya.Kamu pasti dikeji oleh generasi akan datang..kita lihat sahaja.Adakah kamu pejuang atau pengkhianat bangsa kerana menggagalkan PPSMI
haha..lawak2..huhu..
habis la najib kali ni, berani mohon derhaka dgn ayahanda Tun...alamatnya, kene serang la pasni dgn Tun mcm Pak Lah aritu..haha..
Sementara itu, penyokong2 umno khususnya penyokong setia ayahanda Tun dr Mahathir dilihat begitu kecewa dan marah dgn tindakan terbaru pentadbiran Najib-Muhyidin, sehingga ada yg mengandaikan pentadbiran Najib tidak ubah seperti Pak Lah, akan undi protes sekali lagi dan sebagainya..
Ianya boleh dilihat pada laman web MYKMU, Forum Tempur Maya Penyokong Umno, dgn tajuk, "PPSMI KENA CANTAS DEMI MERAIH UNDI BUKAN MELAYU...HAHAHA"...
Mari lihat antara pandangan dan luahan hati forumer tegar Umno dibawah..=)
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/ppsmi-tun-terus-tekan-pentadbiran-najib.html
bahasa menunjukkan bangsa!!!
perjuangkan kembali bahasa melayu kita!!!...tindakkan memamsuhkan PPSMI adalah WAJAR!!!!!!
Yiskandar,
Anda bercakap tanpa sebarang fakta. Semua pekerja berusia 45 tahun ke bawah di Malaysia pernah mengikuti pembelajaran dalam bahasa Melayu tanpa PPSMI!
Mana dia generasi yang mengikuti PPSMI sebelim tahun 1970an? Mana dia saintis/engineer/teknokrat dari generasi ini.
Generasi PPSMI sebelum tahun 1970an hanya layak mendapat GRED 3 saja dalam MCE pada masa itu.
Anda masih dengan isu lapuk, isu terjemahan. Belajar asas Sains/Maths pada anak-anak seawal 7 tahun tidak perlukan sebarang terjemahan. Asas ini telah ada/ujud sejak Nabi Adam. Apa kejadah perlu tahu dahulu untuk memahami konsep mudah Maths/Sains?
Kenapa ikut Zimbabwe, Filipina, Bangla, Sri Lanka yang membuat PPSMI? Mana bukti kejayaan negara-negara ini?
Pengasas PPSMI akan dikencing kuburnya oleh generasi muda yang dinafikan haknya menuntut ilmu.
Orang bodoh saja tidak dapat membezakan pembelajaran bahasa, matematik dan sains. Semuanya memerlukan kemahiran berbeza
ahmad faris
terima kasih sdr.
Salam saudara,
Berdasarkan hujah saudara di artikel ini, maka tidak menyesallah saya kerana sering menyebut - "Adalah satu kerugian membaca karya2 Faizal Tehrani" di setiap siri ceramah yang saya berikan kepada para pelajar sekolah, mahasiswa serta kakitangan kerajaan. ;)
sokong ahmad faris,x semestinya maju dgn menggunakan bahasa inggeris,bagaimana majunya Negara China tanpa bahasa inggeris,Jepun DLL..yang penting kita kena usaha lebih,insya allah....
sokong ahmad faris,x semestinya maju dgn menggunakan bahasa inggeris,bagaimana majunya Negara China tanpa bahasa inggeris,Jepun DLL..yang penting kita kena usaha lebih,insya allah....
"ohh kasihan ada seorang 'lagi' pencinta mahathir." singapura jadi rujukannya!
lihat dengan mata hati, renungkanlah ke dalam diri, selami lubuk jiwa, apa akan jadi pada bahasa Melayu jika PPSMI terus dilaksanakan?
yiskandar,
utk pengetahuan, UiTM dah pun wujudkan course English for Science & Math. lebih kurang gitula. ini di fakulti pendidikan di UiTM Sek.17 Shah Alam. ia adalah demi menjayakan PPSMI. sume tu demi memantapkan PPSMI. tp, kenapa selama 6thn dasar ini dilaksanakan, ia masih GAGAL?
bukanlah Bahasa Inggeris itu menjadi faktor utk menjadikan sesebuah bangsa itu menjadi bangsa teknokrat tetapi adalah bagaimana sesuatu bangsa itu berusaha untuk menjadi maju & menjadi ahl teknokrat
Resolusi UNESCO (1951:691): On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.
Terjemahan resolusi UNESCO:
Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.
pengalaman ku sendiri semasa belajar di U dulu..aku pernah gagal subjek 'managerial economics' kerana tidak memahami isi pembelajaran oleh seorang pensyarah yang mengajar dalam BI pada masa itu..kemudian aku mengulang semula subjek tersebut dengan seorang pensyarah melayu..rupanya subjek itu mudah dan menarik sekali dipelajari..tidak sebelumnya yang ku rasakan begitu susah dan membebankan..dalam pembelajaran bahasa melayu aku dpt memahami konsep subjek itu dengan senang sekali..hasilnya aku berjaya memperoleh A dalam peperiksaan akhir..
Yiskandar,
Sejarah,geografi ,kemahiran hidup dan pendidikan jasmani yang kurang perlu dalam pembangunan negara._Yiskandar
Jasadbeku tanya:Tidak bersetuju mata pelajaran sejarah,kemahiran hidup dan pendidikan jasmani tidak penting! Sila rujuk semula falsafah dan visi pendidikan negara.Faham dan hayati.Yiskandar,anda perlu belajar kembali tentang faktor bahasa dalam pembangunan sesebuah negara bangsa.
saudara-saudara pro-ppsmi.
tun bercakap berdasarkan 'teori' yang berpendapat kita akan bijak matematik dan sains hanya jika menguasai BI disebabkan kecepatan istilah dalam dua subjek tersebut tidak mampu diterjemahkan dalam BM.
tapi sayang, teori bila-bila saja boleh disangkal dan ia bukan fakta. untuk mengetahui fakta tentang tahap sukses PPSMI (yang disokong angka dan peratus)rujuklah kajian ahli-ahli akademi kita yang dekat dengan dunia pembelajaran. paling tidak pun rujuk saja entri ft yang lalu tentang PPSMI.
apakah selama ini kita gagal matematik dan sains hanya kerana ia diajar dalam BI? tidak.
hakikatnya (rujuk entri ft) pencapaian matematik dan sains kita merudum sepanjang PPSMI dilaksanakan. ini fakta!
kalau puncanya ialah kelemahan pelajar Melayu dalam BI, maka pembelajaran BI itulah yang perlu diubah.
apakah kerana tayar pancit kita perlu membaiki enjin?
memetik semula ungkapan yang selalu diucap tun dalam blog beliau, jika dasar PPSMI ini diteruskan, nenek moyang orang Melayu akan bangkit daripada kubur dan mengutuk penyokong-penyokong PPSMI!!
jom terjemah lan dalam poll @ http://www.chedet.co.cc/chedetblog/
Sdr.
Boas mengatakan : Tidak ada satu budaya yang lebih rendah ndari budaya lain"
Dalam konteks PPSMI nampaknya orang Melayu mahu mengangkat budaya bahasa l;ain sebagai wahana ilmu yang beerti peminggiran bahasa dari sumber budaya sendiri.
Itulah bangsa berjiwa kecil dan bangsa terjajah. Beberapa orang dari kita di sini perlu belajar lagi subjek sejarah, budaya dan sastera bangsa untuk jadi bangsa Melayu yang sebenar!
Salam abg Faisal,
Malah seorang guru matematik yang masih muda dan terpelajar dari Kelana Jaya memaklumkan, "Dasar ini memang menyusahkan kerana murid saya di Kelana Jaya bahasa Inggeris adalah bahasa ketiga mereka! Oleh kerana kebanyakan pelajar saya berbangsa Tionghua yang miskin, bahasa pertama mereka ialah bahasa Cina, keduanya mereka memahami bahasa Melayu dek hasil pergaulan, yang ketiga itulah bahasa Inggeris. Dan mereka memang tidak faham apa yang saya ajarkan."
** Tak sangka, komen daripada isteri saya turut dimuatkan kali ini. Hehe.
..utk menampakkan mahathir HERO sepnjg zaman..
lol tipu belajar bhs melayu tak boleh maju.
Ya saya setuju dengan anda!
Salam,
Akhirnya..doa dan perjuangan dimakbul Tuhan biar pun lambat. SYABAS PEJUANG BANGSA. Bahasa mencerminkan bangsa dan bahasa juga mencorak penuturnya. Kebodohan masa lalu kini beranjak membuka lembaran baru. InsyaAllah anak bangsa kita akan terus bersaing
Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menganggap kerajaan hanya menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan memansuhkan terus dasar gila tersebut.
Iklan
Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
pak samad ajak demo lagi
sebenarnya orang melayu ni:
a)malas nak berusaha
b)malas nak susah
full stop...
salam,
fasih banyak bahasa memanglah bagus. tidak salah pun. kalau tahu berbahasa isyarat lagi bagus.
tapi sesuatu pelajaran jika diajar dalam bahasa ibunda lebih mudah faham dan meresap dalam jiwa. tak kira la bangsa apa pun. belajar sajalah dalam bahasa masing-masing. untuk apa nak belajar dalam BI. orang amerika nu biarlah nak belajar dalam bahasa apa pun.
mahathir cakap orang yang menentang ppsmi pun ramai dari kampung dan mahir bertutur dalam b.i. jadi apa masalah mahathir ni? bukankah dulu-dulu pun orang tak belajar b.i dalam sains dan matematik? boleh juga jadi doktor, jurutera, arkitek dll.
mahathir cakap akan rosaklah bahasa dan bangsa jika ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi didalangi politik pembangkang. siapa yang merendahkan bahasa sendiri dengan menyuruh kanak-kanak seawal umur 7 tahun yang sudah belajar mengira di rumah dalam bahasa ibunda, tiba-tiba kena belajar guna bahasa orang lain? mahathir la. bukan demonstran.
sudahlah. tak kan selama-lamanya rakyat nak dengar cakap mahathir sorang. kalau dia sorang sedih, berjuta lagi yang sedih dengan dasar dia yang mengarut dan pelik tu. kalau baik tentu semua sokong. GMP tu bukan cokia punya orang.
bagi yang minat ppsmi, buatlah apa yang anda nak buat. ajar anak-anak atau adik-adik anda dalam b.i di rumah sejak mula reti bercakap. ia tak salah pun.
Tidak salah mempelajari bahasa lain.
Sepanjang zaman persekolahan saya saya menggunakan 3 bahasa.Bahasa Melayu,Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Tetapi salah jika merendahkan bahasa sendiri dan menaikkan bahasa dan budaya lain.
Yakinlah bahawa Bahasa Melayu mampu naik setaraf dengan bahasa lain jika kita sebagai masyarakat mempelajari ilmu secara meluas dan mencetak serta mengajarnya dalam bahasa melayu.Malah lebih bagus jika kita mampu mencipta sesuatu yang boleh dibanggakan dan akan digunakan oleh kebanyakan negara dan ciptaan tersebut di namakan dengan menggunakan bahasa melayu.
Tetapi amat malang kerana kebanyakan bangsa kita lebih bangga dengan bahasa luar malah apabila mencipta sesuatu maka telah menamakan dengan bahasa luar(itu tindakan yang salah).
"Yang menaikkan sesuatu bahasa adalah bangsanya sendiri dan bukanlah bangsa lain"
tahnye.. sape kate blaja dlm bahase mlayu takleh berjaye? hujah lapuk die hari tu, gard U ramaiyg x dpt keje sbb x pandai dlm ENGLISH COMMUNICATION.. so ajarla english comm. tu byk2 kat peringkat skola.. blaja english x interactive langsung.. balik2 wat latih tubi.. tubi latih.. latih tubi.. manjang.. bagila org yg betul2 berjiwe 'cikgu' menilai ape yg baik utk student2.. tak sepatutnye org yg berjiwe politik tak tentu hala, ekonomi dan doktor gigi yg pandai2 nak ckp psl pendidikan.. hohohoho =p
anyway, who knows ape akan jadi dlm mase 2stgh tahun lagi.. but i bet 2012 kan dh dekat dgn PRU2013.. so mase tu nnt segar bugar lagi la ingatan org tentang 'kerajaan yg berbaik hati mengubah dasar yg menyusahkan ini'.. so org ramai2 pakat undi depa.. kalau wat perubahan untuk sesi 2010 atau 2011, org lupa la plak lepas tu kat 'kebaikan' depa nih... alaaalaalaaalaaaa... macem la org tak tau taktik lapuk ni.. heheheheheheheh =p
Sayae oreng Putih. tapi sayae sangat sukae dengan bahase melayue.
Bahasae Melayu sangat indah bila dihayatie.
Saya sukae makan itu sambal belacane.
Saya nak semua orang fikir. Mahathir sendiri bukanlah seorang ilmuan yang berjaya. Dia hanya doktor biasa. Pernah terbaca mana-mana buku yang ditulis dia berkenaan dengan ilmu perubatan atau sains? Hanya yang terkenal Delima Melayu itupun buku yang berlandaskan tanggapan bukan fakta.
salam.
bahasa melayu pernah jadi lingua franca.
dan mereka kata, sejarah akan berulang.
jadi, tak mustahilkan bahasa kita jadi lingua franca semula? heh.
ummi saya dah tak nak ajar sains dalam bahasa inggeris lagi mulai hari ini. hoho. go ummi!
komen hijauoren ada relevannya. haha.
kepada yiskandar, pergilah buat research sendiri. dalam berita di tv3 pun dah tunjukkan graf keruduman pencapaian pelajar-pelajar kita ni.
wallahua'lam
-syaimaa'-
kepada mereka yang pro-PPSMI..
jihad anda semua tidak boleh berakhir di sini.. anda semua mesti mengumpul tenaga dan segala upaya untuk mengembalikan PPSMI..
kalau GMP boleh mengumpulkan 100,000 ahli perarakan.. saya percaya anda boleh mengumpulkan lebih dari itu.. ayuh pro-PPSMI, tunjukkan kecekalan anda... turun ke jalan!!!
pastu..korang tuntut la plak matapelajaran lain pun dalam BI..
pastu.. korang tuntut la plak BI jadi bahasa pengantar di pusat pengajian bermula pra-sekolah sampai universiti...
pastu..korang tuntut la plak bahasa kebangsaan tukar dari BM ke BI...
satu ja perkataan..
BODoh.. jgnlah dok politikkan semua benda..
saya generasi PPSMI.
first batch learning maths n science in english..
thank you PPSMI.
sejak secondary, primary, n now on tertiary level, i still got A for bahasa melayu.
so??
any relevan idea??
cheap publisiti...
org lama dgn idea lama. cikgu lama nk diajar dalam bahasa. bakal guru di maktab belajar dalam english.
so???
susah2, nk translate nnti... ish3..
malaysia oh malaysia...
budak2 2012, tunggulah nasib anda..
malaysia akan sedar peri pentingnya maths n science in english..
malaysia oh malaysia
bahasa melayu dan inggeris sama2 penting.. jgn sampai kite terlalu taksub nk memartabatkan bahasa melayu smpai english tunggang langgang, org pun tak paham apa yang kita cakap. ingat, skrg dah era globalisasi, dunia tanpa sempadan. dan bahasa melayu bukanlah bahasa yang boleh diguna pakai di seluruh dunia. saya rasa x salah kalau kita teruskan ppsmi, sbb ini sangat berguna bila kita di universiti. nak buat lab report, lecture semua dalam english. hndak melentur buluh biarlah dari rebungnya. so ppsmi mmg x patut dimansuhkan.
Kasihan betul mereka yang sokong PPSMI nie. Confirm tidak pernah keluar negara atau pun sekadar berpusing-pusing pergi UK, US, Australia, Kanada saja agaknya.
Beginilah, kalau anda mahu ke negara-negara yang tidak mabuk BI seperti rakyat Malaysia, BI anda selama 11 tahun belajar lebih baik dari Presiden/ Perdana Menteri negara Rusia,Thailand, China, Taiwan, Jepun, Korea , Argentina, Poland dan banyak lagi.
Mereka ini semuanya negara yang berada dalam era globalisasi. Produk mereka seluruh dunia. Rakyat mereka tidak pun pandai BI. Mereka belajar sekadar keperluan, yang perlu BI belajarlah BI. Mereka tidak buat pun PPSMI, tak ketinggalan pun dalam globalisasi.
Ok, kita bandingkan pula negara yang mabuk BI. Filipina, India, Bangla, Sri Lanka, Zimbabwe. Negara ini buat PPSMI, pelik dimana mereka dalam globalisasi selain dari dari buruh murah.Goblok!
kata paneh:
"Berdasarkan hujah saudara di artikel ini, maka tidak menyesallah saya kerana sering menyebut - "Adalah satu kerugian membaca karya2 Faizal Tehrani" di setiap siri ceramah yang saya berikan kepada para pelajar sekolah, mahasiswa serta kakitangan kerajaan."
saya simpati dengan peserta ceramah sdr. nak tahu hasil peserta ceramah saya? baca di bawah ini kenyataan beliau sendiri:
"Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik. - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, mencatat keputusan cemerlang 20A dalam SPM."
WASSALAM
Nak pandai bahasa asing ni susah juga.Saya pun kasihan tengok budak2 kat semua sekolah belajar sains dan math bukan dalam bahasa ibunda.Alhamdulillah dengan usaha demostrasi dan macam2 lagi perkara yang dilakukan oleh semua rakyat Malaysia PPSMI akan dimansuhkan 2012 nanti.Terasa lewat pula menunggu masa itu hadir.sama2 kita lihat macam mana pencapaian pelajar masa itu dengan masa sekarang.
kata paneh:
"Berdasarkan hujah saudara di artikel ini, maka tidak menyesallah saya kerana sering menyebut - "Adalah satu kerugian membaca karya2 Faizal Tehrani" di setiap siri ceramah yang saya berikan kepada para pelajar sekolah, mahasiswa serta kakitangan kerajaan."
Rasa mcm nak tergelak pulak baca kenyataan saudara paneh ni. Saya mengikuti & baca karya2 Faisal Tehrani. Tapi, macam mana ya, saya boleh tamatkan pengajian dgn cemerlang? Perlu saya lampirkan transkrip saya di sini ke? hehe. Maaf, tak berniat langsung utk meninggi diri. Sekadar merasakan tindakan/nasihat yang diberikan saudara paneh tak berasas langsung...
perkataan paling tepat ttg mahathir
"THE STUBBORN OLD MAN"
ORG TUA YANG AMAT DEGIL
cakaplah apapun,
bawalah bukti sebakul di depan mata pun,
penyakit org tua yg degil memang tak kan terima hakikat tu
DAN INGAT...
INILAH CIRI2 POLITIKUS SEKULAR YAG HEBAT SEPANJANG ZAMAN
Assalamualaikum saudara FT, Saya juga antara pencinta bahasa ibunda. Lebih dari itu, saya adalah pencinta BANGSA MELAYU.Orang melayu memang terkenal dengan sikap 'layu' tentang bab-bab ilmu ni. Tapi bab-bab hiburan, merekalah yang 'melaju'. Saya faham bahasa melayu sangat akrab dengan jati diri orang melayu, dengan adat resam, dengan agama Islam dan sebagainya. Namum keadaan kini yang memaksa kita menerima bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu. Niat Tun baik, caranya saja yang kadang kala tak kena. Bagi saya, yang penting ialah memastikan anak-anak kita BELAJAR. Jangan ingat 'kesenangan' sekarang bakal diwarisi secara 'percuma'. Kepada sahabat sebangsa dan seagama, ingin saya nasihatkan, orang kita memang kaya emosi. Justeru itu, jangan biarkan emosi meleburkan nilai budi dan bahasa kita. Kenang sikit jasa orang-orang tua walaupun kita tahu 'dia' tak sesempurna mana! Apa-apa yang kita tak puas hati, kita tangani secara islami. Jangan suka umpat keji orang lain sebaliknya banyakkan muhasabah diri. Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa! Wallahu'alam.
kita tak boleh compare malaysia dgn negara jepun,rusia etc yg pakai bahasa ibunda mereka kerana istilah sains yg mereka pakai almost 100% bahasa mereka..kenapa??kerana mereka yg menemui penemuan sains..tidak seperti kita yg cedok istilah inggeris dan kemudian dimelayukan...
jika sesiapa kata negara india gagal kerana PPSMI, anda salah kerana terlalu ramai profesional india merantau ke luar negara..mcm mana mereka boleh hasilkan profesional kalau bukan kerana pendidikan..bagaimana negara spt US boleh menerima mereka sebagai tenaga kerja jika mereka 'goblok' spt kata Ahmad Faris..buat pengetahuan sdr, di india golongan tidak bekerja,buruh murahan tidak pernah bersekolah pon,dan tak pernah tahu pun math n sains diajar dlm bahasa ape..yg penting bg mereka, mereka tidak mati kelaparan..jika anda mahu bangkang fakta ini,saya sendiri pernah menjejakkan kaki di india bukan sehari dua,tetapi 5thn dan sentiasa bergaul dgn org tempatan..
maka,fikir2kan lah..
Post a Comment