"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said (Penasihat GMP)...dan berikut adalah kenyataan media Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) berhubung pemansuhan dasar itu pada 2012 oleh kerajaan tempoh hari:-
Kenyataan Media 9 Julai 2009
Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah mengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) sepenuhnya tahun 2012.
-Bagi kami ini bererti bahawa mulai tahun 2010 semua pelajar baru tahun satu sekolah kebangsaan/sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah tingkatan 1 dan sekolah menengah tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun 2010 dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.
- Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda.
- GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti.
- GMP perihatin terhadap para pelajar sekolah yang penguasaan ilmu sains dan matematiknya bertaraf rendah akibat kegagalan memahami bahasa Inggeris. Sehubungan itu GMP berharap pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka setaraf dengan mutu pelajaran sains dan matematik sebelum 2003.
- Pemansuhan PPSMI ini adalah suatu kejayaan kepada perjuangan rakyat. Bagi menghargai sokongan rakyat terhadap perjuangan ini maka Sambutan Pemansuhan PPSMI akan diadakan pada ahad 19hb Julai 2009 jam 9.00 di Stadium Baru Bandar Bangi, Selangor. Semua dijemput hadir.Sekian Terima Kasih
Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Dato' Dr. Hassan Ahmad.

21 comments:
9pg ke? atau 9mlm?
Alhamdllh,
setuju sgt point2 tersebut, terutamanya melibatkan pengajian peringkat universiti. Sy rasa universiti perlu juga kembali kepada bahasa melayu,kemudiannya sektor awam, dan kemudiannya sektor swasta. Semua perlu memnggunakan bahasa melayu. Urusan bank,insurans,pinjaman dll juga perlu kpd bhs melayu.
Tuan haji, kalau macam ini, bukankah UMNO boleh mengungkit bahawa GMP tak tahu berterimakasihkah?
Nanti jadi macam "beri betis nak peha?"
Saya bukan apa, nanti dipolitikkan pula ia di Manek Urai.
sy bersyukur kerana akhirnya, mereka tahu juga apa kemahuan rakyat. semoga kualiti pendidikan di negara kita dapat dipertingkatkan melalui bahasa ibunda kita
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
Salam ziarah. Blog dan posting yang menarik.
View Profile: Rantong™
:::BIRUH BIDDM NAFDIKA YA ISLAM :::
:-solawat-:
Salam,
oK GMP tahniah dan syabas! Lepas ni jom kita gesa untuk dibuka usaha perbincangan bagi mengusahakan terjadinya perpaduan Melayu/Islam yang tidak kurang pentingnya dari isu bahasa itu sendiri.
Kalau semua fasih dan handal berbahasa Melayu namun umat Melayu berpecah belah dan lemah dari sudut politik....berbahasa ibunda dan berjati diri Melayu tidak berguna dan akan luput jua akhirnya.
GMP kena susun prioritinya selepas ini.
Saya tak pasti kalau saudara Faisal boleh terima pendapat saya bahawa isu PPSMI ini lebih bersifat emosional berbanding logikal.
Kalau pelajar sekolah menengah di Malaysia mempelajari subjek-subjek Sains, Teknikal & Matematik dalam Bahasa Melayu, adakah ini akan merencatkan persediaan mereka untuk ke universiti nanti? Sedangkan buku-buku rujukan di universiti untuk ketiga-tiga subjek tersebut TIDAK BANYAK DITULIS ATAU DITERBIT dalam bahasa Melayu. Saya tidak menyebelahi mana2 pihak yang berkepentingan politik dalam isu PPSMI.
Kalau isu PPSMI ini diperjuangkan atas dasar "nasionalisme" semata-mata, saya khuatir pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa & mahasiswi di seluruh Malaysia akan menjadi mangsa perubahan dasar pendidikan negara yang haru-biru.
Congratulation, Malaysia education is making U-turn backward. Just because of few lots championing for mother tongue, the plight of millions of our children to compete in the global education is destroyed.
Setuju dengan budakkaca mata.
Bagi betis nak paha..
Ini perkataan pertama saya bila lihat GMP..
mereka berckp berdasarkan emosional & tidak radikal.. Hakikat bahawa Tun melaksanakan PPSMI jelas utk menyediakan pelajar utk globalisasi..
apa yg perlu GMP buat adalah perbincangan bukan demo.. nampak sgt GMP dah dipengaruhi pembangkang..
p/S: saya menyokong penghapusan PPSMI ttp ini bukan caranya..
Syabas GMP. Lawan tetap lawan.Ini bukan perkara kecil dan boleh dibuat main-main.Bagi yg masih berlagak sila anda turun sendiri kesekolah. Lihat apa yg dirasai pelajar hari ini. Saya ada anak yg terlibat dgn isu ini. Saya tahu derita yg mereka alami.
salam
saya amat bersetuju dgn budakkacamata.
futuristik
Budakkacamata dan Ashraff,
Saya sangsi tuan berdua pernah belajar Sains dan Matematik selain Rampaian Sains dan Matematik Moden diperingkat menengah.
Entahlah logik apa yang tuan berdua gunakan untuk menerangkan konsep Sains/Maths kepada anak-anak seusia 7 tahun dalam bahasa yang tidak difahami?
Sama saja konsep mengajar hukum-hukum agama, sembahyang, mengajar hukum tajwid dalam Bahasa Arab pada anak-anak seawal 7 tahun. TIADA BEZANYA DENGAN PPSMI?
Soalan saya, adakah wajar diajar dalam bahasa yang tidak difahami??
Anda memberi contoh pelajar universiti. Berpuluh ribu pelajar Melayu dialiran Melayu belajar lebih ramai dialiran Sains berbanding dengan aliran Inggeris dahulu? Jadi mana bukti kegagalan mmereka?
Apa yang anda risaukan adalah tidak bertempat! Saya dan kawan-kawan di ASASI Sains, UM belajar dalam BM tetapi buku rujukan banyak dalam BI masih boleh lulus dengan cemerlang.
Mengapa? Kerana asas Sains/Matematik kami kuat! Bahasa teknikal semudah A>B>C. Istillah cuma masalah kecil, yang pentingnya KONSEP disebalik semua istillah itu yang menentukan samada anda boleh jawab atau tidak.
Kami menerima konsep ini dalam BM sepenuhnya!
Sebelum menuduh golongan anti PPSMI emosional, elok juga tuan yang kononnya berfikir secara logik memberi negara mana yang maju dengan PPSMI?
Saya orang teknikal, saya bersetuju sesuatu pendapat berpandukan fakta. Jadi berikan saya negara, bangsa yang maju dengan PPSMI sekiranya pemikiran logik tuan masih ada.
Saya boleh bagi berpuluh negara mundur dengan PPSMI
Anaklangkawi, Imran
Apa Tun buat adalah mengikut Zimbabwe, Bangla, Pakistan, Filipina dan berpuluh negara lagi.
Apa kesannya? Majoriti tidak berilimu. Kerisauan anda semua adalah tidak bertempat! Jika kerana BI kita akan ketinggalan, logiknya kenapa Zimbabwe, Bangla, Pakistan, Filipina tidak maju-maju dengan BI? Merekakan faham semua buku rujukan dalam BI, jadi apa masalahnya?
PPSMI hanya menafikan majoriti anak-anak mendapat ilmu. Sama seperti Zimbabwe, Bangla, Pakistan, Filipina yang akan menghasilkan generasi yang bodohnya bertingkat-tingkat. Ini kenyataan, kemunduran mereka adalah buktinya!
Jepun, Perancis, German pun pernah jadi BANGSA BODOH. Eropah berada dalam kegelapan 1400 tahun. Apa bahasa utama ketika itu? Bahasa Latin kerana dijajah oleh Rom. Kemana bahasa ibunda, Perancis, German ? Bahasa pariah, kelas bawahan hanya diucap oleh petani,hamba dan golongan bawahan. Golongan MAJORITI DI EROPAH.
GOLONGAN MINIORITI adalah pendita, penguasa dan pemilik tanah. Mereka menguasai bahasa Latin kerana strukrur ekonomi mereka mantap. Ilmu semua dalam bahasa Latin dan mereka berkarya dalam bahasa Latin. Newton yang terkenal pun menulis dalam Bahasa Latin
http://en.wikipedia.org/wiki/Philosophi%C3%A6_Naturalis_Principia_Mathematica
Apabila ilmu dimiliki golongan minioriti, maka terdapat jurang sosioekoniomi yang luas. India, Filipina, Afrika, Amerika Selatan adalah BUKTINYA.
Lihat apabila kesedaran nasionalis timbul di negara-negara barat tersebut. Bahasa ibunda digunakan sepenuhnya. Semua rakyat mempunyai peluang menuntut ilmu sama rata, saksa, adil dan TIADA halangan bahasa. Cendikiawan mereka menterjemah, berkarya dan mengajar dalam bahasa MAJORITI RAKYAT PAHAM!
Hasilnya ramai yang bijak pandai, mencipta dan berkarya dalam bahasa masing-masing. Mereka bukan tiba-tiba jadi PANDAI dengan BAHASA ASING. Kita bercakap berkenaan majoriti rakyat bukan segolongan macam AKU DAN KITA SEMUA YANG bernasib baik.
India bereksperimen 400 tahun, Liberia 200 tahun, Filipina 100 tahun dengan BI. Mana BUKTI kejayaan meraka??
Sedangkan KOREA yang hancur longlai selepas WW2 boleh maju, bandingkan pula dengan PAKISTAN yang sama daif dengan mereka.
SEBABNYA, ILMU MERAKYAT!
Soalan seterusnya? Siapa yang emosi disini? Golongan pro PPSMI tidak pernah menberi rujukan satu pun untuk menyokong kejayaan PPSMI melainkan adik saya, anak saya, tok wan saya pandai PPSMI jadi PPSMI bagus untuk semua rakyat Malaysia.
Saya setuju dengan pandangan saudara. Disni tak timbul cara PPSMI melakukan cara yang salah. Demi bangsa dan negara, kita harus bersuara. Berpijaklah dibumi yang nyata.
Jazakalahu khairan.
salam,komen ni tidak ada kaitan dengan entri. cuma nak minta pendapat mengenai filem Gadoh.
kalau ada masa, sila lah komen
Masalah utama dalam perlaksanaan kerajaan, tak kira sama ada pendidikan, ekonomi, politik atau sosial ialah PENUMPUAN atau FOKUS UTAMA.
Bila Tun Mahathir nak buat PPSMI, Mahathir hilang fokus. Beliau tak tahu nak tumpukan yang Bahasa Inggeris atau Sains & Matematik. Di tambah dgn situasi dalam dunia pendidikan Malaysia yang boleh dikatakan kalut & serabut, PPSMI akhirnya tak punya arah tujuan yang mantap & terhanyut begitu saja.
Sekarang, Muhyiddin dah buat keputusan nak mansuh PPSMI pada tahun 2012. Sama macam Tun Mahathir, Muhyiddin buat silap. Kenapa dia tak jemput NUTP dan pihak-pihak yang berkaitan dengan profesion pendidikan & perguruan untuk berbincang dengan kerajaan secara lebih lanjut berkenaan isu PPSMI? Kenapa hanya dengan desakan Sasterawan Negara dan GMP sahaja, akhirnya Kementerian Pendidikan mengalah dan membuat keputusan untuk memansuhkan PPSMI?
Persamaan antara Tun Mahathir & Muhyiddin ialah mereka AMAT KELAM KABUT dalam buat keputusan. Bila perlaksanaan sesuatu polisi itu dilakukan secara tak sempurna, segala buah fikiran atau idea-idea bernas akhirnya terbuang begitu sahaja. Itu sebenarnya yang berlaku di negara2 macam Filipina, Pakistan dan kebanyakan negara2 Afrika bekas jajahan kuasa Barat. DASAR PENDIDIKAN DILAKSANAKAN SECARA CUAI DAN TERBURU-BURU.
Tak hairan kalau kita lihat Jepun, Perancis, Korea dan Jerman yang tak guna Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains & Matematik boleh berjaya dan maju. Sebabnya: DASAR PENDIDIKAN MEREKA DILAKSANAKAN SECARA SISTEMATIK & TERATUR. Tapi dalam situasi yang dihadapi Malaysia saat ini, tak kira sama ada guna Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia dalam pengajaran Sains & Matematik sekalipun, pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah akan jadi mangsa perlaksanaan dasar pendidikan yang terumbang-ambing. Pada masa yang sama, majoriti anak-anak menteri di Malaysia dihantar ke sekolah menengah di UK, Australia dan Amerika untuk belajar pandai-pandai!
Budak kaca mata
"Kenapa dia tak jemput NUTP dan pihak-pihak yang berkaitan dengan profesion pendidikan & perguruan untuk berbincang dengan kerajaan secara lebih lanjut berkenaan isu PPSMI? Kenapa hanya dengan desakan Sasterawan Negara dan GMP sahaja, akhirnya Kementerian Pendidikan mengalah dan membuat keputusan untuk memansuhkan PPSMI?"
Sdr silap, beberapa persidangan meja bulat, gmp yang dipimpin bekas duta malaysia ke unesco (badan pendidikan antarabangsa), prof ungku aziz (mantan naib canselor universiti no. satu di malaysia), persatuan sekolah cina, persatuan pibg kebangsaan dan sebahagian besar mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan dan perguruan telah menolak ppsm menerusi pelbagai kajian. saya turun naik ke sekolah untuk ceramah komsas dan saya duduk makan minum dengan pensyarah maktab perguruan, gugu-guru, dan pegawai kementerian pelajaran (paling baru pertemuan saya dengan btp wilayah timur di pangkalan chepa, tahu apa btp?). setakat yang saya jumpa hanya seorang dua guru sahaja penggemar ppsmi dan mereka mengaku suka kerana dapt elaun dan laptop. kerana itulah penyokong pro ppsmi dapat dikatakan fanatik dan bodoh kerana selalu mengeluarkan sweeping statement seperti sdr lakukan.
sangat bersetuju dgn pendapat saudara Ahmad Faris..
aduhai..balik2 penyokong PPSMI nak bandingkan dengan peringkat universiti..bosan la..
PPSMI peringkat sekolah, wahai cik abg & kakak sekalian. tak kesian ke adik2 kita yang baru bertatih menimba ilmu tu, tiba2 disogokkan dengan istilah2 dalam bahasa yang mereka tak/kurang fahami? macam mana mereka nak tanam minat utk sesuatu yang mereka tak faham?
kalau peringkat universiti, takpela kalau buku rujukan banyak dalam BI pun. masing2 dah dewasa, dah pandai rujuk kamus kan? usaha la sikit..
Saya sendiri dahulu menuntut di UiTM. Salah satu IPT yang menggunakan BI sbg bahasa pengajaran&pembelajaran. Memang tak dinafikan, mudah utk mencari buku rujukan. Tapi, ILMU WAJAR DIFAHAMI. BUKAN DIHAFAL utk tujuan peperiksaan semata2. Makanya, memang KAMUS tu, satu bahan yang wajib ada kalau kita betul2 nak faham ilmu..
Kalau betul mahu tingkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar, tumpukan pada subjek BI. Itu yg sewajarnya..
Post a Comment