Dapatkan Harakah bilangan 1456 (dengan judul 'Rasuah Politik Ditolak'), edisi Jumaat ini, 24-26 Rejab (17-19 Julai 2009). Novel 'Ketupat Cinta' disirikan di 'Sisipan Fikrah' halaman 17.
Oleh kerana Harakah adalah hanya untuk ahli PAS, saya menasihatkan pembaca yang ingin membeli akhbar tersebut - supaya mengisi borang keahlian PAS terlebih dahulu - sebelum menjamu selera Ketupat Cinta Musim Kedua dengan judul siri pertamanya Ayam Tumis Serai Buka Bicara.
Oleh kerana Harakah adalah hanya untuk ahli PAS, saya menasihatkan pembaca yang ingin membeli akhbar tersebut - supaya mengisi borang keahlian PAS terlebih dahulu - sebelum menjamu selera Ketupat Cinta Musim Kedua dengan judul siri pertamanya Ayam Tumis Serai Buka Bicara.
Dapatkan Harakah dan Ketupat Cinta II.

16 comments:
Salam, kempen tersembunyi nampaknya tuan haji..
Salam,
Bertukar angin nampaknya. dari HM ke Harakah.
macam bagus saja jalan cerita ketupat cinta..
tapi takkan kena daftar ahli PAS kut~
hehe~
Salam tuan haji...
teringin sangat nk ikut ketupat cinta 2 tapi ada kat harakah.. perlukah daftar??
mestilah saya takkan mampu nk daftar..
tunggu diterbitkan lah jawabnya.. :D
Salam,
Saya tak peduli... Saya nak beli juga... Sebelum ni pun saya memang beli Harakah...ha ha.. Saya rasa macam terhad je pembaca kali ini.. Saya RASA je..
memey odelia? hahahaaha
ini bukan kempen tersebunyi, ini memang terang lagi bersuluh ;)
salam haji,
Tahniah! Betul kata Aslina tu, pembaca terhad..tapi lagi bagus kerana orang-orang parti Islam perlu hadam bahan2 resipi Ketupat Cinta ni...
ai,harakah? Kena jadi hijaula ni....
Tekaan aku semalam juga yang tepat.
:-)
dah lama menunggu.... =)
ketupat cinta musim pertama memang best..nak tunggu si rosjah kena bom pulak
Sambil menyelam boleh minum air.
Bagus, bagus.
Alah,
Harakah ke Berita Harian ke Kosmo ke Metro ke News Straits Times ke apa benda bagai itu semua surat khabar juga. Apalah yang mahu dikasta-kastakan mereka ini.
done~!!
Salam.
"Hendaklah kita menunggal kalau hendak mencapai tunggal."
Hui dalam maksudnya tu, faisal, berlapis-lapis ke dalam bumi, berlapis-lapis ke atas langit.
Puas juga kita pusing-pusingkan untuk melihat dari pelbagai sisi jua; rasa-rasanya baru satu dua makna yang kita dapat ni, bermakna kita kena duduk-duduk berfikir lagi ni...
Wassalam.
Salam, tahniah dengan kehadiran "Ketupat Cinta" musim kedua!! Saya amat berbangga dengan karya saudara... rugi siapa tidak mengikutinya... saya berharap suatu hari nanti novel bersiri ini akan dibukukan lagi... :-)
Kenapa ketupat cinta menyeludup masuk harakah? Sejak bila tuan sokong PAS? Hentam adalah!
Post a Comment