17 July 2009

Apakah Itu NED: Wajib Dibaca Ahli PAS

Berikut ialah beberapa petikan dari artikel 'NED dan Campurtangan Asing Dalam Politik' tulisan saya yang tersiar di Siasah edisi terkini (19-25 Julai 09) bilangan 0158. Untuk artikel PENUH dapatkan Siasah segera.

NED adalah sebuah agensi separuh kerajaan yang didanai oleh Kongres Amerika Syarikat dan beberapa individu yang tujuannya adalah untuk menyokong dan mendokong organisasi di luar Amerika yang pro polisi luar negara Rumah Putih. Hal ini disebut secara terang dalam laman rasmi NED bahawa penubuhannya sejak 1980 adalah untuk “membantu usaha demokrasi di negara yang dipercayai dapat memberi manfaat kepada Amerika Syarikat, dan kepada pihak yang berhempas pulas memulihkan kebebasan dan hak asasi” (lihat David Lowe, ‘Idea To Reality: A Brief History of the National Endowment for Democracy”, National Endowment for Democracy, http://www.ned.org/about/nedhistory.html). Idea di belakang NED ialah untuk menjadi organisasi muka hadapan CIA dalam mencampuri urusan negara lain. Perkara ini malah diakui oleh salah seorang penubuh NED, Allen Weinstein, “apa yang kita lakukan hari ini kebanyakannya dilakukan oleh CIA 25 tahun lalu.” (lihat William Blum, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower, Common Courage Press, Monroe-Maine, 2000, hlm. 180)...


Kaedah ketiga, ialah dengan menyatukan beberapa parti pembangkang berlainan ideologi di bawah satu payung. Gabungan pembangkang ini akan didanai menerusi seorang tokoh yang dikenalpasti dengan harapan dapat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Kaedah ini dilakukan dengan berkesan sekali di Mongolia dalam tahun 1996. NED telah menyatukan beberapa parti pembangkang di bawah nama National Democratic Union (Pakatan Demokratik Nasional) untuk menewaskan parti kerajaan Mongolian People’s Revolutionary Party yang berkuasa sejak 1992. Harus diingatkan Mongolian People’s Revolutionary Party bukanlah sebuah parti anti Barat atau Rumah Putih. Cuma parti tersebut enggan tunduk kepada beberapa polisi ekonomi serantau yang diatur Amerika Syarikat. Sebelum tahun 1996, media sekali lagi berperanan mempromosikan “terapi ekonomi” buat kerajaan Mongolia yang kononnya untuk menyaingi kuasa besar China dari segi perdagangan. Sebenarnya polisi ekonomi yang dimaksudkan adalah untuk membolehkan Mongolia membuka rangkaian bisnes anti China, dan dalam masa yang sama syarikat-syarikat swasta Barat ini dapat menjadi menjadi perisik dan telinga untuk CIA. Hal ini didedahkan oleh pengkaji yang sama iaitu William Blum menerusi bukunya, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower. Bentuk yang serupa dilakukan NED di Haiti untuk menggulingkan President Jean-Bertrand Aristide. Dan contoh klasik ialah usaha NED di Venezuela dalam tahun 2002 untuk menggulingkan Presiden Hugo Chavez. Usaha tersebut gagal, malah salah seorang koresponden CNN mengakui ikut menjadi konspirator dalam rampasan kuasa 48 jam tersebut...

Penerima dana NED yang lain ialah National Iranian American Council (NIAC), menerima USD 25,000 dalam tahun 2002, USD 64,000 dalam tahun 2005, dan USD 107,000 dalam tahun 2006. Di sinilah datangnya kaedah keempat NED iaitu “media training workshop” kononnya untuk melatih peserta mewakili masyarakat dalam bidang komunikasi awam. National Iranian American Council (NIAC) aktif menganjurkan bengkel dan seminar untuk tujuan “strengthen the capacity of civic organizations in Iran”. Antara slogan bengkel anjuran NIAC adalah seperti merangsang pertumbuhan masyarakat madani, atau ke arah hak asasi dan lain-lain lagi (lihat National Endowment for Democracy http://www.ned.org/grants/06programs/grants-mena06.html#iran). Gerakan ini tentu sahaja telah dikesani oleh Iran. November 2008, lama sebelum pilihanraya Presiden Iran berlangsung, duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Mohammad-Javad Zarif menuduh Amerika sedang merancang revolusi warna di Iran. Menurut beliau, kaedah yang diatur NED ialah dengan cara mengundang sarjana dari universiti-universiti di Iran untuk menghadiri konferens akademik di Barat, akan tetapi apabila mereka menyertai sesi undangan itu, sarjana ini akan menyedari mereka sedang berhimpun untuk membincangkan mekanisme menjatuhkan kerajaan Iran (lihat “US plotting Velvet Revolution in Iran?”, Press TV, 18 November 2008 menerusi laman http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=75784...ionid=351020101)...

Hal ini tidaklah mengejutkan kerana dalam bulan Februari 2006, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice telah memohon dana mengejut dari Kongres sebanyak USD 75 juta di mana USD 10 juta akan diperuntukkan untuk ‘merangsang kempen propaganda menentang Tehran’. Wang sebesar itu akan disalurkan untuk “siaran radio dan televisyen bahasa Parsi dari Amerika, memberi biasiswa kepada pelajar yang ingin menuntut di Amerika dan untuk mendanai gerakan pro demokrasi di Iran. Menurut Rice, “dana itu penting untuk menunjukkan Amerika menyokong aspirasi kebebasan dan demokrasi yang menjadi hak rakyat Iran” (lihat Ewen MacAskill and Julian Borger, “Bush plans huge propaganda campaign in Iran”, The Guardian, 16 Februari 2006 http://www.guardian.co.uk/media/2006/feb/16/usnews.iran)...

Kaedah-kaedah yang digunakan NED di Iran dan negara lain munasabah untuk direnungi oleh Parti Islam Semalaysia selaku sebuah gerakan Islam. Sudah tiba masanya PAS mempunyai mekanisme sendiri untuk menebat dan mengekang kemaraan musuh yang semakin sofistikated dan bijak dalam menyucuk jarum. PAS perlu menyediakan satu pelan khusus untuk memantau gerakan musuh dalam selimut, mengenalpasti mereka dan menyingkirkan mereka tanpa rasa bersalah. Untuk itu PAS perlu menganalisis strategi politik mereka supaya tidak terjerumus dalam jerangkap musuh ummah. Semua kaedah NED di atas telah pun diamalkan dan dikemukakan di Malaysia. Sudah tiba masanya PAS mengurangkan syahwat terhadap kuasa dan kerusi lantas kembali kepada fungsi asalnya iaitu untuk menjadi juara kepada umat Islam. Untuk itu agenda perpaduan ummah mesti didahulukan berbanding agenda-agenda lain yang mungkin sahaja telah ‘disediakan musuh’ umat seperti Amerika Syarikat. Pimpinan PAS perlu rajin meneliti perkembangan politik antarabangsa dan tidak ada salahnya belajar dari negara-negara yang pernah diganggu Amerika...

24 comments:

Tom Yam said...

semoga PAS kembali ke akar umbinya, dalam senario sekarang musuh islam begitu bijak ingin menerobos ke dalam organisasi islam dengan mengunakan pelbagai matlamat.sekiranya gerakan islam leka maka fikirkan sendiri risikonya..

PUREHADHARIST said...

salam FT,

saya masih menaruh harapan agar pejuang bahasa, sasterawan, ngo2 yang telah berjaya dlm misi GMP agar meneruskannya dengan menggesa UMNO dan juga PAS untuk duduk memikirkan survival politik Melayu-Islam yang saya lihat lebih cepat menghakis jati diri berbanding isu PPSMI.

Jangan nanti masyarakat mula berfikir bahawa benarlah GMP didalangi pembangkang (lbh khusus lagi Anwar) kerana hanya berani turun dijalanraya dlm isu yang menguntungkan PR dan jika isu perpaduan ini merugikan PKR/Anwar walaupun ia lebih penting maka mereka tidak mahu bersuara....

criestz said...

betol...
pas disokong oleh org2 y mempunyai pegangan agame y kuat kerana membawa islam.. selagi pemimpin tertinggi pas masih memegang islam sebagai keutamaan insyALLAH islam akak terus dipertahan kan di malaysia bukan sebagai agama rasmi tetapi sebagai cara hidup masyarakat islam di sini..

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

salam ziarah.
sanggupkah pemimpin2 pas berubah atau pengundi2 yg patut mengubah pas? apa2 pun melayu wajib bersatu dahulu.

Cikgu Adham said...

slm.. sgt bagus pendedahan ini.. kawe pon tak perasan huhuhuhu.. semoga Islam kembali Gemilang

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

satu posting yang menarik, tetapi tidak bijak dan tak berapa cukup masak.

Kami nampak kecenderungan anda untuk mengaitkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan apa yang anda gelarkan NED tersebut.

Dan kami nampak akan kecenderungan anda untuk mengaitkan pemimpin2 tertentu di dalam PAS dengan gerakan ini. Kami tidak nampak dimana kewajaran anda meletakkan gambar ahli parlimen Shah Alam dan lain2 pimpinan dalam posting ini.

Mungkin NED ini mudah menyerapi dan menguasai rakan2 Pakatan yang lain seperti PKR dan DAP, tetapi kami dipihak PAS tidak akan sesekali membenarkan PAS dijadikan kambinghitam dalam hal ini.

Perpaduan Melayu tidak perlu digembar gemburkan, bukan keutamaan kita sepatutnya. Kita lebih pentingkan Perpaduan Ummah dan dakwah kepada yang belum Islam.

EMANG said...

http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/07/liberalisme-perjuangan-anwar-ibrahim.html

hehehehe...tumpang

Zayu Hisham said...

Terima kasih di atas artikel ini. Semoga ramai yang sedar posisi kita sekarang di bumi Malaysia tercinta ini.

Faisal Tehrani said...

komen pemuda pas kemahang ini adalah satu contoh fanatisme dan emosi bodoh. dia bukan sahaja tidak baca artikel PENUH di siasah tetapi dia juga pemalas memikir, tak menggunakan akal dan melenting tidak pasal. saya menulis dengan rujukan. BACA ARTIKEL PENUH DI SIASAH dulu.
mengapa ada foto pemimpin pas tertentu di sisipkan? kerana sebahagian besar artikel PENUH adalah mengenai peranan NED di Iran baru-baru ini dan saya mengalu-alukan pemimpin pas (dalam foto) bertemu dengan duta iran (dalam foto) untuk belajar mengenai campur tangan asing di Iran.
faham? orang macam pemuda pas kemahang yang jadi ahli pas selepas tahun 98 lah yang banyak merosakkan pas.
kita sayang kat pas jadi kita cakap dan buat research lalu tulis artikel begini. dia pulak sayang kat dap dan pkr. tahukah sdr ada exco selangor (bukan pas) yang beri tanah berekar2 kepada majlis gereja? beri masjid 10 ribu beri tanah ke gereja. orang macam sdr akan syok sendiri konon exc0 tersebut baik beri duit 10 ribu. TAPI beri tanah ke gereja. boleh terima akal ke? berubahlah. baca berfikir.

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

Buat pemuda kamahang. Tolong buat research dan study betul-betul dulu sebelum menolak atau menentang apa-apa idea. PAS perlukan pemuda yang fleksibel dan sentiasa bersandarkan ilmu dalam apa jua prinsip dan tindakan.

Fakta tetap fakta. Inilah bahana masa depan kalau yang nak jadi pimpinan tak suka membaca lalu menafikan kebenaran walaupun dari pihak musuh.

Hikmah itu barang yang hilang dari orang mukmin. Dimana pun dijumpai merekalah(orang mukmin) yang paling berhak terhadapnya.

Pemuda kemahang, buka minda, banyakkan membaca.

Moga kefahaman ahli pas lagi terbuka dan terkehadapan demi ISLAM bukan demi kuasa dalaman atau luaran semata.

Teruskan membongkar strategi musuh saudara FT. Kita menulis bukan kerana nama dan pangkat

jiwamelayu said...

saudara FT, bukan niat untuk mempertikai niat saudara,

tetapi adakah kemungkinan seorang yang kita tahu terlalu anti- 'orang itu', menulis atas dasar yang kita samar- samar keikhlasannya?

p/s: saya peminat FT, saya baca tulisan2 FT, tetapi ijtihad politik kita berbeza. saya menghormatinya. maaf.

Ahmad Albab said...

salam,
saya bersetuju dengan pandangan pemuda kemahang. tetapi respon tuan faizal; "..pemuda pas kemahang ini adalah satu contoh fanatisme dan emosi bodoh, pemalas memikir, tak menggunakan akal dan melenting tidak pasal.." bagi saya amat tidak selayaknya dilemparkan oleh orang seperti tuan. Tuan saya nampak terlalu emosional, walhal tulisan-tulisan tuan seadanya mengandaikan tuan di dalam kelompok educated person, penuh pengalaman politik etc.

saya amat bersetuju bait-bait terakhir komen pemuda kemahang keutamaan sewajibnya pada perpaduan ummah dan dakwah kepada non muslim bukannya perpaduan melayu kerana skop perpaduan melayu sempit sekali dan terpentingnya saya yakin ia tidak beroleh pahala dari Allah SWT. belum tentu yang melayu itu muslim.

Faisal Tehrani said...

komen ahmad albab -
bagi saya amat tidak selayaknya dilemparkan oleh orang seperti tuan. Tuan saya nampak terlalu emosional, walhal tulisan-tulisan tuan seadanya mengandaikan tuan di dalam kelompok educated person, penuh pengalaman politik

komen saya - baik saya emosi. jadi adakah itu dapat memadam hujah akademik berserta bukti yang saya kemukakan dalam artikel PENUH di Siasah itu?

lagi komen ahmad albab - perpaduan melayu kerana skop perpaduan melayu sempit sekali dan terpentingnya saya yakin ia tidak beroleh pahala dari Allah SWT. belum tentu yang melayu itu muslim.

komen saya - perpaduan pas dengan pakatan di selangor hanya menguntungkan bukan Islam termasuk majlis gereja malaysia. seperti kata sdr melayu harus bersatu atas nama islam. tunjukkan saya di mana hasil dakwah pas kepada dap dan pkr. siapa yang sempit?

komen jiwa melayu -
tetapi adakah kemungkinan seorang yang kita tahu terlalu anti-'orang itu', menulis atas dasar yang kita samar- samar keikhlasannya? p/s: saya peminat FT, saya baca tulisan2 FT, tetapi ijtihad politik kita berbeza.

komen saya - sudah baca artikel PENUH belum? kalau pun saya anti orang itu, adakah hujah saya berserta dalil TETAP RELEVAN. saya perlu mengingatkan ijtihad politik masih perlukan sumber. dan ijtihad untuk bersama dengan orang itu adalah sangat lemah seperti yang telah ditegur oleh pimpinan Ikhwanul Muslimin dan Jaamat Islami kepada ust abdul hadi awang dan ust harun din sehingga beliau mengambil sikap sekarang ini.

* ada terlalu banyak yang boleh saya kemukakan dalam blog kerana ramai orang bawah tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di selangor dan perak, tetapi kerana saya bertanggungjawab ada hal-hal tersebut saya tidak babarkan demi menjaga maruah pimpinan.

pokdi said...

Sebarang usaha menegakkan Islam melalui pilihan raya akan gagal. Kerana pilihan raya itu sendiri boleh dimanipulasi. Tapi orang kita tak mahu insaf. JIka menang pun dia orang akan kacau seperti di Algeria, Iran dan Palestin. Jadi buat apa? Menang kalah, kalah pun kalah!

racing boy said...

eeeeemmmmmmmmmmmmmm bagus artikal tu.kita sebagai manusia mesti berhati2,berfikir,belajar,jgn fanatik.fanatik ni yang masaalah ni.kita kena buat kajian hehehe.

ummu firdaus said...

Salam.

Apabila membaca artikel itu, nampak benar mereka memanipulasi media sebagai senjata utama untuk bergerak.

Pertama, melakukan provokasi aktiviti kepembangkangan; kedua, bantuan perang saraf kepada barisan pembangkang tersebut; ketiga, menyatukan parti pembangkang menjadi satu barisan; keempat, menyusup melalui ekonomi; kelima, menjejaskan ekonomi negara sasaran; keenam, menggunakan media baru - blog, frienster etc untuk mencetuskan huru hara.

Jadi, bila difikir-fikirkan, usaha NED di Malaysia sudah separuh berjaya. Begitu?

Dan 'orang-orang atas yang kiri itu' - adakah mereka tahu tapi buat-buat 'aman' sahaja demi kuasa; atau mereka begitu naif untuk mempelajari rentak permainan ini?

Phew...tak lenalah tidur saya malam ini memikirkan, faisal...

Wassalam.

racing boy said...

eeemmmmmmmmmm bagus artikal FT itu.kita sebagai manusia lebih2 lagi islam sentiasa fikir kalau yg ade akal fikiran hehehe utk mencapai kebenaran.kalau fanatik masaalah betul memang masaalah hehehe

Saudara said...

Assalamualaikum,

Bercakap tentang campur tangan asing... Saya baru saja selesai melihat video di youtube ini >

http://www.youtube.com/watch?v=eAaQNACwaLw

Amat memeranjatkan bagi saya yang muda jagung ini...
Sekadar berkongsi.

Awang said...

bongkar saja demi kepentingan ummah. jangan nanti tanah masjid pun dijadikan gereja.

muFFin said...

Ramai yang berdoa supaya PAS dapat memikirkan kembali perjuangan politiknya. Bukankah untuk agama, bangsa dan negara. Ayuh, jangan jadi boneka DAP dan PKR... Tidak sanggup dah tengok PAS seperti dipermain-mainkan selepas melihat kajadian yang terjadi di beberapa negeri.

putrifarish87 said...

salam. Encik Faisal, saya mastika, dr Sbh. Sy pernah berckp dgn En. dlm telefon melalui kwn sy sewaktu pesta buku di PWTC.terima kasih sbb sudi tandatangan kt buku yg kakak sy tlg belikn.
p/s Insyallah, sy pencinta sej. Insyallah, sy pencinta kebenaran.
Insyallah, sy akn terus mcari bhn bacaan yg menyihatkn minda kala penah dgn asigmt

munirah hayati said...

sdr. faisal,

terima kasih atas kajian yang memberi keinsafan. saya cuma nak tanya tentang bantuan dari UK, atau Kesatuan Eropah,atau Canada's CIDA, united nations juga- adakah mereka mempunyai agenda serupa NED/IRI bila mereka menyumbang kepada pertubuhan2 di malaysia?

seikhlasnya saya berharap saudara diangkat menjadi pimpinan dalam PAS supaya boleh ikut menyedarkan pemimpin2 & pengikut PAS skrg. maaf kalau ada tersalah kata. wassalam

anaklangkawi said...

Agak2 siapa yg CIA taja di Malaysia.. ? rasa2 byk dah tahu.. moga2 PAS tidak diperkotak katikkan & kembali kepada perjuangan Ummah..

insan seperti saudaralah yg seeloknya menegur PAS dr terbuai hanyut..

p/s: saudara ada baca tak komen MB Selangor nak idea gunakan wang zakat utk pentadbiran kerajaan negeri.. nauzubillah..

nshinah said...

Saya ada menulis artikel berkenaan 'non-military warfare' agen2 luar untuk menundukkan kerajaan sah di sesebuah negara, dengan tujuan meletakkan 'bonek' mereka sebagai 'pemimpin'.

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/non-military-warfare-in-malaysia.html

Penglibatan MALAYSIKINI dengan NED:

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/greetings-to-all-i-hope-to-share-with.html