10 June 2009

Siapa Layak Guna Nama Islam?

Sisters of Islamic Tart (SIT) disaran menukar namanya kepada "Sisters of Malaysian Tart" jika ingin meneruskan kegiatannya menjual kuih tat nenas di Malaysia. Sisters of Islamic Tart atau dalam bahasa Melayunya 'Kakak-Kakak Dengan Tat Islam' adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berusaha mempelopori tat sebagai kuih rasmi umat Islam.

Dalam gesaannya sebagai menyokong usul mengharamkan SIT, Dewan Pemudi Persatuan Kuih Bom Islam Semalaysia (PKBIS) berkata label "Islam" pada NGO makanan yang terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika "ahlinya mempunyai pandangan jelas terhadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah."

"Kita di Dewan Pemudi PKBIS ada bukti yang SIT bukan pengikut Sunnah Wal Jamaah. Kalau tidak ikut Sunnah Wal Jamaah mana boleh jadi Islam? Kalau tidak Islam mana boleh mengaku kuih tat yang mereka hasilkan sebagai tat Islam? Yang Islam adalah Sunnah Wal Jamaah sahaja. Yang lain semua tidak Islam. Kita tidak menghalang hak mereka (SIT) untuk berniaga kuih tat, namun mereka tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan makanan Islam." kata ketuanya yang baharu Che Nah Awang Muji.

"Sebagai menghormati hak mereka, Dewan Pemudi Persatuan Kuih Bom Islam Semalaysia menyarankan agar SIT menukar nama kepada Sisters of Malaysian Tart jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak kuih tat sebagai makanan rasmi umat Islam di Malaysia ketika aidilfitri. Macam mana nak jadikan kuih tat sebagai makanan rasmi umat Islam sedangkan ia tidak ada dalam nas? Mana boleh dia nak bolot perkataan Islam itu? Nak jual kuih buat cara nak jual kuih. Jangan guna kalimat Islam. Kita lain. Kuih bom halal kita betul-betul Islam."

Che Nah yang asalnya seorang ustazah kelulusan Jordan sebelum menjadi peniaga kuih bom, menegaskan bahawa Majlis Makanan Kebangsaan harus bersidang bagi mengambil sikap terhadap SIT, sekaligus mengeluarkan pengisytiharan sama ada NGO ini layak mengunakan nama Islam pada pertubuhan mereka atau tidak.

Ketika ditanya oleh Buletin Berita Hairan supaya PKBIS berdebat dan berhujah dengan SIT, Che Nah menjawab: "Sukar kita nak berdepan dengan SIT. Kita ustazah-ustazah ni tak berapa pandai lagi lemah dalam ilmu logik dan falsafah. Kita tahu keluarkan hukum je. Sebab kita tak berapa nak guna akal dalam menentukan sesuatu. Jadi jalan terbaik ialah haramkan SIT."

Che Nah juga tidak mahu berganjak dari usul mesyuarat agung PKBIS, "Kuih tat adalah kuih moden yang datang dari Barat. Jika tidak layak (guna nama Islam), maka mereka harus diharamkan mengunakan nama Islam dan, diminta bubar atau menukarkan nama persatuan jika mahu terus aktif kerana kuih tat tidak dilihat mewakili umat Islam keseluruhannya," katanya.

Che Nah juga mengulas kenyataan Persatuan Pau Demokratik dan Persatuan Kerepek Rakyat semalam yang menggesa Persatuan Kuih Bom Islam Semalaysia menimbang semula usul mengharamkan SIT yang dianggap tidak demokratik dan bercanggah dengan hak-hak berselera.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pau Demokratik, Lucy Ding yang pandai membaca al-Quran; setiap orang mempunyai selera yang berbeza. "Mana boleh paksa orang makan kuih bulan kalau dia tak suka. Begitulah juga dengan kuih tat. Kuih tat sudah lama ada peminatnya sendiri. Kalau kuih tat itu tidak ada ramuan yang haram maka ia halal, apa yang halal patut dianggap Islami. Islam itu luas. Mana boleh nak cap satu-satu kuih itu Islam atau tidak semata-mata kerana ia tidak ikut aliran kepercayaan Persatuan Kuih Bom Islam Semalaysia?"

Ahad lalu, mesyuarat agung Persatuan Kuih Bom Islam Semalaysia meluluskan usul tanpa dibahas, menggesa SIT disiasat oleh Majlis Makanan Kebangsaan dan menarik semula label halal jika produk tat SIT didapati bertentangan dengan Islam.

"Mesyuarat mendesak Majlis Makanan Kebangsaan merasa dan membuat penyelidikan ke atas kuih tat SIT yang ahlinya diragui, inti nenasnya juga diragui."

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti ahlinya terpesong sementara inti nenasnya tidak dihasilkan dengan syariat Islam. Kami dapat laporan ahli-ahli SIT berkuku panjang dan mewarnakan kuku ketika membancuh inti tat. SIT mesti dipanggil dan dibuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya, kita ustazah-ustazah kuih bom sedia untuk menjadi juru pulih dan juru kaunseling."

Pengerusi SIT, yang hanya mahu dikenali sebagai Sister Nora Irish menegaskan kuih tat mereka adalah kuih tat Islam. "Memanglah rambut akak merah. Tapi tat akak ni Islam lah, tak percaya marilah rasa kuih tat akak ni. Gulung ada, bulat ada. Macam-macam bentuk ada. Intinya asli. PKBIS tu buat kuih bom pun segera. Kita bukan tak tahu kuih bom mereka kuih bom frozen. Islam ke macam tu kalau menipu? Kita di SIT memang pentingkan Islam. Akak misalnya boleh jadi imam sembahyang jumaat kalau adik mahu."

Salah seorang exco pemuda UBMO (United Bihun Merchant Organization) yang meminati kuih tat SIT mengakui kuih tat tersebut terkeluar dari selera biasa. "Kuih tat SIT memang lain. Bukan tat biasa. Lemak. Manis. Pendek kata, kuih tat SIT lazat. Saya lebih suka kuih tat dari kuih bom."

21 comments:

pablo said...

Sungguh menghiburkan penyampaian cerita yang menyedihkan.

inikipassaya said...

seorang doktor xkn layak digelar
doktor klu hanya memakai seragam putih beserta stetoskop di kolar leher.....
apa guna seorang doktor tanpa ilmunya...
apa guna ilmu tanpa tahu aplikasinya...

hakikatnya..ilmu dan perbuatan mencerminkan hakikat..bukan NAMA dan PAKAIAN..

Adreena Renniow Abendanon said...

buat mengidam jer... skrg jugak ku cari kuih tat.. teringin pulak

hehehe

Hurun Ein said...

salam~
haaih..sekularisme memang racun kpd dunia masa ini.Err,kalau boleh saya nak minta saudara faisal ulaskan tentang tarekat lain kali?Saya tak begitu faham tentangnya?Kita perlu pelajari tarekat ke?

IndukYati said...

Salam Semua,
kuih..kuih...kuih...rasa macam nak rayalah pulakk..!!

Johnny B. Rempit said...

Kenapa kuih raya akan menjadi semakin sedap apabila bulan raya dah nak habis?

haSan faTula said...

cerita yang menarik ...

nonna manis said...

hai kuih pun nk boh islam ke....memcm manusia yg suke mengambil kesempatan ni

Siti Hasunah Mohammad said...

salam ziarah. kreatif seperti selalunya dalam mengupas sebarang isu..

erm..tak minat sangat makan kuih tat..

Faizah Roslaini said...

Salam,

Amboih pedas. Dan sedikit direct. Pasti ada yang terasee!!

Demm.. sekrang juga saya kena cari kuih tart. Mengidam la pulak.

Oh. 'Karbala' telah dimasukkan dalam bacaan bulan Jun untuk program 'Kau Baca, Aku Baca, Kita Bedah' di Goodreads Malaysia. Namun masih belum meriah. Kepada yang sudah membaca dan sedang membaca, jemput-jemput meriahkan diskusi di sini:

http://www.goodreads.com/topic/group_folder/14033?group_id=465

Jernih said...

Salam~

Dulu Ikhwan pembuat kebab ada suatu slogan lebih kurang: "Du'at la Qudhat". Pendakwah bukan penghukum. Apa Persatuan Parti Bom Semalaysia sudah lupa nak ikut Ikhwan Kebab ke? Baru ada kuasa sikit kurang 1 HP, dah cuba untuk menghukum peminat kuih-kuih yang lain.

Prinsipnya apa ye?. Kalau dalam keadaan sekarang sudah cuba menghalang suara orang lain walaupun dianggap "menyeleweng" dari aliran mainstream, bagaimana kalau Persatuan Parti Bom ni memang betul-betul berkuasa?.

Penganut kuih-kuih lain pasti akan menjadi sangsi. Kalau hari ini dia kacau Kuih Tart, esok lusa dia akan kacau pulak Kuih Pau, Pulut Panggang, Masalodeh, Capati dan kuih-kuih dan makanan lain yang beranika rupa dan ragam.

Sadisnya, dalam negara demokrasi ini, Kuih Bom tidak boleh hidup sendiri-sendiri tanpa memerlukan sokongan kuih-kuih yang lain. Kuih Bom ni sedar diri ke tidak?

Orang yang tidak tahu di manakah mereka berdiri, pasti tidak tahu dari mana mereka datang dan ke mana dan arah mana akan mereka pergi.

djambu puadovich said...

fuh!

pedas sungguh. tat pedas, kuih bom pedas, pau pedas, kerepek pun pedas ni...jgn ada sakit perut lps ni sudah.

Melakar Cinta Firdausi said...

salam..
kenapa ramai pulak yg mengidam kuih tat ni?...aduss..jgn mudah terpedaya dgn keindahan rupa kuih tat, juga kelazatannya semata2..kuih bom..akan bom kuih lain ke???

peguamuda said...

kl dh kata nk wat kuih tat buatla kuih tat...jgn menyimpang wat kuih lain...marah plak pelanggan nnti...

Safaju said...

Hehe memang kena! Sejak Ketupat Cinta, memang serasi benar penggunaan kiasan menggunakan makanan ni dengan saudara. Serius buatkan pembaca raas lapar dan mengidam :D

future phenomenon said...

salam...tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah nusantara yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke www.nusanaga.blogspot.com

selain tu boleh eratkan tali persaudaraan...nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu...

wassalam

hijauoren said...

kuih tat yg diperbuat drpd bahan2 yg halalan toiyyiba akan lebih sedap kalau di makan bermula dengan bacaan Bismillah... dan lepas makan dua tiga ketul (sebelum kenyang), kita ucapkan Alhamdulillah...

apa yg penting???

ingat Allah sebelum & selepas makan.. (kerjaaaa sama!! =p)

Abqariat said...

lucu pula saya bila org gelar saya ahli mantiq..entah la bila bercakap ada la sikit2 masuk unsur mantiq sampai tak sedar org panggil saya mantik...cuma saya tak berapa minat la kalau hanya setakat kuih tat tu moden kita kena terima semuanya...lagipun nabi sendiri tak pernah ubah selera selain makan roti keras diperbuat dari syaer(oats) sedangkan org lain tak selera tengok roti tu, semuanya makan roti yg sedap2 ajer...bila kini dibuat kajian oleh pakar ilmiah rupanya roti yg nabi makan tu berkhasiat tinggi walau rupanya tak canggih pun, iaitu bisa mencergaskan otak...oleh kerana itu kita pasti jumpa Quaker Oats di kedai2 dan supermarket...Oats berkhasiat!

Annair said...

macam2 ada...kueh tat,kueh bom,kerepek,,,bihun pon ade..
layannn,...

FaRrA DeeN said...

Tak Telur tader sape nak citer?? Hehe... Meh makan tak telur.. Coming soon.., "tat telur dengan oat"... :)

Farrah tak pandai sgt isu falsafah.. Kena dalami bebetul baru leh tahu sebab banyak sangat kias nyee... :)

Egg said...

Sisters of Islamic Pan Tarts