1. Saya berpendapat keputusan Muktamar ke-55 PAS yang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam memberi satu petunjuk dan isyarat yang jelas kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kekal sebagai presiden tanpa bertanding. Apakah isyarat tersebut?
2. Benar, Nasharuddin Mat Isa yang dilihat sebagai pro muqabalah telah berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS - menewaskan dua pencabarnya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam pula 281 dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.
3. Sekiranya kita membuat tolak campur dari segi politik. Keputusan itu menunjukkan undi yang diperolehi Husam dan Mohamad Sabu berjumlah 542 - yakni 62 undi melebihi undi yang diperolehi Nasharuddin sebanyak 46.8%. Harus diingatkan, Husam dan Mohamad Sabu kedua-duanya menolak sebarang kerjasama (baik ia atas nama kerajaan perpaduan) dengan UMNO. Dalam erti kata lain perwakilan menolak 'pro-muqabalah'.
4. Oleh itu agaklah mengejutkan Nasharuddin tanpa segan silu membuat isyarat untuk terus 'bermuqabalah' seraya menegaskan; "Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi untuk membuat keputusan berkenaan."
Beliau mungkin kurang mahir dengan 'ilmu politik' bahawa keputusan muktamar telah pun dengan begitu jelas menolak agenda tersebut menerusi penolakan terhadap beliau sendiri (kelebihan 62 undi menolak kepimpinannya).
5. Saya berpandangan pendirian ahli PAS ini mesti dihormati. Meskipun saya bukanlah peminat Parti Keadilan Rakyat, ahli PAS telah membuat pilihan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak sebarang kecenderungan terhadap UMNO.
6. Pun di hati kecil saya, sekiranya PAS di dalam Pakatan Rakyat wujud sebagai tunggul adalah lebih baik PAS berdiri sendiri tanpa perlu memeningkan kepala dengan kerenah parti-parti lain khususnya parti orang itu yang bermasalah. Secara peribadi inilah yang dimaksudkan dengan 'No Muqabalah No Erdogan Yes Hezbullah'.
7. Ini sememangnya akan menyukarkan PAS 'memerintah' negara ini kerana€ PAS perlu bergelut tanpa sekutu. Tetapi PAS; akan dan dapat mengutuhkan diri berfungsi sebagai gerakan Islam dan dakwah. Kita pun faham bahawa tugas dakwahlah yang akan ditanyakan Allah kelak. Berjaya atau gagal bukanlah hak kita. Politik hanyalah satu 'jalan' untuk menyampaikan mesej Islam. Tetapi, kita juga semua tahu; ia bukanlah satu-satunya jalan.
8. Justeru, adalah wajar Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidennya memahami isyarat yang terang benderang ini. Idea kerajaan perpaduan Presiden PAS itu sememangnya tampak murni tetapi ia telah ditolak ahli PAS.
9. Keputusan muktamar (perwakilan dan ahli) hendaklah dihormati dan jangan dikhianati.
10. Tambahan pula pemimpin UMNO tidak kelihatan teruja dengan idea kerajaan perpaduan tersebut. Janganlah orang tak hendak pipi kita tersorong-sorong.

15 comments:
Salam abg FT
Bukan ke sebelum ni ust nasha sendiri tolak muqabalah dgn umno? Saya baca dlm MalaysiaKini. Dia kata kpd pemuda PAS waktu merasmikan muktamar pemuda yg kepimpinan tertinggi PAS tolak muqabalah dgn umno.
Saya pun bukan peminat PKR...harap sangat PAS jadi pemimpin bukan Pak Turut kepada AnWAR tu...
salam saudara FT
1. Saya tidak rasa Ust NAsha, dan Ust Hadi mahu menyatukan UMNO dan PAS
cuma idea itu lebih kepada untuk membangunkan negara dalam hal2 yang di sepakati dan tidak melanggar syarak.
2. Ust Nasha, tetap menang dengan undi yang besar. Sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu, barulah saudara FT boleh katakan undi pengundi tidak pergi sebahagian besar kepada Us Nasha.
Baguslah,
Sama-sama melayu,
Sama-sama pecah,
Sama-sama hancur...
Yang lain-lain, tgk tepi
tepuk tangan
P/s:Untuk semua parti-parti melayu Malaysia
sayang... yang masih tak mengerti antara hak dan batil
antara PAS dan UMNO
ada telinga sengaja dipekakkan, ada mata sengaja dibutakan, ada hati sengaja dikelubungkan
inilah perkiraan politik yang perlu dibaca.bukan setakat menilai secara zahir.
apapun, "kerajaan perpaduan" yang diidamkan UMNO lebih banyak dipropagandakan oleh UMNO sendiri melalui media kerajaan.masakan tidak, setiap kenyataan daripada pimpinan tertinggi PAS sentiasa mendapat liputan meluas dan ditonjolkan perbezaan antara mereka.malah akhbar Mingguan Malaysia hari ini dengan jelas menyediakan ruangan khas sempena Muktamar Tahunan PAS ala-ala Perhimpunan Agung UMNO.bezanya golongan yang "dicop" pro perpaduan ditonjolkan secara berlebihan.
ironinya, PAS dicanang-canang seolah-olah sudah tidak lagi bersatu padu dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sedangkan UMNO dan BNlah yang sedang bergolak dan bercakaran sesama mereka.
Maksud Ustaz Nasharuddin, apa-apa keputusan yang besar seperti kerjasama politik dengan UMNO itu perlu ditentukan oleh Muktamar.
Bukannya ditentukan oleh seorang individu seperti Timbalan Presiden. Itulah maknanya berjamaah.
Perbahasan yang menarik.
Tulisan ini sarat dengan fakta.
====
Saya yakin ,jika betul ada usaha untuk memasukkan PAS dalam UMNO, nescaya PAS akan hancur.
Namun yang ada ini adalah andaian sahaja.
Andaian ini menjadi bahan propaganada kebanyakannya dimainkan oleh media pro-Anwar.
Mereka cenderung untuk menggagalkan kepimpinan ulama di dalam PAS kerana ia akan menjadi halangan utama Anwar untuk menjadi PM
====
Abang Mat lebih menekankan performance tatkala dia manawarkan diri bertanding.
Berbanding Husam yang mengguna sentimen Umno, dan setusnya berkempen dan berkempen dan berkempen.
Dan akhirnya memakan diri kembali.
Mat Sabu dan Ust Nasa lansung tidak berkempen.
Kalu dikutkan tidak padan undi yang diperolehi Husam berbanding unti yang diperoleh.
Kira-kira 20 undi sahaja lebih drp Mat Sabu.
Selepas kalah, pelbagai justifikasi diberikan.
Mat Sabu lebih rilek dan kool.
Tahniah buat Ust Nasa yang menang. Menag tetap menang biar berapa undi sekalipun.
DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!
http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html
saya sangat setuju dengan poin no 7.
Salam,
Saya kira sifir politik Sdr tentang keputusan pemenang TP Pas itu kurang tepat. Sekadar andaian pun tidak dapat diterima kerana ada andaian lain betapa perwakilan yang antimuqabalah pun tentu ada yang memilih Ustaz Nasha.
Sifat perwakilan, ada yang menyokong kerana peribadi calon, ada yang menyokong kerana prinsip calon, dan sebagainya. Dalam kes pemilihan kali ini, mereka memilih ulama untuk jawatan itu.
Saya ke penutup muktamar semalam. ya. bergema dlm stadium malawati para perwakilan dan ahli pas telah menghantar isyarat jelas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan musuh utama pas, umno barisan nasional.. kita ganti mereka, bukan mengikut di belakang mereka.
saya undi abg mat ( itu tak penting )
adakah tuan tahu kalau Husam tak bertanding, orang yang undi Husam akan undi abg mat? mana ilmu pilihanraya tuan belajar...
begitu juga sebaliknya.
salam pas bukit gantang,
saya belajar politik dari dr syed azman ketika beliau mengajar di um
sdr belajar daripada siapa?
siapa undi siapa seperti kata sdr amat penting. campur undi husam dan mat sabu menunjukkan kumpulan anti muqabalah menang. kedua-duanya tolak muqabalah. cuma beza husam ialah ia akan lebih cenderung kepada pakatan rakyat, sedang mat sabu mahu lebih berdikari tanpa perlu tergila-gilakan parti2 lain.
wassalam
Salam adapun pendapat saudara benar.. tapi kita kena berbalik kepada Al-Quran & Sunnah.. apa gunanya menjadi parti yg mengagungkan Islam & berckp memperjuangkan Islam ttp tunduk kepada ahli dalam soal muqabalah bukan berpaksikan Al-Quran & Sunnah..
Post a Comment