26 June 2009

Michael Jackson

Teman saya menghantar sms: 'Michael Jackson dah mati kejap tadi. Patutkah aku baca al-Fatihah untuknya?'

Saya menyangkakan ia lawak kerana teman saya itu memang suka berjenaka yang bukan-bukan. Tetapi benar Michael Jackson sudah meninggal dunia. Saya bukanlah peminat Michael Jackson. Ketika menuntut di Universiti Malaya, saya ingat Michael pernah menyanyi di Kuala Lumpur dan membeli-belah di One Utama, Damansara. Itu saja ingatan saya tentang Michael Jackson.

Lain dari itu kita juga selalu jengkel dengan berita dan khabar pelik tentangnya. Salah satu yang menuntut rasa skeptis ialah adanya berita sensasi Michael Jackson menganut Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel (sini).

Majlis memeluk Islam pada tahun 2007 itu dikatakan dianjurkan di rumah pemain keybord band Toto dan komposer musik pada album Thriller, Steve Porcaro (51), Hollywood Hill, Los Angeles. Turut hadir komposer dari Kanada, David Warnsby (Daud Warnsby Ali) dan produser album Phillip Bubbal (Idris Phillips). Abang Michael Jackson, Jermaine Friday yang kini menetap di Dubai, memeluk Islam pada tahun 1989.

Apa yang menyenangkan hati saya saat ini, tatkala membuka saluran berita CNN dan BBC, tiada lagi berita palsu dari Tehran masuk. Mereka kini disibukkan dengan Michael Jackson, ya, sekurang-kurangnya, untuk beberapa hari lagi.

Foto Michael Jackson menyarung abaya (pakaian tradisi wanita negara Teluk) di Manama, Bahrain.

23 comments:

masni qisrine said...

fuh...berita gempar. radio dok pasang lagu michael jackson non stop pg td...
(-_-)

Abqariat said...

ye la, semalam aku tido jam 3 pg dgr pasal poligami di rtm1....tak dgr la lagu mj ni...dah lama...

www.mastimur.blogspot.com..

AKURO SAN said...

serious??
tak tahu menahu...
huhu..

denaihati said...

Kita yang masih hidup ni perlu belajar ...pasti ada sesuatu yang boleh menjadi pengajaran dari peristiwa ini.

http://denaihati.blogspot.com

my heart~.. said...

innalillah....

alfatihah~

my heart~.. said...

innalillah....

alfatihah~

Awwal Kruz said...

Salam saudara,

Di mana saudara memperolehi sumber diatas (Michael Jackson masuk Islam)?

Joe Han said...

benar @ tak dia masuk Islam, wallahu a'alam.. Islam secara total @Islam skadar topengan pun kita tidak tahu.andai benar dia sudah menjadi Islam, alhamdulillah. andai tidak, maka mati cam kafir harbi la jwbnyee..

iamstradust said...

kalau betol maklumat tu al-fatihah kepada MJ

nazatul said...

salam...
fuhh..mmg saya agak terkejut...
dgr radio pagi2, trus dgr berita nie... terus saya terigt tntg cerita keislaman die...
kalo betul mj dah jadi muslim alhamdulillah...
AL-FATIHAH utk die...
sama ada die muslim total/topengan tu antara dia dgn ALLAH..

wallahhu'alam.. =I

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

How very, very tragic! I am most sad - what a great loss to us all!
I shall always remember Michael Jackson as a gentle and philanthropic person. I do believe a lot of people have taken advantage of his generous and naive disposition!

Angel Suzy said...

saya banyak membaca tentang Mikaeel , dari satu artikel ke satu artikel,
apa yang saya dapat ialah, Selepas Friday pulang dari Makkah , Mikaeel membaca semua buku tentang agama Islam dan mengakui keindahan agama ini. Apa pun Al-fatihah buat Mikael ...

p/s : Dengar tak Isu U.S buat sebuah Bar menyerupai Kaabah di New York dengan nama Apple-Mecca?

Rozana said...

For sure his elder brother Jermaine is pure muslim for 2 decades and has vast influence on MJ.

azhar said...

ada beberapa video menarik di youtube yang boleh dikongsi mengenai mikaeel jackson ni..

http://www.youtube.com/watch?v=-q_RoK_wrDw


http://www.youtube.com/watch?v=QxBCzPgodVc

Abqariat said...

betul tak betul masalahnya kalau islam sape nak solatkan dia...nak kapankan dan nak talkin...eh susah ni... nasib ada abg dia yg prihatin... wallahualam

pria malaya said...

innalillah...

Give Thanks To Allah - Michael Jackson

http://priamalaya.blogspot.com/2009/06/give-thanks-to-allah-michael-jackson.html

masni qisrine said...

baru perasan...MJ meninggal pada hari jumaat tu...

iLHamWaN said...

Rasanya MJ pernah tidur dalam satu mesin hayat.Walau apa pun ketentuan Ilahi mengatasi segala-galanya.Kalau dia betul2 menjadi Muslim..alhamdulillah....

a kl citizen said...

hadir dan perginya penuh kontroversi...

NORFYOLOGY said...

@priamalaya: the song is not sung by Michael Jackson, it's another singer by Zain Bikha. A lot of people misunderstood about it. Just think it should be credited to the right person.

@rozana: not sure if Jermaine is pure muslim. Just know he embrace Nation of Islam which neglects the Five Pillars we had in Islam. But than, who are us to judge muslims or not. Just for some general knowledge sharing.

Al-fatihah for Mikaeel. He used to say he wants to do something for Islam, just like he did for promoting peace and earth.

The Envoy said...

Orang yang penuh kontroversi ni lah yang mengubah dunia muzik pada zama 1980-an dan 1990-an.

norafiqa said...

MJ pergi kerna stress...

so jgn stress ..ok..

may Allah bless MJ

fadz said...

Salam Faisal,

Saya sudah tidak lagi berada di Kelantan tapi sudah kembali ke KL. TK.