PERCAYA atau tidak Maaf Dari Sorga saya tulis sewaktu masih di bangku sekolah. Saya peram bertahun lamanya, dan saat didekati oleh sebuah penerbitan pada tahun 2003, saya kehilangan tenaga untuk mengarang karya baharu. Apa yang ada dalam simpanan saya serahkan. Maka begitulah Maaf Dari Sorga, manuskrip novel pertama saya diterbitkan setelah bertahun-tahun saya dikenal sebagai pengarang.
Kerana itulah novel ini dirasai pucuk dan lancar. Pun sebagai ‘karya pertama’ yang dikarang ketika masih belajar, hari ini saya dapat menghimbau dan belajar banyak menerusinya.
Karya ini mengalami perubahan, lapis-lapis pembaikan setelah itu khususnya saat saya mulai mengenal penulisan kreatif secara teratur menerusi arwah Dr Othman Puteh dan Zaharah Nawawi. Kala itu saya sedang menuntut di matrikulasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Nilam Puri. Terima kasih juga buat Khairul Nizam Abdul Raub yang dengan baik hati menawar diri untuk menaip semula manuskrip yang saya tuliskan dengan tangan dan mesin taip ini. Jika tidak, Maaf Dari Sorga akan terbenam berhabuk dalam himpunan manuskrip lama saya yang terlupakan.
Posisi penting Maaf Dari Sorga dalam perjalanan kepengarangan saya ialah terdapatnya percikan wacana meski tidak mendalam. Modal ini telah membawa saya bereksperimen dalam banyak karya saya kemudiannya. Lebih penting di sebalik kisah seram yang cuba ditampilkan, masih ada ideologi berbumbu akhlak dan etika keIslaman menunjangi novel ini. Pengaruh ‘Risalah Usrah’ karya Abu Urwah (YB Saari Sungib) misalnya menjadi satu potongan penting dalam Maaf Dari Sorga.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih buat Maryam Musa yang telah membantu saya membina latar Sydney dengan segar meski saya masih belum berkesempatan menjejakkan lagi di kota selatan tersebut.
Saya berharap penerbitan semula Maaf Dari Sorga dapat menjadi satu rekod dan dokumentasi untuk pengkaji dan pembaca yang ingin memahami proses yang telah saya lalui sebagai seniman.
Semoga pakej baharu karya ini akan memberi lebih banyak keadilan dan kesaksamaan buat saya sebagai pengarang yang sering disalahertikan.

20 comments:
Semoga terus berkarya!
menghitung hari untuk ini!
maaf dari sorga??? dah keluarkah?? pasti dicari sehingga jumpa... :D tajuk yang menarik...
akan cari sampai dapat!
aih?haha..tahniah..
Salam.
Ada membaca naskhah lama di perpustakaan tapi tak khatam.
Ni kulit depan yang baru mahu coba lagilah baca =)
saya kenal dan jatuh cinta dengan karya ft melalui cerpen 'kerana manisnya epal'. novel pertama faisal yang dibeli ialah 'cinta hari-hari rusuhan' keluaran creative ent. sejak itu saya memburu setiap karya ft. novel kedua dibeli ialah 'rahsia ummi', kebetulan terjumpa berdebu di sudut rak usang sebuah kedai mamak dan daripada syarikat yang sama juga (kalau tak silap) saya pesan 'maaf dari sorga' yang dikatakan novel pertama ft.
sesiapa yang lewat mengikuti rentetan perjalanan karya ft memang akan salah faham dan mungkin keliru dengan isme penulis dalam setiap karya seninya. memang sangat disyorkan membaca karya-karya awal ft untuk mengenal si penulis.
tapi masih tak berkesempatan minta autograf. heh..
Salam.
Sewaktu menemui dan kemudian membaca 'salam dari sorga', saya memang mengagak ini mungkin antara karya terawal sang pengarang. Cerita, pendekatan dan isinya, pada saya, masih 'murni' dan belum begitu pandai berkosmetik.
Aha, jangan salah faham pula; walaupun memperlihatkan semacam bakat mentah belum bergilap, novel ini memperlihatkan kematangan penulis seumurnya ketika itu dalam mencerap isu dan persekitaran, kemudian menggarapkannya dalam karya.
Dan ya, saya bersetuju novel ini wajar menjadi satu titik mula mengenali perjalanan seni seorang faisal tehrani.
Wassalam.
maaf dari sorga edisi baharu?
saya mesti mendapatkannya :)
Lagi satu karya FT.
*seronok.
waa... lawa la cover, abg faisal.. sy dh ada yg versi lama.. huhu...
AKU TENGAH TUNGGU BAJET NAK WAT FILEM... SI PENIUP NEY... ADAPTASI DARI NOVEL FAISAL TEHRANI... ADVENCER
PELAKON UTAMA IALAH ANA SENDIRILAH, SBB ADA IRAS2 WATAK DALAM NOVEL TU, PERAWAKAN DAN SIFAT BOLEH TAHAN...SAMA. OK...TAKBIR!!!
salam alaik ya akhi faisal tehrani..
Maaf dari sorga merupakan karya yang agak asing bagi yang tidak mengikuti semua karya akhi. Saya dah baca MDS [Maaf Dari Sorga]awal dua tahun yang lepas. Kulit depannya berwarna Biru, terbitan Zebra kalau saya tidak silap. itupun terlihat tanpa sengaja, dan sekiranya perlu, karya itu patut di tambah baikkan dari sudut ilustrasi muka hadapan.. novel itu biarpun agak janggal saat saya membacanya {gaya bahasa akhi FT Yang sangat berbeza berbanding karya beliau pada hari ini}namun tetap menampilkan kelainan daripada novel yang sedia ada di pasaran..apapun, syabas Akhi, moga terus thabat dan istiqamah..
khairul Nizam?? kawan lama den ni.
assalamu'alaikum abg faisal,
tarikh keluarnya bila?
Hmm.... akan dibeli nnt, insyaAllah.
@Naimisa
rugi tak baca karya FT....
perempuan anggerik tak ada terbitan baru ke? tinggal itu aje buku yg kena ada utk cukupkan koleksi buku abg faisal.
Kakiseni Playwright Competition 2009 sekiranya saudara Faisal berminat:
http://www.kakiseni.com/articles/features/MTM2NA.html#top
Kenapa menggunakan ejaan Indonesia iaitu sorga instead of syurga? Apa tak berbanggakah dengan ejaan melayu? Sekadar bertanya.
Post a Comment