Tahukah anda latah adalah ucapan atau perbuatan yang terungkap atau kaget tidak terkawal (starled reaction). Apabila seseorang melatah apa yang muncul atau terlafaz ialah alam bawah sedar (subconcious).
Menurut pakar psikiatri ada beberapa sebab terjadinya latah ini; salah satu yang sering dirujuk orang ialah 'latah lingkungan',latah jenis ini dikatakan merupakan satu bentuk mencari perhatian. Latah jenis ini selalunya terjadi kerana si penderita tertekan gara-gara stres.
Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis latah. Pertama, ekolalia; ini berlaku apabila si penderita mengulangi perkataan orang lain. Misalnya anda menyucuk belakang seseorang sambil menjerkah 'oh lembu', si penderita dengan spontan akan terpancut dari mulutnya 'oh lembu lembu lembu lembu itulah bapak kau'. Kedua, ekopraksia; iaitu meniru gerakan orang lain. Misalnya anda menyergah seseorang sambil menari, si penderita dengan spontan juga akan mengepakkan tangannya seakan mengulangi tarian si pengganggu. Ketiga, koprolalia; ini berlaku apabila si penderita mengucapkan kata-kata yang dianggap kotor atau kurang ajar apabila diacah. Misalnya seseorang yang disergah akan melatah seperti 'oh sampah' atau 'oh boneka'. Terakhir, latah yang jarang berlaku ialah automatic obedience; di mana seseorang melaksanakan perintah secara spontan pada saat terkejut. Misalnya; kala penderita dikejutkan dengan seruan perintah seperti ”tonggeng” atau ”terlentang”, ia akan segera melakukan perintah itu.
Menurut pakar psikiatri latah mengekang kreativiti dan idea orang lain. Malah si penderita pula selalunya kehilangan daya untuk ‘mencipta’ hal-hal yang baharu, yang lebih segar dan tertakluk kepada kejumudan.
Latah sukar disembuhkan. Hari ini misalnya si pelatah berjanji tidak akan buat lagi. Sekiranya ia berlaku dalam kalangan pemimpin ia dapat menjadikan organisasi yang diketuai lemah. Meski sudah berjanji tak nak buat lagi, esok lusa biasanya mereka tetap mengulang latah yang hampir sama. Oleh kerana latah berlaku kerana adanya keterkejutan maka cara untuk merawatnya ialah dengan mencari ketenangan dalam hidup seperti bersara, berehat panjang atau menukar bidang pekerjaan terutama jika pekerjaannya itu membuatkan stres. Dalam masa yang sama orang yang suka menyucuk, mengganggu dan mengacah itu juga harus dipanggil dan diberi sesi kaunseling supaya jangan menyucuk si penderita. Kebiasaannya mereka yang mengacau ini adalah anak-anak yang nakal dan tidak matang. Kita boleh menasihatkan, misalnya, 'Mu tok sah lagi lah buat keje menyucuk ni'.
Rujukan soal latah ini dapat diperolehi menerusi laman berikut:
http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/0603/08/1001.htm
http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/2006/102006/05/syiar06.htm
http://kafka.web.id/depan_130.html
http://andalasdejava.wordpress.com/2007/09/05/mental-latah-kita/
http://blog.dakota23.com/archives/2005/04/12/latah/
Adakah sesiapa dalam kalangan anda pelatah? Tahukah anda sesiapa dalam kalangan kita yang melatah?

9 comments:
Salam,
kenapa wujud tingkahlaku latah ini?
Freud mungkin akan kata ia kerana zaman silam si pelatah ini.atau mgkin kerana zaman bayinya ia tidak dapat nikmat drpd mulut..atau mugkin sifat egonya mempengaruhi id atau id mempengaruhi ego?..atau ia sekadar halah utk mengelak drpd sesuatu yg terpendam? akhirnya ia menjadi habit.
ishh..susah ,ada yg kata latah ini hanya ada dlm kalangan Melayu? ..tak cayalah!
Soalan! kenapa si pelatah ni mesti latah cakap yg pelik-pelik,caca marba danlucah-lucah?
Salam.
Membaca tentang latah ini, saya teringat suatu waktu di kampung saya dahulu:
Ada seorang makcik yang latah sedang memarut kelapa. Langsung dia memarut tangannya sendiri bila diusik. Dia langsung tidak sedar atau terasa sakit walhal tangannya sudah berdarah-darah terkena parut itu. Kami menjerit-jerit suruh berhenti memarut, tapi dia tidak berhenti. Bila orang yang mengusik tu suruh berhenti, barulah dia berhenti.
Bila dah sedar, dia pengsan tengok darah tangannya mengalir-ngalir sampai ke siku. Sadis sungguh.
Pemimpin? Oh yang itu tu... Hmm...dia tak sedar apa pun kerana dia dalam keadaan latah; jadi, orang yang mengusik itu ambillah kesempatan. Apa akan jadi agaknya bila dia dah sedar? Ah, sadis juga...
Wassalam.
sekarang ini melatah semakin menjadi-jadi, seakan ianya menjadi budaya yang kekal dalam kepolitikan melayu.
salam,
sifat manusia...
mudah melatah....
=)
tabiat yang dibuat2 terus melekat..
'automatic obedience'.....
menakutkan (-_-)
bagaimana tak melatah jika tukang cucuknya sentiasa tunggu masa untuk mencucuk si pelatah
haha
salahkan penyucuk faisal.
si pelatah dah tua.
Mengikut apa yg sy baca, latah hanya terdiri dalam kalangan orang Melayu dan orang Eskimo sahaja [ HM. Tuah Iskandar ]. Latah berlaku disebabkan neuron dalam otak tdk digunakan sepenuhnya. Biasanya apa yang disebutkan oleh si latah adalah pengucapan yang biasa disebut. Jadi, jika si latah suka mencarut, biasanya bila melatah, mencarut juga yang keluar.
Ada juga kajian yang mengatakan bahawa latah disebabkan oleh individu kurang menggunakan otak. Salah satu cara untuk elakkan latah adalah kerap membaca al-Quran supaya neuron kita aktif.
Post a Comment