Maafkan saya, kalau berasa rimas dengan budaya pop murahan; khusus mencari bintang-bintang menerusi rancangan realiti di kaca televisyen. Ada produk rancangan tersebut kini, ajaib sekali, telah menjerat sahabat saya sendiri. Ia memang murah. Ia mendorong penonton menghabiskan masa yang disebut oleh Allah sebagai mereka yang rugi. Kerana tunjang rancangan murahan itu tidak ada keimanan kepada Allah, tidak ada amal soleh, sambil tidak pula berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Adakah saya anti rancangan realiti di televisyen?
Tidak. Kalau ia berguna.
Mari saya beri cadangan yang lebih bermaruah dan mendatangkan manfaat buat ummah.
Pernahkah anda mendengar Star of Science (Bintang Sains: klik sini)?
Ia adalah sebuah rancangan realiti televisyen anjuran Qatar Foundation for Education, Science and Community Development. Ia dihoskan oleh Khalid Al-Jumaily, dari Qatar. Program ini berlangsung dari 29 Mei sehingga 26 Jun lalu. Terdapat 5 episod waktu perdana dengan durasi masa 90 minit. 20 episod harian, dari hari ahad ke hari khamis. Rancangan ini dirakam di Doha, Tunis, Kaherah dan Beirut. Ia ditayangkan di 15 buah negara khusus negara yang bertutur dalam bahasa Arab.
Ia tentang apa?
Setiap hari penonton akan menyaksikan 16 peserta berusia antara 21 hingga 31 tahun (dari 11 negara) menerokai pelbagai bidang sains untuk mencipta pelbagai alatan yang berguna bagi kegunaan orang awam. Bidang sains tersebut melibatkan bidang fizik, kimia, kejuruteraan dan lain-lain. Mereka diberi kemudahan makmal dan bengkel. Dibantu dengan krew yang tangkas. Peserta kebanyakannya adalah pelajar sains. Mereka akan memberi penjelasan saintifik dan menunjukkan bagaimana alat yang mereka cipta itu dapat digunakan. Dalam masa yang sama, syarikat yang berminat boleh membida produk sains tersebut. Justeru mereka berpeluang memasarkan hasil ciptaan ke dunia luar. Terdapat beberapa wanita dalam kalangan peserta. Ini begitu membanggakan. Pemenang yang berjaya mendapat USD 300,000 dan barangannya tentu akan diberi perhatian oleh pelbagai firma atau syarikat yang berkenaan dengan bidang sains yang mereka terokai.
Penonton bukan sahaja bertambah pandai, peserta juga didedahkan dengan interaksi bersama saintis terkemuka yang akan menjadi juri. Antaranya ialah Dr. Sadeg M. Faris (dari Libya), Dr William Sawaya (dari Lubnan), dan tokoh pemasaran produk, iaitu Dr. Mona Zaki (dari Mesir).
Di akhir penonton akan memilih menerusi sms, di mana penonton akan memilih barangan manakah yang paling munasabah dan praktis mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Jadi, pemilihan sms bukan berdasarkan nafsu kerana muka si peserta itu jelita atau jambu.
Dua peserta terakhir ialah Bassam Jel'a berumur 22 tahun, seorang pelajar kejuruteraan robotik dari Lubnan yang mencipa alat elektronik yang berguna memainkan semua instrumen muzik Arab. Ciptaan atau inovasi kedua datang daripada Mohammad Othman Farah berusia 26 tahun, dan berasal dari Sudan. Beliau mencipta sejenis alat memeriksa kualiti minyak masak dengan menggunakan laser. Alat tersebut tentu sahaja murah dan boleh digunakan oleh tukang masak atau chef di restoran.
Pemenangnya ialah Bassam.
Mengapakah kita masih mencari lagi bintang-bintang murahan untuk memeriahi dunia pop dan hedonisme kita yang sudah cukup bobrok? Mengapakah kita kekal bangkrap idea, dan muflis kreativiti? Bagaimana ilmuan kita boleh terheret sama?
Tidakkah boleh kita mencari bintang yang membawa hasil untuk masyarakat? Dengan rancangan seperti 'Bintang Sains' tadi adik Nik Nur Madiha yang bijak misalnya dapat menunjukkan kebolehan mencipta sesuatu.
Argh, mengapakah kita yang mahu mengejar wawasan 2020 (ada sedekad lagi), masih mencari bakat anak wayang dan pilih kasih untuk membintangi filem murahan tentang mat rempit, pelacur, bohsia dan samseng?
Tidakkah menyedihkan nilai masyarakat kita hari ini?

41 comments:
Begitulah jadinya apabila hiburan di-Tuhan-kan. Saya juga agak kurang bersetuju dengan pemilihan Bassam sebagai pemenang jika diukur dari sudut nilai kepenggunaan.
salam alaik ya akhi..
Memang sangat tepat komentar akhi ni..Media yang dieksploit dengan popular yang agak 'murah' dan tidak menjana langsung kepada daya intelek..ada lagi rancangan yang agak berfaedah, cthnya spt: "American Inventor" Yang mana setiap peserta adalah terbuka kepada semua had umur,dan peserta diminta untuk membentangkan ciptaan rekaan mereka yang sudah pastinya rekaan itu perlulah memenuhi keperluan manusia pada hari ini. Kenapa negara kita tidak memandang rancangan-rancangan sebegini, di ambil moralnya, terapkan kedalam negara kita. Bukankah lebih berfaedah daripada melayan nafsu2 yang tiada noktahnya. Semuanya hanya menjurus kepada lagha semata..
seronok membaca entri ini. syabas buat saudara faisal
ya, memang meyedihkan!
salam,
Amat bersetuju dengan pandangan akhi. Sudah jemu sangat melihat dunia hiburan negara yang kini semakin menjauh daripada roh keIslaman.
Setuju, tuan. Sudah banyak sangat rancangan macam ni. Naik meluat rasanya.
Entri yang menarik. Semoga memberi kesan kepada pembaca entri ini tidak lagi ternanti2 rancangan realiti yang membazir waktu mereka.
saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara faisal.
kita acapkali tertanya-tanya ke mana arah tuju masyarakat kita.
jika beginilah hiburan yang dihidangkan kepada kita, kita tidak akan ke mana-mana melainkan menuju kehancuran..wallahualam.
salam saudara faisal,
saya juga bersetuju dengan anda. saya baru pulang dariluar negara untuk menghabiskan cuti musim panas di tanah air sendiri.
saya agak terkejut dan terkilan kerana terlalu banyak program realiti tv untuk mencari bakat2 picisan yang tak mampu untuk menyumbang ke arah pemikiran intelek.
sungguh rendah mentaliti masyarakat kita yang terkinja-kinja menyokong peserta pujaan mereka. saya tidak nampak ini satu perkara yang baik untuk masa depan negara.
orang kita apa peduli,tak harga ilmuwan..tgk glamor,tgk duit
assalamualaikum.
Saya mendapat maklumat baru dari entri ini. Terima kasih.
ana sokong sangat dengan entri ent kali ini. sememangnya rancangan hiburan yang disajikan sekarang sangat2 menyedihkan dan memualkan. ana rela duduk dimeja komputer melayari blog2 dr menonton rancangan2 tersbut...
Assalamualakum..
Sungguh tepat sekali apa yang abg faisal katakan..Memang benar rakyat kita sekarang sudah mabuk dan hanyut dgn keseronokan duniawi tidak kira umur,pangkat,bangsa dan agama.namun apa yg menyedihkan ialah umat islam sendiri yg mendahului org lain dlm soal hiburan dan mereka jugalah yg berada d tngga plg bwh dlm soal pndidikan...
Sesungguhnya kita brada di dlm dilemma..
assalammualaikum..
memang menyedihkan kekita ni... sibuk dan sentiasa dahagakan hiburan murahan seperti ini...memuak dan meluatkan..
rncgn realiti skrg bnyk melalaikan kita. jd kne fikir sblm tgk & jgn smpai tpengaruh. tgk rncgn realiti yg mberi faedah shj. :)
semua ini fulus bro..
fuluss
Tidak terujalah biasa sahaja kerana bakat diasah dengan ruang dan peluang yang ada paling utama karya seni yang mendidik jiwa bangsa. Kalau setakat cinta sini sana alahai........Tapi saya tetap suka Pengarah Rashid Sibir kerana banyak dramanya yang hebat memberi kesan mendidik jiwa yang berkesan seperti Pondok Buruk. Dia pengarah yang berjaya menjadikan pelakon berlakon dengan berkesan bukan seperti membaca skrip ayat penuh.
FESTIVAL TEATER KL 2009:
http://img8.imageshack.us/img8/2344/festivalteaterkl2009.jpg
Assalamualaikum,
jika lihat pd tanah seberang...sudah ada program realiti PILDACIL[pilihan daie cilik].Pada pandangan saya, produksi di Malaysia kurang kreatif dalam mempelbagaikan program realiti TV.Balik-balik,nyanyian...tak pun lakonan.
1000% SOKONG!!!!!!!
Yalah, katanya hendak mencari bakat.
Lebih sudu daripada kuah, bukan?
ada sesuatu yang tak dapat dijelaskan tentang minda melayu dalam masyarakat kita sekarang...
mungkin sedang bertransformasi...
tapi agak lambat...
benda apa yang sedang membelenggu pemikiran masyarakat kita ni?
cetusan minda dan perubahan perlu berlaku...
tak kira siapa pun...
tolong lah!
***
menariknya star of science nih
ini baru betul realiti tv yg berilmiah & berfaedah
sila tanya kepada pemerintah. mereka yg aoai wawasan 2020, tp mereka juga yg lambakkan / izinkan segala bentuk hiburan murahan di negara ini...hampas tak berguna sesen !
Terkejut juga saya apabila melihat 'sahabat saudara yang terjerat itu'...
Mengapa agaknya Dr. terlibat ?...
salam saudara faisal
saya menunggu2 juga saudara mengusla ttg isu ini(anak wayang) sebab saya tau saudara anti perkara2 yg semakin merosakkkan bangsa macam ni.
anak wayang dulu semua org tidak suka gelaran macam tu, tapi sekarang jadi program realiti pula.
saya tak tahulah apa mentaliti kebanyakan masyarakat malaysia sekarang.seolah2nya hiburan macam ni adalah nasi mereka.
p/s:kalau filem ibu mertuaku dulu, ditanya,majistretkah, lawyerkah? tapi sekarang akan ditanya, anak wayangkah? afkah? mentorkah?atau sejuta?
Pak Menteri kita bukan tak tahu hal ini tapi mereak lebih selesa mengikut arus. Org melayu rata2 suka hiburan murahan, bagi kita murah bagi depa mahai la.. nak beli baju lagi, latihan lagi. Paling sempoi bila ibu bapa merestui dengan doa semuga anak mereka terus berjaya dalm bidang seni-begitu lah kata ND lala untuk anaknya sheila. Ibubapa bangg tak terhingga, kjaan pula berikan wadah untuk mencungkil bakat seni.Apa lagi bak api ditunag minyak gas.. menyala2 semarak seni negara.
Saya tercari2 juga program realiti sains macam yg sdr kata. Mengapa penggiat seni tak usahakan agar rancangan spt itu dapat ditonton melalui pawagam? Atau tak boleh ke kita beli CDnya dan edar untuk rakyat yg peka, tau diedar ke sekolah swasta yg berminat?
saya setuju dengan entri ini... memang peminta filem, tapi bukan filem murahan, saya rasa semua tu hanya untuk duit dan keuntungan produksi tertentu. takde nilai langsung. sedih. saya pernah bercita2 untuk berlakon tapi filem yg ada mutu dan nilai, samada filem epik atau islamik. namun tiada yg memberi peluang ke arah itu. yg ada ciplakan barat, entah menjadi entah tidak...
insya Allah kalau ada rezeki kita akan lihat filem 'bermaruah' di Malaysia nanti.
Saudara betulah dah banyak sangat lambakan ejen-ejen hiburan yang melalaikan dipasaran.
300% setuju!
hmmm, aku pun benci la, tunggu filem islamik...tapi tak kluar... nah... www.mastimur.blogspot.com
Salam, Ya benar...
Orang yang menganjur realiti tv dan juga yang menonton rancangan itu mempunyai selera sampah! Sia-sia.. Demi Masa Sesungguhnya Manusia itu didalam kerugian..
salam...
ibubapa sebenarnya memainkan peranan PALING PENTING...
bila menonton TV, ibubapa sama-sama menonton...ia seolah2 galakan untuk anak-anak mengikuti program2 sedemikian....kadang2 mereka yang lebih sudu dari anak2....undian SMS pun mereka sama2 terlibat....
anak-anak mencontohi ibu-bapa...lihat saja auditorium dalam Pilih Kasih dan Mentor, dipenuhi orang dewasa berbanding kanak2...
inilah yeng menyebabkan program2 lagha seperti ini tumbuh bak cendawan lepas hujan....
Salam.
Hmm...saya teringat menonton fenomena seni yang sedikit menyentuh tentang program Anak Wayang dan Pilih Kasih ini.
Kata Dr.Abu Hassan Hasbullah yang menjadi panel, lebih kurang begini: ...program-program sebegini boleh membantu mereka yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi mempunyai kebolehan dalam bidang-bidang ini...Jika satu pertiga mereka yang cemerlang dalam akademik itu ditatang penuh, apa akan jadi pada mereka yang dua pertiga lagi....
Apa kata faisal jika saya kata yang program ini sebenarnya satu alternatif mencari kecemerlangan untuk mereka yang tidak cemerlang dalam akademik?
Wassalam.
Anak wayang program murahan..tapi
Itulah yang dibanggakan keluarga-keluarga dan ibu bapa orang melayu....
Nak anak-anak jadi artis..
Saya banyak buktinya... +_+
betul kate faisal.. mmg skng nih tlalu byk realiti tv yg pada saya xmberi manfaat utk kebaikan sjagat la..yg baik, xdisambung.cthnye akademi al-quran..lau smata2 mncari keuntungan, lbh baik kita lupakan..
Salam
Saya akui saya juga menonton realiti Tv yg melalaikan umat Islam ni.Program yg saudara Faisal perkenalkan disini sememangnya lebih-lebih baik dari hiburan semata-mata..
Salam...
Setuju. dulu2, mak ayah nak sangat anak2 masuk ke IPT...sekarang sanggup berhabisan untuk masuk ke program realiti.
jangan nanti pabila statistik jenayah meningkat, masing2 menunding jari. kerna muda-mudi sudah lali dengan hiburan dan tiada benteng pertahanan agama dalam diri.
aqal...tidak mampu lagi digunakan lagi untuk berfikir sedangkan ianya kurniaan istimewa dari Illahi.
wallahu 'alam
agree with u.sangat membosankan rancangan tersebut dan lebih baik kalau kita ada program reality yang mencungkil bakat2 dalam memperkenalkan produk baru buatan malaysia.
salam saudara Faisal...
saya agak dah terlalu lmbt utk comment. Memandangkan saya baru je membaca blog saudara...jadi nak comment juge. Saya dah lama nk cakap pasal benda2 mengarut tu...sangat la menyampahkan bila tgok. Sakit hati bila tgok umat sendiri juga terhegeh2 dan tergedik berlumba2 menghambakan diri dngn perkara y x disukai dan diharamkan Allah. Bila agaknya mereka2 ini akn sedar?
Memetik dari kisah karya saudara - Advancer Si Peniup Ney - menyedarkan saya betapa hebatnya manusia berlumba meletakkan diri mereka dekat dgn pintu neraka. Semoga karya2 saudara dengan izin Allah dpt menedarkan manusia sejagat. AMIN
salam...la,apa yg xbest nye jadi artis ni,best ape jadi artis ni...
senang dapat duit(halal ke?),orang ramai kenal kita(tapi kenal ke anda pada orang ramai?),boleh hiburkan hati orang ramai (ke boleh lalaikan hati orang beramai2?)...emm, tepuk dahi,u pikir la sendiri.....sekian..salam...
Post a Comment