30 April 2009

Nik Abduh Sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat

1. Saya berpendapat keberanian Nik Abduh Nik Aziz, selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, dan Exco Dewan Pemuda Pas Pusat wajar dihargai oleh ahli-ahli PAS sempena pemilihan akan datang ini. Nik Abduh adalah pemimpin masa hadapan PAS yang jujur, serta sanggup menanggung risiko apabila 'menmeecelupkan' pembantu bapanya dalam isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

2. Saya tidak fikir beliau tergesa-gesa menulis entri tersebut (dalam blognya) seperti yang disangkakan. Nik Abduh menyatakan 'saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah.' Beliau tentulah arif, dan bijak. Sebagai 'ahlul bait Nik Aziz', Nik Abduh tentulah lebih faham dan dapat melihat dengan telus apa yang sedang mengasak Mursyidul Am sebuah parti Islam. Sahabat dan pembantu ayahandanya yang didakwa 'mengambil kesempatan' tentulah wajar dicegah. Kebenaran tentunya harus ditegakkan. Sebagai anakanda Mursyidul Am tentulah beliau lebih dekat berbanding pembantu bapanya (yang hanyalah sekadar pembantu). Keikhlasan hubungan darah tidak dapat memadam keakraban hubungan persahabatan. Kerana itulah saya rasai kejituan nukilan beliau: "Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan."

3. Kerana kedudukannya yang paling hampir dengan Nik Aziz itulah kita dapat memahami kebimbangan, dan sekaligus keikhlasan beliau, seperti yang dicatatkannya lagi: "Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua berasa tidak tenteram. Saya menyerang pada puncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya, anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan". Kita berharap ahli PAS akan segera mengambil iktibar dan bertindak. Sahabat dan pembantu boleh sahaja ada muslihat tersembunyi, tetapi seorang ahli keluarga tentu tidak akan mengkhianati.

4. Tidaklah menghairankan orang seperti Nik Abduh akan dimomokkan dan disudutkan oleh sesetengah orang yang ingin menutup kebenaran. Begitulah sejarah terdahulu pernah mengambil tempat. Saudara tentu faham apa maksud saya. Kena tepat. Saya kira beliau tidak perlu menamakan sesiapa, kerana tujuan beliau bukanlah melakukan 'pemenggalan politik'. Sekadar misalan; ahli keluarga Rasulullah saw dahulu, misalnya mempunyai maklumat yang cukup mengenai musuh-musuh dalam selimut baginda, tetapi memilih untuk 'tidak menamakan siapa orangnya secara terbuka'. Justeru, saya kira Nik Abduh hanya menulis untuk mendedahkan keadaan ini, kerana itu sahaja cara yang terlihatkan. Untuk yang makan cili tentunya merasa pedas.

5. Ini juga menunjukkan PAS lebih transparen dari parti-parti lain.

6. Sesungguhnya dalam kekaburan mencari Ketua Pemuda PAS Pusat yang baharu, kemunculan berharga Nik Abduh ini wajar disambut dan disahut dengan pantas oleh ahli yang masih menyayangi kepimpinan ulama. Kita mengalu-alukan dan berterima kasih dengan kesungguhan beliau.

7. Mengenepikan tuduhan rambang yang pernah beliau lakukan terhadap saya lama dahulu, hari ini saya berdoa semoga beliau akan diberi tempat yang wajar di dalam PAS dan segala kekeruhan yang berkocak akan kembali jernih. Ini kerana, dalam kekalutan parti-parti di luar sana, PAS mampu menyinar dengan modal moral. Pemuda seperti beliaulah yang dapat kita harapkan untuk memulihkan semula sinar dan keserian kepimpinan ulama yang telah dikotori kumpulan Islam Liberal dalam PAS.

8. Terima kasih.

13 comments:

masni qisrine said...

cahaya bulan menjadi malap
sejak akhir2 ini...
semoga segala kekeruhan
diselesaikan dgn bijaksana

admin said...

1. Semoga Allah memberikan naunganNya kepada tuan.
2. Saya ada nama lain untuk dicadangkan
3. Tuan HJ Faisal Tehrani sebagai Ketua, bagaimana?

alwa's said...

Semoga perjalanan orang2 yang menegakkan kebenaran di jalan Allah AKAN DIPERMUDAHKAN jalannya..

BENGKULU said...

Sesungguhnya batu yang berharga itu..permata yang menyinar bila ada cahaya yang menyuluhinya..takbir..

cik im said...

Sesungguhnya perumpamaan apa yg berlaku dgn sirah Rasulullah s.a.w amatlah tidak wajar dan tidak tepat..saudara sendiri tidak mengetahui kebenaran sebenar mengapa saudara tahu ustaz nik abduh benar dlm perkara ini?.adakah ini menunjukkn saudara juga tidak tahu kebenaran siarah Rasulullah untuk berkata benar memperkatakan tentang sirah baginda dan sahabat baginda?..renung-renungkan dan selamat beramal..

ZARA ALUWI said...

Generasi muda perlu diberi peluang dan kesempatan untuk menguji kemampuan dan keberanian menduduki jawatan utama dalam parti.

me,myself n all around da world said...

askm,

dan seperti biasa, orang yang makan cili terus terasa dgn kenyataan nik abduh itu.

TGNA sprt digunakan oleh puak-puak itu untuk mendapatkan kuasa.Bila puak-puak itu berbeza pendapt dgn Presiden terus dicari TGNA.

Ali Akhbar said...

ibarat satu kapal terbang, sekiranya pilot uzur, siapa lagi yang boleh diberikan kepercayaan meneruskan penerbangan?sudah tentula co-pilot yang sentiasa medampingi pilot, bukannya pramugara atau pramugari yg tugasnya sekadar membantu kerana mereka tidak arif memandu kapal terbang itu. Sekiranya org luar atau org dalam yang berniat buruk itu berkata apa2,biarla, mereka sebenarnya tidak mengetahui masalah yg sebenarnya, hanya mereka yg benar2 memahami serta sanggup bekorban layak bertindak dan bersuara. Maka nik abduh la rasanya calon yg sesuai, kerana dia sentiasa medampingi mursyidul yg tidak lain bapanya sendiri. Kita tolak tepi pahaman sistem monarki atau sistem beraja kerana itu perkara g tidak berkaitan, iaitu kuasa jatuh ke tgn keturunan, kerana sesunguhnya tak salah begitu sekiranya dia benar2 layak? PM sekarang ini, bapanya juga bekas pemimpin negra malah ramai lagi anak2 pemimpin bergiat dlm bidang yg sama dgn bapa kerana sememangya mereka layak(atau meraih populariti hanya kerana nama keturunanna, yakni bapanya?)

ssz said...

tidak perlu dipetik nama, baru diacah dah nampak yang menggelabah.

satu kenyataan yang tepat.

walaubagaimanapun, pihak2 itu juga boleh bersemuka dgn beliau... ada dinyatakan... kalau berani, cubalah.

Faizah Roslaini said...

'Tidaklah menghairankan orang seperti Nik Abduh akan dimomokkan dan disudutkan oleh sesetengah orang yang ingin menutup kebenaran.'

Dah ada pun yang terasa dirinya mee celup, padahal Nik Abduh tidak ada pun menyebut sesiapa. Dan definisi mee celupnya pun saya rasa jelas,

'Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?'

Siapa yang makan cili...

anak nah said...

Tuan HJ Faisal Tehrani sebagai Ketua?

Tak mau!!!

ainon mohd said...

Saya diam sahaja....

Parpu Kari said...

SAYA AMAT BERSETUJU DENGA TUAN, PADA HEMAT SAYA NIK ABDUH LA YANG PALING SESUAI SEKALI MENJADI KETUA PEMUDA PAS PUSAT!

BELIAU ADA KARISMA!