
1. Saya kira bukan kita tidak mahu meneliti ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemakan “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. Bukan, kita mahu menekuninya; akan tetapi ketika dunia berada di akhir zaman, kita lebih menumpukan perhatian pada hal-hal lain. Sepertinya wabak selesema babi yang semakin merebak di mana kes yang disahkan atau disyaki telah dilapor di 16 buah negara termasuk di Eropah dan Asia. Bahkan sudah ada satu kes disyaki di Thailand, dua lagi di Singapura. Sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan aras amaran dari tahap tiga kepada empat. Dalam dunia kekalutan begini, kita sedang memikirkan siapakah yang dapat menjadi juru selamat yakni penyelamat dari langit, berbanding ucapan mengupas slogan politik.
2. Pun dari kaca mata seniman, saya memerhati juga ucapan Perdana Menteri demi memberi keadilan buat beliau. Saya dapati beliau menekankan persoalan supaya 'kita mengakui kemajmukan yang wujud sebagai realiti yang harus di terima'. Kata Perdana Menteri lagi 'inilah merupakan teras kepada konsep Satu Malaysia, mengakui realiti yang ada dan menjadikannya sebagai platform untuk mencapai kejayaan demi kejayaan'. Beliau juga menegaskan bahawa 'setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan bantuan serta pertolongan akan dibantu'. Sehingga menurut beliau, 'tidak akan ada mana-mana pihak yang akan dicicirkan' dan tiada 'warganegara kelas dua di negara tercinta ini'. Sungguh indah.
3. Baiklah kita mendengar dan 'menerimanya'. Tetapi kita juga ingin mengingatkan beliau, Perdana Menteri, dalam bahasa PPSMI: 'Datuk Seri, you ain't Obama.' Ketahuilah Datuk Seri, minoriti di Malaysia ini bukan sahaja dalam bentuk warna kulit dan nama bangsa. Minoriti juga ada, wujud, dan realitis dalam bentuk lain seperti pengamal dan penganut mazhab agama nan berbeza. Terdapat sejumlah rakyat kita di sini dari 'leluhur Acheh-Minang, para sayyid dan syarifah, serta India Muslim dari Utara benua India' yang berlainan, yang wujud, yang real dan telah 'keciciran'; kerana dinafikan haknya dalam bentuk pengamalan beragama. Dapatkah 'real itu' misalnya diakui? Ada jaminankah?
4. Kata Datuk Seri jangan ada yang merasa berada seperti 'kelas kedua' di negara tercinta ini. Duhai, tidakkah Datuk Seri mendengar keluhan pejuang bahasa dan sastera bahawa bahasa Melayu dan sastera Melayu ibaratnya hidup segan mati tidak mahu? Nama-nama tempat di kota Kuala Lumpur telah diingeriskan, keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sedang dikuncup dan ditabrakkan, sastera Melayu belum dapat disebarluaskan, anak-anak kelas pertengahan semakin malu mengakui jati diri Melayu-Islam. Dan ini semua berlaku bukan kerana bahasa Melayu dan pejuang bahasa itu minoriti, malah mereka majoriti, tetapi mereka atau kita, serasa dikelaskeduakan kerana pihak atasanlah, pihak kerajaanlah yang tidak mahu mengakui kewujudan kami. Dasar dan polisi selama ini menghempas kami untuk berada di kelas terbawah. Perdana Menteri, rakyat boleh berubah, percayalah; tetapi kerajaan dahulu harus merubah. Kemudian, kita, paling kurang sayalah, berjanji akan membantu Datuk Seri dan menyertai perjuangan tersebut demi 'perpaduan'.
5. Saya juga tertarik apabila Datuk Seri mengatakan 'dalam hal konsep rakyat diutamakan ini, marilah kita merenung sirah Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang agung, betapa Baginda dengan prihatinnya meletakkan keutamaan yang tinggi kepada kepentingan dan kebajikan masyarakat sehinggakan di saat-saat akhir riwayat baginda, kalimah yang diucapkan adalah ‘umatku, umatku, umatku’. Sungguh bagus sekali jika Rasulullah saw ingin dicontohi dan dijadikan pedoman. Bahkan Datuk Seri mengatakan 'bahawa kita perlu mengambil pengajaran daripada kepimpinan Rasulullah yang sangat kasih dan penyayang kepada seluruh umat menelusuri kepimpinannya dalam tamadun Islam yang sungguh menakjubkan itu'. Tentu, itu bukan sekadar ucapan. Tentu, itu satu keyakinan yang mendalam. Kepimpinan Rasulullah yang ingin dicontohi itu adalah kepimpinan yang hadir untuk menyelamatkan semua yang tertindas. Dapatkah kepimpinan seumpama itu dicontohi?
6. Seperti yang telah saya katakan dari mula lagi. Dalam dunia kekalutan begini, kita, sudah tidak kuasa dan tidak larat memikirkan slogan politik ini apakah real atau tidak. Kita lebih suka merenung siapa dapat menjadi juru selamat yakni penyelamat dari langit, yang pastinya telah ditunjukkan Rasulullah saw, kerana baginda memang mementingkan kebajikan umatnya sehinggalah ke akhir zaman.
2. Pun dari kaca mata seniman, saya memerhati juga ucapan Perdana Menteri demi memberi keadilan buat beliau. Saya dapati beliau menekankan persoalan supaya 'kita mengakui kemajmukan yang wujud sebagai realiti yang harus di terima'. Kata Perdana Menteri lagi 'inilah merupakan teras kepada konsep Satu Malaysia, mengakui realiti yang ada dan menjadikannya sebagai platform untuk mencapai kejayaan demi kejayaan'. Beliau juga menegaskan bahawa 'setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan bantuan serta pertolongan akan dibantu'. Sehingga menurut beliau, 'tidak akan ada mana-mana pihak yang akan dicicirkan' dan tiada 'warganegara kelas dua di negara tercinta ini'. Sungguh indah.
3. Baiklah kita mendengar dan 'menerimanya'. Tetapi kita juga ingin mengingatkan beliau, Perdana Menteri, dalam bahasa PPSMI: 'Datuk Seri, you ain't Obama.' Ketahuilah Datuk Seri, minoriti di Malaysia ini bukan sahaja dalam bentuk warna kulit dan nama bangsa. Minoriti juga ada, wujud, dan realitis dalam bentuk lain seperti pengamal dan penganut mazhab agama nan berbeza. Terdapat sejumlah rakyat kita di sini dari 'leluhur Acheh-Minang, para sayyid dan syarifah, serta India Muslim dari Utara benua India' yang berlainan, yang wujud, yang real dan telah 'keciciran'; kerana dinafikan haknya dalam bentuk pengamalan beragama. Dapatkah 'real itu' misalnya diakui? Ada jaminankah?
4. Kata Datuk Seri jangan ada yang merasa berada seperti 'kelas kedua' di negara tercinta ini. Duhai, tidakkah Datuk Seri mendengar keluhan pejuang bahasa dan sastera bahawa bahasa Melayu dan sastera Melayu ibaratnya hidup segan mati tidak mahu? Nama-nama tempat di kota Kuala Lumpur telah diingeriskan, keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sedang dikuncup dan ditabrakkan, sastera Melayu belum dapat disebarluaskan, anak-anak kelas pertengahan semakin malu mengakui jati diri Melayu-Islam. Dan ini semua berlaku bukan kerana bahasa Melayu dan pejuang bahasa itu minoriti, malah mereka majoriti, tetapi mereka atau kita, serasa dikelaskeduakan kerana pihak atasanlah, pihak kerajaanlah yang tidak mahu mengakui kewujudan kami. Dasar dan polisi selama ini menghempas kami untuk berada di kelas terbawah. Perdana Menteri, rakyat boleh berubah, percayalah; tetapi kerajaan dahulu harus merubah. Kemudian, kita, paling kurang sayalah, berjanji akan membantu Datuk Seri dan menyertai perjuangan tersebut demi 'perpaduan'.
5. Saya juga tertarik apabila Datuk Seri mengatakan 'dalam hal konsep rakyat diutamakan ini, marilah kita merenung sirah Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang agung, betapa Baginda dengan prihatinnya meletakkan keutamaan yang tinggi kepada kepentingan dan kebajikan masyarakat sehinggakan di saat-saat akhir riwayat baginda, kalimah yang diucapkan adalah ‘umatku, umatku, umatku’. Sungguh bagus sekali jika Rasulullah saw ingin dicontohi dan dijadikan pedoman. Bahkan Datuk Seri mengatakan 'bahawa kita perlu mengambil pengajaran daripada kepimpinan Rasulullah yang sangat kasih dan penyayang kepada seluruh umat menelusuri kepimpinannya dalam tamadun Islam yang sungguh menakjubkan itu'. Tentu, itu bukan sekadar ucapan. Tentu, itu satu keyakinan yang mendalam. Kepimpinan Rasulullah yang ingin dicontohi itu adalah kepimpinan yang hadir untuk menyelamatkan semua yang tertindas. Dapatkah kepimpinan seumpama itu dicontohi?6. Seperti yang telah saya katakan dari mula lagi. Dalam dunia kekalutan begini, kita, sudah tidak kuasa dan tidak larat memikirkan slogan politik ini apakah real atau tidak. Kita lebih suka merenung siapa dapat menjadi juru selamat yakni penyelamat dari langit, yang pastinya telah ditunjukkan Rasulullah saw, kerana baginda memang mementingkan kebajikan umatnya sehinggalah ke akhir zaman.
Datuk Seri, entahlah. Kami tidak tahu. Kami sudah letih. Jika apa yang dibabarkan semalam semuanya benar, dengan lelah kita bertanya kembali; jadi apa, justeru apa?



18 comments:
Salam.
Setakat cakap siapa2 pun boleh.
'Kita perlu mengambil pengajaran daripada kepimpinan Rasulullah yang sangat kasih dan penyayang kepada seluruh umat menelusuri kepimpinannya dalam tamadun Islam yang sungguh menakjubkan itu,.
Apa yang telah dia ambil?
Apa yang telah dia tunjukkkan pada kita?
Ingat kita ni budak-budak kecik ke apa. Boleh bagi mainan , keropok , ais kerim dan gula-gula.
Macam tajuk lagu pink So what?
sgt teruja membace entri kali ini.. sbb sepanjang2 pembacaan sy terhadap karya/blog en FT, AMAT SEDIKIT kelihatan nilai2 kritikan sinis en FT pd DSNTAR.. kali ni mcm agak membidas.. entahla kalau tak betul tp pd pembacaan sy begitulah.. sepertinya en FT membidas 'orang itu' en FT tu..
wateva, en FT sgt berani berkarya atas nama real.. gambatte neh! =)
Assalamualaikum tuan haji.. tersentuh dengan artikel yag tuan sbutkan.. betapa sadisnya dunia ini tanpa pemimpin dan pimpinan yang berteraskan Islam.. Terigt akan buku yang penah sya baca "Saat-saat kehidupan Rasulullah".. menitis air mata bahawa betapa Rasulullah memuliakn umatnya.. hingga ke saat-saat akhir kewafatannya.. Dunia politik shrusnya diabaikan bwt seketika.. dunia smkin lelah dan menunggu masa untk karam.. Tuan Haji, betapa ingin sya luahkan yg sya amat merindui kekasih ALLAH.. kerna di alam barzakh kelak, Rasulullah menunggu umatnya hingga menitiskan air mata.. Ya ALLAH... sy akan sentiasa menyokong tuan haji yang selalu menegakkan kebenaran.. alangkah indahnya jika Perdana Menteri kita mendngar keluhan anak bangsa Melayu-Islam.. Sya anak muda Malaysia berbangga menyebut dan tanpa silu menyatakan sya adalah "Melayu-Islam"..
wasalam... terima kasih buat tuan haji kerana berjaya meluahkan pandangan yang sebenarnya anak muda seperti sya tidak akan pernah terfkir akan smua itu.. Alhamdulillah...
apa apa sajalah.
Kita tunggu dan lihat adakah satu retorik politik atau satu kesederan politik baru DS Nagib yang benar-benar akan dilaksanakan dan sejauh mana kesungguhan beliau mencernakan slogan dan azam politik barunya itu. Sekirannya gagal PR Umum ke 13 nanti akan jadi kayu ukurnya.
yeah.
btol gk.
bkn snank na puaskn ati rkyt.
biase r, mnsia x pnah ase ckup ngan pe yg ie de.
+ na ubah ideologi yg pnjjah da tanam dlm minda rkyt msia bkn snank.
tpi sokong gk la usaha datuk seri najib tu sal semua na keamanan, kesejahteraan, perpaduan d msia.
sekian.
Salam.
"Nama-nama tempat di kota Kuala Lumpur telah diingeriskan...."
Nama-nama kereta nasional pun begitu...
dulu Saga, Iswara, Kancil...
sekarang ni semua nak ada nuansa PPSMI - Savvy, MyVi, Exora....
hampeh....
alhamdulillah
ada yg komen DSN
takut semua cuma slogan.. retorik.
kita sama sama tunggu dan lihat perlaksanaan kata kata indah itu.
Terasa betapa jiwa memberontak dengan apa yang diucap oleh pemimpin kt dgn apa sebenarnya yang mereka lakukan..
sesungguhnya pemimpin yang agung adalah Rasullah sahaja..
UMATKU..UMATKU..UMATKU..
Hati merintih bila mengenangkan hanya Rasullah yang plg sayang umatnya..ibubapa kt pun tak dapat tolg anaknya melalui titian sirat..tp Rasullah akan pimpin umatnya bertemu Tuhan kita ALLAH..
salam.
diriwayatkan dari Imam Ali bin Abi Thalib as, bahwa Rasulullah saw telah bersabda,
“jika waktu hanya tersisa satu hari saja, nescaya Allah akan mengirim seorang lelaki daripada ahlul bait yang akan memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) dipenuhi dengan kezaliman.”
wassalam.
Mari kita suburkan Islam sejati............Mana mungkin liberalisasi merasuk lagi kini ingin dipercayai...........
Salam,
Kan bagus jika Dato' Seri jadi pengunjung blog ini... Moga dia mendengar luahan hati Nurani rakyat...
salam..
pemimpin2 melayu pun malu nk mengaku melayu..mcm mne ni??
assalamualaikum... harapnya ia dilaksana dgn bersungguh.. jika tidak, hanyalah sekadar slogan tidak bermakna.. kita sebagai rakyat boleh mendengar, berharap ia berlaku.. bagus post ini..
ya benar....kami sudah penat dan bosan dengan sandiwara politik.
1 Malaysia?
Walau apapun slogan yang diwarwarkan, pasti semuanya tidak akan tercapai selagi tidak kembali kepada hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Al-Malik.
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah menyatukan Masyarakat Arab Jahiliah dengan dakwah Islamiah, kemudian membentuk Negara Islam Madinah dengan masyarakat yang berbilang kaum dan agama berteraskan Piagam Madinah. Seterusnya Bangsa Arab menguasai 2/3 dunia dengan persaksian "Tiada Tuhan Selain Allah, dan Muhammad Itu Pesuruh Allah". Begitulah detik kegemilangan suatu bangsa...
Sejarah juga membuktikan detik kejatuhan suatu empayar adalah kerana lekanya para Pemerintah daripada kalimah "Laailaaha Illallah, Muhammadar Rasulullah..."
1 Malaysia pasti akan mencapai matlamatnya jika DSNTAR sanggup menjadikan hukum dan peraturan yang telah digariskan oleh Al-Haq sebagai panduan dan rujukan. Pastinya suatu masa nanti bangsa Malaysia amnya dan Bangsa Melayu khasnya mampu menguasai dunia dengan gemilangnya...(amiin)
Jika tidak...laungan 1 Malaysia hanyalah sekadar laungan yang dibawa angin lalu...
Salam, FT;
Saya fikir, DSN memandang Wawasan SatuMalaysianya dari mata lain, asas lain. Asas SatuMalaysianya ialah bangsa minoriti supaya tidak menjadi rakyat kelas kedua. Bukan bangsa kita, ya kita Melayu-Islam, yang menjadi asasnya. Jika tidak, tentulah hal-hal berbangkit bahasa bangsa Melayu sudah selesai dan menuju ke hujung terowong yang lebih cerah dan menjanjikan matlamat cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Sekarang, apa? Seperti kata Sdr., bahasa kita semakin kuncup. 1 Malaysia sedar bahasa kita makin malap.
Pada saya, semboyan Satu Malaysia itu kesinambungan Keranamu - ada tapi apa ya?
salam...
Wak ada memberi komen untuk artikel ini.
Sila lawati :
http://guruinspirasiku.blogspot.com
Wassalam...
Post a Comment