30 March 2009

Mari Belajar Tata Bahasa dengan Mak Cik Musalmah Lebar: Kata Kerja

Saya masih ingat, sewaktu di Jerman; salah satu aspek bahasa Melayu yang paling dikagumi oleh pelajar-pelajar asing bermata biru dan hijau itu ialah 'kata kerja'.

Sedang hujan lebat diluar mencurah tanpa kasihan, Mak Cik Musalmah Lebar mengetuk pintu dengan selamba.

"Kau dah makan belum?"

Saya geleng.

"Ini ada tempoyak. Eat at your own risk." Mak Cik Musalmah Lebar menghulur piring. Saya menyambut terkecur liur. Bekas, mangkuk, dan pinggan miliknya belum pun saya pulangkan, sudah bertambah lagi pemberian jamuan.

"Aikk dah lepas perhimpunan, tak pergi
menggantang atau menyelembau ke Kak Sal?" Soal saya nak mengusik.

Mak Cik Musalmah Lebar yang makin slim menjawab dengan cepat, "Taklah, dok rumah,
membatang ai lagi syok."

Merah padam entah kenapa (mungkin kerana tidak menjangkakan jawapan itu), saya pun menutup pintu dan menjamu selera.

* Sambil itu saya menghantar sms kepada seorang sahabat penulis, dia memberi jawapan yang sama.

12 comments:

Lukhman al-Yusufi said...

Salam.

'Membatang ai'? Semacam je bunyinya...

Mujur Mak Cik Musalmah Lebar tak cakap 'membatang you', kalau dia cakap, habislah... :D

Soal bahasa lagi ke, Tuan Haji?

kayrolldin said...

kelucahan terlampau??

Faisal Tehrani said...

Dah wanita umno, biasa lah tu. wanita pkr pun mungkin biasa. tapi kalau muslimat pas berbahasa begitu, kena lumur tempoyak ke muka la alamatnya.

farisfaiz said...

saudara FT

thread berkaitan saudara ada dalam tranungkite.sila la tgk kalo ade mase.kalo ad fakta yg x betol,sila perbetulkan.

Zaid Akhtar said...

Batang Ai ke Batang Air?
Dalam media aku tengok depa tulis Batang Air. Yang mana satu?

Kak Sal yang terlampau tu tentu tau.

corey said...

huha...kenyataan benar & lucu ah..huha

situkanghambar said...

puah, adakah Mak Cik Musalmah Lebar sudah meresapi semangat menjulang anugerah oscar..?

puah dua kali lagi.

amirul nazri said...

Kalau tok guru? :-)....

Faizah Roslaini said...

Eh eh. Double standard. Wanita UMNO pun Islam juga. Melayu lagi. Tentu tentunya kena lebih sopan dan senonoh, bukan?

djambu puadovich said...

dalam berita TV3 baca 'Batang Air' tapi dalam masa yang sama, ada paparan video papan tanda jalan tertulis 'Batang Ai'...org TV3 xreti baca kot...

xda ke orang sarawak sendiri yang nak komen? hehe

Lukhman al-Yusufi said...

Ni orang Sarawak, pengomen pertama lagi tu.. :D

Ejaan yang betul adalah 'Batang Ai', bukan 'Batang Air'... yg eja 'Air' tu memang tak reti geografi....

hijauoren said...

huhu nak kate ape.. dlm alternatif online paper (saye lupe harakahdaily.net ke klpos.com) ade tulis lagi : 'Pilihanraya di 2 Bukit 1 Batang' huhu lagi la sekali pandang kelucahan terlampau.. nk naikkan rating pembace katekan...
layan je... =p