Mumbai, 19 Mac:
Datuk Shahrukh Khan memberitahu India Today hari ini beliau terkejut mendapat berita bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. "Kita di Mumbai sangat sayang dekat Datuk Seri Mohd Ali. Tapi ikut undang-undang, apa boleh kita buat."
Ketika ditanya apakah beliau tersinggung dan terkilan dengan peristiwa tersebut, tokoh Bollywood yang mendapat gelaran 'Datuk' dari kerajaan Negeri Melaka tersebut telah mengatakan, "Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa, tapi kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai," katanya lagi menunjukkan kepakaran berbahasa Melayu.
Beliau juga menyatakan harapan supaya panel rayuan UMNO menerima kembali Mohd Ali dalam senarai calon jawatan nombor dua parti Melayu itu.
"Memang saya sependapat dengan KuLi, kerana adalah salah menyekatnya daripada bertanding seperti juga salah menghalangnya daripada membuang undi (dalam pemilihan Umno)."
Datuk Shahrukh Khan yang meminati iklim politik Malaysia khususnya negeri dondang sayang tersebut turut berharap Mohd Ali, yang juga ketua menteri Melaka, tidak meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri.
"Masih banyak lagi tokoh Bollywood belum diberi anugerah. Saya berharap kawan baik saya Shilpa Shetty dan juga Amitabh Bachan turut diberi anugerah yang sama. Tahun hadapan saya dan Aishwarya Ray merancang untuk membuat pengambaran selama 3 saat di Bukit Katil, jika jadi begini kami mungkin akan memindahkan lokasi pengambaran ke Geneva. Jadi saya berharap beliau akan membuat rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah daripada pertandingan tersebut. Setidak-tidaknya, rayuannya terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah didengar sebelum pemilihan parti minggu depan."
India Today dimaklumkan kelmarin bahawa Mohd Ali, adalah calon popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik (lihat sini).
"Begitulah politik. Macam asam pedas Melaka. Sebab itu saya tak mahu sertai politik. Lebih-lebih lagi di India ini, meskipun sistem demokrasinya lebih baik sikit dari sana. Dalam masa yang sukar begini, saya berharap Datuk Seri Mohd Ali banyak-banyak bersabar. Semoga Allah membantu beliau jua. Bila-bila nanti saya doakan." Tambah Datuk Shahrukh Khan sebelum beliau meneruskan pengambaran untuk filem terbaru beliau berjudul 'Ama Apa, Scapegoat'."
* Ini hanyalah satira, kalau kau percaya tak tahulah nak cakap apa lagi!

36 comments:
teruknya saudara sekarang..saya ingatkan saudara FT seorang yg benar2 murni seperti dalam karyanya.saya mengaku dahulu saya peminat NO.1 saudara FT (sekurang-kurangnya dalam kalangan kwn2 saya), namun akhir-akhir ini, saya rasa minat dan kagum ini jatuh sangat terkebawah.saya mengumpul banyak karya saudara, novel dan sebagainya termasuklah yang kecil2 yg terlonggok ditepi jalan dijual bundle.beginilah, kalau FT mahu berpolitik, atau mahu menulis politik, bersungguh-sungguhlah. saudara mencemarkan murni penulisan saudara sahaja bila menghina orang lain di laman sebegini.fikirlah keluarga beliau jugak ok.maaf byk2..
satira sungguh!!! saya tak berhenti gelak (dalam senyap) bila baca entri ini.
izinkan saya link blog saudara ke blog saya. dah lama saya tak selak blog ni. baru sekarang tahu dah boleh baca semula blog ni.
ni da mcm fitnah da ni..
boleh kene dakwa.
salam..mungkin agak kasar karya FT kt ni,,tp hanya cara sebegini yg dpt menyedarkn sesetengah org yg payah nk sdr atau buat2 x sedar.. bahasa kt amat indah,ia digunakn bukan hanya utk perkara yg indah2 shj ttp untk perkara yg sulit dn menyakitkn.. baru msg 2 be delivered clearly..bg sy.. seorg pemimpin yg amalkn rasuah, xlyk langsung nk jd pemimpin..apatah lg dgn wat x malu nk rayu bertanding lagi..huhu..isk2.. ianya akn meroskkn bangsa mlah yg lg pnting agama kita.. sbgai islam, ali rustam ptt sedar..ape tanggungjawab dn batasnya.. saudara rizuan, jgn mudah terpedaya dgn keindahn mainstream media skrg.. kaji dlu..ok..salam..
markisa
Janganlah dimarahi rizuan, kerana (dahulu) banyak sangat membaca karya saya termasuk yang dijual bundle di tepi jalan, dia menjadi tambah tidak kenal dan tidak faham apa itu satira.
ahahahahahah
siyess igt btol2 india post...
ahahahahah....
btw...sy bkn peminat faisal tehrani...igt orang afghanistan.. FT nih..rupenye org mesia...:p
ahahaha
aaallaaa~
(mengeluh seperti sedang menonton babak penting di tv, tiba2 terputus bekalan karan)
kerana hanya satira..
salam...
dengan masalah politik yang melanda kita sekrang, pemimpin yang jauh dari peribadi seorang pemimpin yang di tuntut agama, pembentukan jati diri remaja yang terkebelakang berbanding dengan hiburan.. bagi saya, entri seperti ini kita perlukan bukan untuk membuka keaiban tetapi untuk menjelaskan kebenaran..
saudara rizuan, saya tidak salahkan saudara tapi rasanya kalau saudara dah mengumpul n membaca buku FT pasti saudara empati serba sedikit cara FT b'fikir...salam
datuk shah rukh khan,
haha.
Hahahahahahahahahaha...
Sinisnya.. Tapi dah namanya satira, memang begitu, kecuali bagi orang-orang yang tak faham maknanya.
Saya rasa genre satira patut diangkat martabatnya...
Teruskan.
FT ni dalam diam memang pandai buat lawak ye...bagus2...
Bila baca komen-komen di atas...hmmm...kita hormat setiap pandangan orang lain...tapi kalau kita membaca artikel ni dengan nada satira...kita akan peroleh maksud yang ingin dimaksudkan...
Ape2 pun, kami para pelajar Malaysia di UK banyak yg mengagumi FT! Teruskan berkarya!
~tak sabar nak menanti Ketupat Cinta dipos ke London...
Mula-mula baca ingat SRK betul2 ambil tahu. Masuk perenggan kedua dah tahu cerita ni cerita rekaan.
jangan emosi.
biasalah ni..
Begitulah hebatnya bahasa... sampaikan yang bukan target juga terkena panahannya... jangan marahkan sesiapa, kan ada orang yang dah kata 'namanya pun satira'...
aku hampir percaya kalau tiada nota kaki warna merah tu Zal...
hehehe
Haris Hauzah
sarcasm!! hahah!!! nyaris saya percaya, nasib baik baca sampai habis!! you are the man!!!
saya kagum dengan satira tuan hamba. disampaikan secara halus dan amat tajam kesannya. seperti gunting makan di hujung.
salam.
memang nak tergelak baca entri kali ni. akhi tulis lagi, tulis lagi..
minta izin nak tampal kat blog saya.
p/s:kan dah ditulis satira..
Rasanya, Shahrukh Khan sokong PPSMI ker idak eh? Hebat juga dia berbahasa Melayu(HeHe).
mmg kelakar... hahahaha.. mula2 baca ingatkn btul la dia amik port. ble msk bab amitabh bachan, shelpa shetti, bukit katil, adeh.. senak perut asyik gelak sakan..
wakakakakaka..
Tajuknya memikat...ingatkan betul tetapi masuk sahaja perenggan pertama sudah saya duga ini mesti kisah satira.
Baru dua hari lepas bos saya membuat lawak dengan membandingkan dua buah akhbar perdana bahagian laporannya tentang insan yang disatirakan ini. Kata bos "berterus teranglah walaupun anda membuat salah, pasti anda akan dipercayai dan dilantik menjadi pemimpin "....
Lasernyer mulut kekanda faisal tehrani.... hahaha
hahaha...
manarik sekali satira ni
saudara FT yg terbaik
xsangka ada jugak yg xpham satira dan sangup mengatakan saudara FT truk.memalukan!
erkk..nak tambah lagi..
buat saudara rizuan,
"seni dan satira tak dpt dipisahkan".
sekian time kaseh!
Sinis sungguh. Andai dibaca oleh KM Melaka tu pasti sakit jiwa.
salam..saudara FT..sy sbnrnya x bg2 tahu hal2 sastera.. cuma analyze current politics bley la sket2..hi2..
kata rizuan mh,
"saya mengumpul banyak karya saudara, novel dan sebagainya termasuklah yang kecil2 yg terlonggok ditepi jalan dijual bundle."
adakah selama ini karya FT dijual secara bundle, di tepi jalan pula tu?
tak pernah saya menjumpainya.kalau ada saya nak beli. kat mana tu?
Begitu mudahnya mendapat gelaran "Dato" di Malaysia ya.... agak2nya shah rukh khan beli ke? hehe... hehe
azie in wonderland
betullah, kalau ada karya saya dijual bundle, saya pun nak pergi beli. sebab saya masih terpaksa membeli dari penerbit dengan diskaun tertentu. kalau jual longgok tepi jalan macam rizuan kata tu tentu murah kan, jimat lah saya.
Dari tajuk, tergambar ada satira di sebaliknya....indah dan unik....
Melalui satu rekaan cerita tapi mengenai batang hidup si yang dimaksudkan...
Malaysia boleh!!!!
Karya FT di tepi jalan????
Ada ke??? klo tahu lokasinya jgn makan sorang kosilah ramai2 ye...hehee
hampir terpedaya!! hehe...bkn main duk pk betul ke SRK amik kisah smpai mcm 2...haha...seb baik ad tag merah kt bwh tue le...bgs2!! sindir sinis mcm 2 la br best...slmt maju jaya..
heran sungguh bila nak kena diberitahu sesuatu tulisan itu satira...
baca tajuk pun dah tau tidak masuk di akalan... :P
adus...tipah tertipu..
hahahahahaha
pelik jugak shah rukh khan boleh berperibahasa
mmg dah agak ada semacam yang tak kena untuk entry ini...
ahhaha...tapi sangat best....
Hahahaha,tahniah-tahniah kerana berjaya membuatkan aku gelak pada jam 2.30 pagi ini.
Terima kasih dengan satu penulisan yang sangat kelakar tapi penuh makna.
Agak kasarkah itu?
Sekali-sekala berjenaka mengenai politik apa salahnya.Bukankah penganugerahan Datuk itu sudah menjadi satu bentuk komedi lucu?
saya kenal FT n karya-karyanya sejak sedara dgn KEPEZI dulu.ala...sejak kontroversi cerpen Cinta Dijambangan Ilalang.masa tu saya student,skg dah jadi cikgu.masih ikut juga tapi ada gak karya2 yg x sempat nak beli n baca.sedara mmg x berubah lgsung pun.Satira ke apa ke ok jer.cuma karya2 camni saya takleh nak cdgkan kat pelajar2 saya membacanya la.ala...macam Hallaj jgk,kalau orang tak paham btol2 orang kata dia sesat.Bagi saya yang baik dan buruk semuanya dari Allah jua.Sebab tu Saidina Ali pun berdoa mintak lindung dari segala kejahatan dari-Mu.maknanya apa tu,hmmm...moga2 kita dikurnia fahaman para nabi dalam apa jua.
best la baca komen korang suma.
sedara FT,ni bukan nak komen cuma dah lama saya nak tanya nie....pandangan peribadi sedara FT tentang Tabligh dan 'karkun'.penah pegi sri petaling ke?Bila nak tulis pasal tabligh lak.Saya sangat2 perlu dgr komen sedara pasal ni,tolongla.boleh yer?
saye bace entri neh pukul 3 pg mase temankan husband stay up wat keje2 dokumen die.. gelakbeso mase bace tu pastu ajak laki bace same.. berdekah2 laaa kitorg due gelak.. lawak sgt.. especially yg bab 'cubit paha kiri paha kanan terasa, kalau takot dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai' tang tu dh dpt tgkp dh yg neh lawak je.. x sangke plak en FT bley wat satira camneh.. huahuahuahau =p salu bace entri2 yg sirius je.. tahniah!! kpd yg kate en FT teruk tu (asenye ade sorg je) cube la buke minda anda sket.. dont take things sooooooo damn seriously!! politics somtimes is fun so just enjoy... =)
Post a Comment