26 February 2009

Vaksin

Nuklear, roket, kini vaksin - Malaysia harus belajar segera dari Republik Islam Iran. Bagaimana sebuah negara yang dilanda embargo ekonomi dan cuba disudutkan di peringkat internasional boleh sebegini mandiri. Oh, ya perlu dinyatakan di sini bahawa itu semua dilakukan tanpa menukar subjek sains dan matematik dari bahasa Parsi ke bahasa Inggeris.

Semoga hubungan Malaysia dan Republik Islam Iran akan terus kukuh dan erat.

25 Februari, 2009 15:51 PM

Malaysia Boleh Import Vaksin Selesema Burung Dari Iran

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia akan dapat mengawal penyakit selesema burung dan kuku dan mulut tidak lama lagi dengan vaksin yang diimport dari Iran.

Vaksin itu yang ditawarkan di Malaysia oleh PNPI Group Sdn Bhd, syarikat yang mendapat sokongan kerajaan Iran, telah diuji secara meluas di Iran dan terbukti efektif dalam mencegah penyakit berkenaan.

Pengurus Besar syarikat itu Vahid Tahmasebi berkata syarikat itu akan membawa masuk beberapa ribu dos pelbagai vaksin tidak lama lagi untuk diuji.

"Jika kami dapati pasarannya sesuai, kami akan membina kilang pengeluaran vaksin kami di sini," katanya kepada Bernama semasa ditemui di luar acara rasmi Mesyuarat Pemimpin Perniagaan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri D8 mengenai Jaminan Makanan di sini hari ini.

PNPI Group ialah pemegang francis pelbagai vaksin dari institut penyelidikan terbesar di Iran -- Institut Penyelidikan Vaksin & Serum Razi.

Institut Razi, yang mempunyai pengalaman lebih lapan dekad dalam penyelidikan dan pengeluaran biologikal, telah mencipta reputasi cemerlang di peringkat antarabangsa dengan pengeluaran lebih 3.5 bilion dos pelbagai produk termasuk perubatan dan vaksin veterina.

Tahmasebi berkata PNPI Group Sdn Bhd, yang baru ditubuhkan baru-baru ini, telah mengimport 28 lagi jenis vaksin lain bagi kegunaan sektor pertanian di sini.

Beliau juga berkata vaksin yang diimport oleh syarikat itu adalah lebih murah daripada dari Eropah atau Amerika Syarikat.

Timbalan Menteri Pertanian Iran Dr. J. Khalghani berkata Iran mengeluarkan beberapa vaksin pertanian terbaik, yang memenuhi piawaian antarabangsa.

Khalghani berkata Iran bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk membangunkan pelbagai jenis vaksin di bawah inisiatif D8.

D8 dianggotai Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Iran, Turki, Mesir dan Nigeria.

-- BERNAMA

Foto: Dr Jafar Khalghani, Timbalan Menteri Pertanian Iran.

2 comments:

Aku said...

lagi satu,

saudara faisal, dengar kaya syed hamid albar nak benarkan orang orang kristian guna kalimah Allah.kalau ini benar, Saya menyeru kepada umat Islam yang sayangkan ummat islam supaya bantah tindakan ini. Penggunaan kalimah Allah adalah niat busuk untuk memurtadkan anak anak melayu lebih ramai.Mereka di sini bukan berlidah arab. Orang Kristian Arab guna Allah sebab berlidahkan arab. The first new testament pun ditulis dalam bahasa greek. Old testament dalam Hebrew!

memang mereka berniat busuk dengan kalimah Allah.

Boleh saudara terima nanti bila ayat ayat ini dengan bebas bergerak di tanah melayu - malaysia;

"Isa anak Allah?"

"Maryam isteri Allah?"

nauthubillah min thalik!

ps; Di iran pun sudah banyak orang islam dimurtadkan secara senyap. Pengalaman saya berjumpa dengan beberapa orang Iran termasuk wanita yang bernama FATIMA tetapi secara belakang berpegang kepada ajaran Kristian!

fatamorgana @ tok_laki said...

Salam

Hmmmm... Agak2 Bhai Faisal tahu tak apa yang saya "dengar".

Mari kita cari al-Ghazali
Mari kita cari as-Syafiee
- lebih kurang cam tu bunyinya.

Keseluruhan kitab dari 2 orang tersebut adalah Bahasa Arab dan barangkali ada Farsi. Dan lebih banyaknya adalah Bahasa Inggeris.

Hmmm.... Banyak sangat ke, peruntukan yang digunakan untuk diterjemahkan kitab2 itu?

Kalau nak berpandukan Cetakan I, II, III dan seterusnya mmg mahal kot. Banyak belanja... tp kalau nak untung? :)

Kitab? Bahasa Inggeris? :)

Mudahnya, ia serahkan tanggungjawab yang ia sibuk mahukan. Tp, lepaskan balik kepada kita supaya kita di"pertanggungjawab"kan pula.

Kalau begitu.... Apa ertinya as-Syafiee dan al-Ghazalie yang dibicarakan tempoh hari....

Ihsanlah kepada rakyat Fakir dan Miskin yang mahu baca Kitab2 bahasa Inggeris tu. Kalau nak baca pun x tau lah kat "LIBRARY" mana yang ada.

Rumit gak nak bercerita nih... Nanti bingung plak yang menelaah.

Maka itulah bingung diciptakan oleh ALLAH Yang Dituju; innalillahi wa innailaihi raji'un

Faham X ? hmmmmm...... :(

--- yang ber"bahlul" ---