'Fatwa' Datuk A. Samad Said: Halal Menentang PPSMI -
"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai bahasa Melayu yang saya perjuangkan, tidak kira di pentas politik mana sekali pun. Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya bahasa Melayu di muka bumi."
(A.Samad Said selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu 25 Februari 2009.)
Cerita penuh di sini.
Kemaskini 10.13 PM:
"Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram. Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia). Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," - Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).
Laporan lanjut di sini.



5 comments:
Selalu dan ralitnya, pemain sastera akan bermain dengan bahasa dalam apa jua keadaan. Apa kata guna pendekatan berterus terang, bak kata sesiapa, kita kena sekali-sekala "kurang ajar" untuk mengajar. Mengajar siapa, PPSMI, siapa?
satu perjuangan yg berterusan mesti dibuat secara sepadu.
Sahabat,
Saya juga ada terbitkan entri berkenaan di blog buku saya.
http://pasalbuku.blogspot.com
Aku ada satu cadangan yang lebih ekstrim... Apa kata kita kembali/menghidupkan tulisan jawi semula...?
Banyak kelebihannya..
Itu tak betul-betul ekstrim, apa kata kerajaan menghidupkan Bahasa Al-Quran Bahasa Arab sejak dari tadika, dan menjadi pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah dan di institusi pengajian tinggi.
Post a Comment