27 December 2009
Duhai batu safir, duhai utusan dari mereka yang jauh, bawalah air mata kami ke debunya yang suci - Muhammad Iqbal, Penyair Besar Pakistan
25 December 2009
Tangisan Karbala (Zaynab al Kubra) Adalah Senjata Politik Yang Paling Ampuh!

1. Mengapa mereka menangis? Setiap kali Muharram mereka menangis. Saya juga dahulu seperti anda. Saya juga pernah berasa jengkel. Tetapi semakin saya matang, membaca dan berkembang sebagai sarjana dan ahli akademik; saya menjadi hati-hati, tidak membuat tanggapan melulu, tanpa berusaha memahami dahulu kenyataannya. Saya malah memilih menjejakkan kaki ke dunia mereka, berdialog dan mendengar; lalu memilih satu jalan yang amat kontroversial. Memilih untuk mendekatkan apa yang tidak begitu jauh tetapi hakikatnya jauh kerana ada tanggapan yang tidak matang.
2. Profesor Dr Stephen Sideroff, ilmuan psikiatri dari University of California Los Angeles, menyebutkan yang: 'Menangis adalah respon emosional terhadap perasaan tertentu, biasanya kerana sedih dan terluka. Tetapi, orang juga menangis kerana berada dalam situasi atau peristiwa tertentu'.
3. Ilmuan yang lain, Dr Jodi DeLuca, serang ahli neuropsikologi dari Florida menjelaskan bahawa tangisan adalah lebih dari itu. Tangisan juga adalah mekanisme pertahanan. Menurut beliau, tangisan adalah satu tanda, satu gejala untuk menyampaikan suatu hal. Tangisan kadang kerana kecewa, juga gembira, atau untuk mendapat perhatian orang lain. Anda tentu pernah mengalami semua jenis tangisan di atas. Mungkin anak anda yang menangis meragam untuk membuat anda memahaminya. Mungkin tunang, isteri, atau kekasih anda yang menangis demi menuntut anda lebih mengasihi.
4. Dr Lauren Bylsma, seorang ahli akademik yang mengkaji dan meneliti tangisan mengatakan; tangisan juga punya tujuan sosial. Mana tidaknya, tangisan dapat menggerakkan massa. Tangisan Tun Dr Mahathir hampir setiap kali perhimpunan agung UMNO dahulu, pernah membuatkan kawan-kawannya terlompat-lompat. Ingat tangisan Mursyidul AM PAS di ambang pilihanraya lalu. Tangisan sambil berdoa itu menyebabkan PAS menang besar. Itu salah satu puncanya, ya, begitulah khabarnya. Tangisan dapat menggerakkan dukungan dari orang lain. Jadi, bukanlah aneh tangisan dapat menjadi satu senjata.
5. Tentu anda dalam hati akan mengkritik saya, arghhhh Faisal Tehrani merujuk sumber kapir. Nanti! Biar saya merujuk sumber dari dalam diri anda. Ibnu Qayyim, kenal bukan? Beliau adalah salah seorang pakar psikologi Islami yang sangat terkenal. Kalau tidak silap saya, beliau lahir pada tahun 1292 Masehi di kota Damsyik, Syria. Menurut Ibnu Qayyim, ada sepuluh jenis tangisan. Antaranya, tangisan yang disebabkan oleh penderitaan.
6. Tentu anda tidak dapat menyalahkan adik Saidina Husin, iaitu Zaynab yang menangis saat abangnya dibunuh dengan cara begitu kejam. Tambahan pula peristiwa itu menurut banyak riwayat telah diberitakan terlebih dahulu. Tidakkah itu satu penderitaan. Kalau anda membaca hasil karangan atThabari, anda akan tergamam sendiri. Zaynab, cucunda perempuan Rasulullah saw diperlakukan sebagai tahanan dengan cara yang amat nista sekali.
7. Saya masih ingat saya menangis teresak-esak menonton Buletin Utama TV3 saat pembaca berita meminta penonton membacakan al Fatihah buat adik Nurin Jazlin yang dibunuh dengan cara begitu kejam. Saya ingat, pembunuhan tersebut amat menyentuh hati siapa pun. Manusia yang keras hati pun akan luluh memikirkannya.
Dan, mengapa menyalahkan semua pencinta cucu Rasulullah saw, Saidina Husin, jika mereka ingin menangis? Tidakkah meluluhkan hati memikirkan penghulu syurga dibantai sedemikian rupa? Jika kita ingin masuk syurga tidakkah kita wajar menangisi kesyahidannya yang amat tragis itu?
8. Saya akan bergerak dari tokoh sanjungan anda, Ibnu Qayyim dengan mengingatkan bahawa yang membuatkan kita menangis bukanlah diri kita sendiri tidak pasal-pasal. Yang membuatkan kita menangis ialah Allah, pencipta kita: "...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm: 43)
Kalau mereka yakni penyanjung Saidina Husin ingin menangis, mengapa menyalahkan mereka? Itu terdorong berlaku kerana rasa kasih mereka, rasa derita mereka, rasa yang bergumulan lalu merembes menjadi tangisan yang diciptakan Allah.
9. Nah, tangisan menurut jalur kesufian pula ada banyak macam. Ada tangisan kerana malu, ibarat tangisan Nabi Adam a.s. Tangisan kerana mengenang kesalahan, umpama tangisan Nabi Daud a.s. Tangisan kerana takut dan bimbang, umpama tangisan Nabi Yahya a.s. Tangisan kerana kehilangan sesuatu, umpama tangisan Nabi Yaakub a.s. Terdapat juga tangisan umpama tangisan Nabi Syuaib a.s iaitu tangisan rindu dan cinta. Pernah dengar tangisan Nabi Syuaib a.s? Baginda menangis sehingga matanya buta, kemudian dikembalikan kepadanya pandangan mata, lalu dia menangis lagi sehingga buta lagi matanya dan begitulah sehingga sampai tiga kali. Maka Allah mewahyukan kepadanya: 'Hai Syuaib! Sesungguhnya tangisanmu itu jika takutkan api neraka, maka Aku telah amankan api neraka, maka Aku telah amankanmu dari api neraka dan jika kerana mengharapkan syurga, maka Aku telah pastikanmu menjadi ahli Syurga!'
2. Profesor Dr Stephen Sideroff, ilmuan psikiatri dari University of California Los Angeles, menyebutkan yang: 'Menangis adalah respon emosional terhadap perasaan tertentu, biasanya kerana sedih dan terluka. Tetapi, orang juga menangis kerana berada dalam situasi atau peristiwa tertentu'.
3. Ilmuan yang lain, Dr Jodi DeLuca, serang ahli neuropsikologi dari Florida menjelaskan bahawa tangisan adalah lebih dari itu. Tangisan juga adalah mekanisme pertahanan. Menurut beliau, tangisan adalah satu tanda, satu gejala untuk menyampaikan suatu hal. Tangisan kadang kerana kecewa, juga gembira, atau untuk mendapat perhatian orang lain. Anda tentu pernah mengalami semua jenis tangisan di atas. Mungkin anak anda yang menangis meragam untuk membuat anda memahaminya. Mungkin tunang, isteri, atau kekasih anda yang menangis demi menuntut anda lebih mengasihi.
4. Dr Lauren Bylsma, seorang ahli akademik yang mengkaji dan meneliti tangisan mengatakan; tangisan juga punya tujuan sosial. Mana tidaknya, tangisan dapat menggerakkan massa. Tangisan Tun Dr Mahathir hampir setiap kali perhimpunan agung UMNO dahulu, pernah membuatkan kawan-kawannya terlompat-lompat. Ingat tangisan Mursyidul AM PAS di ambang pilihanraya lalu. Tangisan sambil berdoa itu menyebabkan PAS menang besar. Itu salah satu puncanya, ya, begitulah khabarnya. Tangisan dapat menggerakkan dukungan dari orang lain. Jadi, bukanlah aneh tangisan dapat menjadi satu senjata.
5. Tentu anda dalam hati akan mengkritik saya, arghhhh Faisal Tehrani merujuk sumber kapir. Nanti! Biar saya merujuk sumber dari dalam diri anda. Ibnu Qayyim, kenal bukan? Beliau adalah salah seorang pakar psikologi Islami yang sangat terkenal. Kalau tidak silap saya, beliau lahir pada tahun 1292 Masehi di kota Damsyik, Syria. Menurut Ibnu Qayyim, ada sepuluh jenis tangisan. Antaranya, tangisan yang disebabkan oleh penderitaan.6. Tentu anda tidak dapat menyalahkan adik Saidina Husin, iaitu Zaynab yang menangis saat abangnya dibunuh dengan cara begitu kejam. Tambahan pula peristiwa itu menurut banyak riwayat telah diberitakan terlebih dahulu. Tidakkah itu satu penderitaan. Kalau anda membaca hasil karangan atThabari, anda akan tergamam sendiri. Zaynab, cucunda perempuan Rasulullah saw diperlakukan sebagai tahanan dengan cara yang amat nista sekali.
7. Saya masih ingat saya menangis teresak-esak menonton Buletin Utama TV3 saat pembaca berita meminta penonton membacakan al Fatihah buat adik Nurin Jazlin yang dibunuh dengan cara begitu kejam. Saya ingat, pembunuhan tersebut amat menyentuh hati siapa pun. Manusia yang keras hati pun akan luluh memikirkannya.
Dan, mengapa menyalahkan semua pencinta cucu Rasulullah saw, Saidina Husin, jika mereka ingin menangis? Tidakkah meluluhkan hati memikirkan penghulu syurga dibantai sedemikian rupa? Jika kita ingin masuk syurga tidakkah kita wajar menangisi kesyahidannya yang amat tragis itu?
8. Saya akan bergerak dari tokoh sanjungan anda, Ibnu Qayyim dengan mengingatkan bahawa yang membuatkan kita menangis bukanlah diri kita sendiri tidak pasal-pasal. Yang membuatkan kita menangis ialah Allah, pencipta kita: "...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm: 43)
Kalau mereka yakni penyanjung Saidina Husin ingin menangis, mengapa menyalahkan mereka? Itu terdorong berlaku kerana rasa kasih mereka, rasa derita mereka, rasa yang bergumulan lalu merembes menjadi tangisan yang diciptakan Allah.
9. Nah, tangisan menurut jalur kesufian pula ada banyak macam. Ada tangisan kerana malu, ibarat tangisan Nabi Adam a.s. Tangisan kerana mengenang kesalahan, umpama tangisan Nabi Daud a.s. Tangisan kerana takut dan bimbang, umpama tangisan Nabi Yahya a.s. Tangisan kerana kehilangan sesuatu, umpama tangisan Nabi Yaakub a.s. Terdapat juga tangisan umpama tangisan Nabi Syuaib a.s iaitu tangisan rindu dan cinta. Pernah dengar tangisan Nabi Syuaib a.s? Baginda menangis sehingga matanya buta, kemudian dikembalikan kepadanya pandangan mata, lalu dia menangis lagi sehingga buta lagi matanya dan begitulah sehingga sampai tiga kali. Maka Allah mewahyukan kepadanya: 'Hai Syuaib! Sesungguhnya tangisanmu itu jika takutkan api neraka, maka Aku telah amankan api neraka, maka Aku telah amankanmu dari api neraka dan jika kerana mengharapkan syurga, maka Aku telah pastikanmu menjadi ahli Syurga!' Nabi Allah Syuaib menjawab: Tidak, wahai Tuhanku! Tapi kerana sangat rindu untuk memandang wajahMu! Allah Taala lalu mewahyukannya lagi: 'Hai Syuaib! Pantaslah bagi siapa yang inginkan Aku, wajib menangis kerana rindukan Aku. Sebenarnya penyakit ini tidak ada penawarnya sama sekali kecuali bertemu dengan Aku.'
Saya difahamkan oleh mereka, saat Muharram mereka menangis bukan sahaja kerana derita dan amat sedih oleh kejadian jahat ke atas Saidina Husin dan keluarganya, tetapi mereka juga menangis kerana rindu ingin berjumpa.
Apakah ubat tangisan seperti ini melainkan balasan kerinduan mereka itu kelak akan ditunaikan oleh penghulu syurga itu sendiri! Wah bahagialah jika begitu. Hari ini, saya ingin jadi seperti mereka. Saya menangis kerana rindu ingin berjumpa penghulu syurga - Saidina Husin cucunda Nabi Muhammad yang kita cinta.
10. Tahukah anda Zaynab al Kubra dan pengikut ahlul bait sering dizalimi sepanjang pemerintahan Umaiyah, Abbasiyyah dan sehingga hari ini. Lihat sahaja pengeboman yang disasarkan kepada makam Imam Hasan Askari di Samarra beberapa tahun lalu. Tontonilah filem The Kite Runner, bagaimana kaum Hazara (orang syiah di Afghanistan ditindas sewenang-wenangnya).Untuk itu, masyarakat syiah yang lemah dan tidak punya kuasa telah menerjemahkan tangisan mereka menjadi senjata. Seperti kanak-kanak yang lemah, tangisan itu membuatkan kita akhirnya hiba dan berjaya menarik perhatian sang ibu.
11. Selepas Saidina Husin syahid dibunuh tentera Yazid, baginda bonda Zaynab dibawa ke Damsyik bersama kaum keluarganya ke istana Yazid di Syria. Sejarah mencatatkan, sepanjang perjalanan jauh dari Karbala ke Damsyik yang penuh azab derita itu, wanita Bani Hasyim menangis tidak hentinya. Ia menghenyak perasaan penduduk Kufah yang mengkhianati janji mereka sebelumnya. Muncullah golongan at-Tawwabun yang akhirnya menuntut bela atas kesyahidan Saidina Husin, dipimpin oleh sahabat Rasulullah saw bernama Sulaiman bin Sarad. Ia menggetar hati paderi kristian di Aleppo, ia malah menjadi punca kembalinya umat Islam kepada kasih dan cinta Rasulullah saw selepas terbuai oleh kemewahan empayar Islam yang kian melebar. Ia mendorong tangisan menjadi senjata orang tertindas untuk berdepan dengan kuasa tirani.
12. Lama saya cuba memahami mengapa pengikut syiah menangisi kesyahidan Saidina Husin yang mereka cintai. Tangisan derita, tangisan rindu, tangisan yang merupakan tujuan sosial. Tangisan yang merupakan tujuan politik. Saya berhenti menyalahkan mereka kerana menangis setelah saya membaca sebuah buku karangan pemimpin ulung mereka iaitu al marhum Imam Khomeini. Buku itu judulnya The Ashura Uprising merupakan koleksi ucapan dan ceramah agama almarhum sekitar asyura. Dan dalam salah satu petikan, Imam Khomeini mengatakan: 'Jangan sangka yang kami menangis dan meratap untuk penghulu syuhada (Saidina Husin). Tidak, baginda tidak memerlukan tangisan kami. Isunya bukan tangisan sama sekali. Ia adalah sesuatu yang bersifat politik untuk Imam (Saidina Husin) kerana dengan tangisan ini dapat menggerakkan ummah dan menyatukan umat Islam lalu memperkasakan mereka untuk berdepan dengan kezaliman tanpa perlu rasa lemah lagi' (halaman 60).Hari ini saya tidak lagi menuduh mereka melulu.
Hari ini saya memilih untuk memberitahu dunia, 'Jika saya dituduh seisi dunia sebagai sesat kerana menangisi kesyahidan penghulu syurga, Saidina Husin, iya, tidak mengapa, tohmahilah saya sesat. Saya akur. Bukan saudara yang dapat menolong saya di akhirat nanti. Yang akan memberi syafaat kepada saya ialah Nabi Muhammad saw dan tentu, kekasih hati baginda iaitu Saidina Husin, ibunya Saidatina Fatimah dan ayahnya Saidina Ali.
Mengapa anda tidak menangis? Sungguh keras hati anda? Seperti syaitan yang memiih untuk angkuh dan ego.
Menangislah untuk Husin! Ayuh menangislah!
24 December 2009
Mengapa Membunuh Cucunda Nabi Muhammad SAW?
Dalam sastera Melayu, tidak ramai yang mahu, atau "tergamak", menulis buku tentang peristiwa di medan Karbala. Menulis hal yang sangat tragis ini padahal adalah satu dedikasi penting buat Nabi Muhammad saw. Ini kerana yang terbunuh di medan berdarah itu adalah sekian cucu cicit dan kerabatnya. Saya tidak dapat memikirkan pewajaran yang lain, bahawa tentu sahaja menulis untuk merakam kejadian keji dan jelek ke atas keturunan Rasullulah saw, terhadap penghulu pemuda di syurga itu; pasti, saya yakin pasti - akan membolehkan pertimbangan syafaat Nabi Muhammad saw buat sang penulisnya. Bahkan mereka yang mengkaji dan memanjangkan tragedi berdarah ini, saya yakini akan beroleh manfaat di akhirat kelak. Masakan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah tidak memandang mereka yang membela peristiwa genosid dan cleansing terhadap ahlul bait Nabi ini?
Saya ingin memetik dua karya yang pernah saya baca, dan masih saya uliti setiap kali Muharam tiba, akan saya baca dan tatapi, bahkan ratapi isinya kulit ke kulit.
Peristiwa di Padang Karbala adalah buku cerita kanak-kanak tulisan Wan Yusof Hassan, bekas pegawai penyelidik dan editor Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di zaman belum munculnya ustaz-ustaz wahabi yang kembali dari Jordan dan Saudi. Saya masih ingat buku ini dibelikan oleh ayah saya, tuan Haji Musa bin Yahya sebagai upah kerana mendapat tempat ke sepuluh dalam kelas darjah dua pada tahun 1982. Saya membacanya dengan air mata bergenang dan bertanya 'Mengapa ada orang Islam berani dan sanggup membunuh cucu Nabi Muhammad saw setelah kewafatan baginda?'
"Saudaraku semua, jangan biarkan Baginda Husin minum air sungai itu. Halanglah dia. Kiranya dia dapat meminum air itu tiada siapa lagi yang dapat menentangnya."
Apabila didengar oleh askarnya dengan segera dipanahnya baginda. Baginda Husin yang dahaga dan letih itu tidak sempat mengelaknya. Anak panah itu akhirnya mengenai leher baginda. Segera dicabut oleh baginda anak panah itu dan dibuangkannya ke dalam sungai Furat.
Baginda memekup lukanya dengan tangan kiri sambil terus mengamuk. Tentera Baginda Yazid datang dengan ramainya mengerumuni baginda. Setengah daripada aksar itu takut untuk menentang baginda. Manakala setengahnya pula malu hingga mereka berpaling - tidak sanggup menatap wajah cucu Rasulullah. Ketika itu muncullah Simirlain menyeru rakan-rakannya agar segera memancung Baginda Husin. Akan tetapi semuanya merasai suatu macam ketakutan untuk menentang baginda.
"Bunuhlah baginda, kerana aku ada bersama-sama kamu. Apa yang telah kamu lakukan hanya memusuhinya saja. Kenapakah kamu tidak sanggup untuk membunuhnya?" kata Simirlain.
"Kamu pun apa kurangnya dari kami? Kita berjuang adalah untuk mencari kekayaan. Mencari pangkat dan darjat!" jawab mereka.
"Kamu semuanya tidak begitu percaya akan kebolehanku. Nanti aku tunjukkan padamu bahawa segala kata-kataku ini akan kukotakan."
Simirlain pun segera mendapatkan Baginda Husin. Apabila dilihat oleh Baginda, teringatlah Baginda akan sabda Rasulullah bahawa orang yang akan membunuhnya keadaan mukanya hitam dan teteknya seperti tetek anjing.
Dengan tidak bertangguh lagi Simirlain pun menikam Baginda Husin pada dadanya dan lehernya terus dipenggal. Syahidlah Baginda Husin pada 10 Muharam iaitu hari Jumaat.
Tentu, dalam sastera Melayu klasik, Hikayat Muhammad Hanafiyyah adalah karya ulung yang membicarakan kepahitan yang luar biasa dalam sejarah umat Islam. Pengungkapan peristiwa Karbala yang sungguh berdarah dan menyayat hati manusia dan setiap makhluk Tuhan ini menunjukkan masyarakat Melayu kita tidaklah asing dari bahagian mengenang kejahatan terhadap ahlul bait. Menurut L.F Brakel, Hikayat Muhammad Hanafiyyah yang memuatkan pembunuhan ngeri dan sadis cucunda Rasulullah saw adalah 'sebuah teks yang popular dan terkenal' (tentu, kenyataan Brakel ini sebelum munculnya gejala gerakan salafi yang sering merujuk secara intelektual kepada Ibnu Taimiyyah yang amat memusuhi Saidina Ali dan ahlul bait Rasulullah saw). Edisi Hikayat Muhammad Hanafiyyah yang paling tua tersimpan di Indonesia ialah edisi 1771 masehi. Sementara edisi asalnya yang dipercayai pada tahun 1604 masih tersimpan di Universiti Cambridge. Untuk mereka yang berminat membaca hikayat ini, adalah amat sukar untuk menemui versi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1988 ini. Mungkin (sekadar satu tanggapan), simptom 'menyahcinta' ahlul bait sudah kian mengukuh, sehingga mengatasi kewarasan dan keterbukaan wilayah akademik serta intelektualisme.
Saya masih ingat buku ini dibeli pada tahun 1990 di sebuah kedai buku di Kelang ketika saya menuntut di Kolej Islam Kelang. Saya membacanya dengan air mata bergenang dan bertanya 'Mengapa ada orang Islam berani dan sampai hati membunuh cucu Nabi Muhammad setelah kewafatan baginda?'
Saya hanya akan menurunkan beberapa perenggan dari Hikayat Muhammad Hanafiyyah (selain hikayat ini, Hikayat Perang Sabil turut dimanfaatkan) yang pernah dibaca oleh para pejuang Aceh untuk menjadi pembakar semangat mendepani soldadu penjajah Belanda.

"Wah kasihan kami! Wah kesakitan kami! Wah sesal kami! Wah Muhammad kami! Wah Ali kami! Wah Fatimah kami! Wah Hasan kami! Wah Husain kami! Wah Kasim kami! Wah Ali Akbar kami!" Maka isi rumah rasul Allah tiadalah menyadar diri. Pada ketika amir Husain syahid itu arasy Allah dan kursi gementar, bulan dan matahari pun redup, tujuh hari tujuh malam lamanya segala alampun kelam kabut, karena amir Husain terbunuhlah, peninggalan nabi Allah dan lihat-lihatan daripada rasul Allah: seorang cucunya, amir Hasan, dibunuhnya dengan racun, seorang lagi cucunya dibunuh segala kafir itu dengan senjata: kepalanya diperceraykan orang. Demikianlah halnya disembelih orang alim, supaya kita ketahui: hidup dalam dunia tiadakan kekal! Hay segala mereka itu yang Islam, sementaranya kita hidup dalam dunia, hendaklah ingat akan mati dan sedekala dengan air mata, karena isi rumah rasul Allah lagi dengan dukacitanya, supaya beroleh syafaat rasul Allah lagi dengan dukacitanya, supaya beroleh syafaat rasul Allah sallaLlahualayhi wa sallam! Ya Ilah l-alamin wa ya Xair an-nasirin! Bir-rahmatiKa ya Arham ar ahimin amin!
....
"Ya Fatimah Zahra, raja segala perempuan dunia akhirat! Hambalah memenggal tangan amir Husain! Halalkan dosa hambamu!" Maka ujar Fatimah: "Tiada aku menghalalkan dosamu! Bahwa Allah taalapun tiada mengampuni dosamu! Bahwa Allah taalapun tiada mengampuni dosamu! Karena bukan kerja kaukerjakan kepada isi rumah rasul Allah, sepertinya kaunista anakku! Tiada aku mau menengarkan katamu: tiada ada kasihanmu melihat anakku!" Maka Rasul Allah berbangkit menampar muka hamba (maka iramlah sebelah mukanya, barang siapa mlihat, mukanya iram sebelah, ialah yang memenggal tangan amir Husain anak Fatimah az Zahra, buah hati Ali Murtada, cucu Muhammad Mustafa s). Maka Fatimah berkata: "Hay celaka! Apa dikit dosa anakku amir Husain kepadamu, maka engkau menanggal tangannya? Berapa-berapa kalilah engkau daripada tangan anakku beroleh anugerah, dan karunianya akan dikau tiada kali, maka ngapa kaubalaskan akan tiap pekerjaan demikian ini? Tiada sekali engkau takut akan Allah taala dan tiada engkau takut akan Rasul Allah s dan tiada engkau takut akan segala sidang nabi sekalian dan tiada ada engkau malu akan segala malaikat dan tiada engkau malu akan daku dan tiada engkau takut akan kena la'nat Allah!"
Dua 'karya besar' ini mencetuskan soalan 'mengapa ada orang Islam berani dan betah membunuh cucu Nabi Muhammad saw setelah kewafatan baginda?'
Alhamdulillah soalan tersebut bergumul dalam benak dan dada saya membuatkan saya mengkaji dan menulis pula naskah mengenang Karbala nukilan saya sendiri pada tahun 2007.
Saya hanya mengharapkan Rasulullah saw menolong saya dan keluarga di akhirat nanti kerana waras sekali, menulis mengenang kesyahidan Saidina Husin kesayangan nabi pasti dipandang baginda. Insya-Allah. Saya hanya mahu menghidupkan kembali seorang manusia suci yang memang akan terus hidup abadi.Ada manusia mengkritik saya kerana merujuk buku Taha Husain dalam entri sebelum ini. Mereka sangka Taha Husain menulis Fitnatul Kubra tanpa merujuk buku-buku sejarah klasik. Untuk mengangkat agenda mereka, segala sumber yang bersalahan dengan pegangan akan ditolak meski ia objektif. Jika mereka menolak Taha Husain, mungkin mereka tidak dapat menolak Maududi (atau kerana jahil mungkin mereka tidak mengenal siapa Maududi). Untuk budak-budak rumaja yang terbirit-birit membontot sekerat dua ulama salafi bermasalah yang mempertahankan penjenayah perang Karbala, eloklah diturunkan di sini petikan dari buku karangan tokoh gerakan Islam Pakistan, Maulana Abu Ala-Al Maududi yang saya baca dalam usrah sejak dari zaman di Kolej Islam Kelang lagi:
"Dan ketika ia terluka dan kemudian jatuh, mereka menyembelihnya dan merompak apa saja yang ada di atas jasadnya, mengoyak-ngoyak baju yang menutup tubuhnya, kemudian menggilasnya dengan kuda-kuda dan menginjak-injaknya dengan kaki-kaki mereka. Setelah itu mereka beralih ke khemahnya, merompak isinya, mencabik-cabik pakaian para wanita, memenggal kepala-kepala setiap orang yang telah gugur di Karbala dan membawa semuanya ke Kufah. Ibnu Ziyad tidak cukup menjadikan itu semua sebagai barang tontonan di hadapan orang banyak tetapi ia naik ke atas mimbar Masjid Jami' dan berkata: "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menampakkan kebenaran dan ahlinya, memenangkan Amirul Mukminin Yazid dan kelompoknya serta membunuh si pendusta putera si pendusta, Husein bin Ali dan pengikut-pengikutnya"
.....
Dan bahawa ia juga berkata: "Demi Allah, wahai Husein, sekiranya aku berada di hadapanmu, niscaya aku tidak akan membunuhmu." Sekiranya riwayat itu kita percaya maka masih ada pertanyaan yang ingin kita tanyakan, hukuman apakah yang telah dilakukan oleh Yazid ke atas diri gabenornya yang durjana itu atas perbuatannya melakukan kezaliman yang besar ini?
Berkata Ibnu Katsir bahawa Yazid tidak pernah menghukum Ibnu Ziyad, tidak memecatnya, bahkan tidak pernah mengirim sepucuk surat kecaman pun kepadanya."
[Lihat S.Abul Ala Maududi; Khilafah dan Kerajaan, jika cetakan Dewan Pustaka Fajar rujuk halaman 233-234]
Mempertahankan penjenayah perang Karbala adalah seperti mempertahankan George Bush, atau Ariel Sharon.
Saya ingin menutup entri tentang peristiwa sayu ini dengan soalan yang sama bergumul dalam jiwa saya sejak masih anak-anak dan remaja, ia masih bergema dalam kepala saya sehingga saat ini:
Mengapa ada orang Islam berani dan datang hati membunuh cucu Nabi Muhammad saw setelah kewafatan baginda? Dan mereka masih tidak segan silu mahukan syafaat baginda Rasul di hari masyhar kelak. Lebih menjengkelkan, mengapa ada agamawan sanggup berhempas pulas menutup sejarah dan mempertahankan pembunuh-pembunuh Saidina Husein dan keluarganya di medan Karbala? Tidakkah mereka tahu malu mengucapkan selawat buat Rasulullah saw dan keluarganya ketika dalam solat?
23 December 2009
Pembunuh Saidina Husin
Ada orang mengatakan pembunuh Saidina Husin adalah orang syiah yakni penghuni kota Kufah. Kerana itu sampai hari ini syiah meratap menangisi kekesalan perbuatan mereka. Entah dari mana sumber pandangan bodoh ini. Penghuni kota Kufah pada waktu Saidina Husin dibunuh itu adalah pembelot dan pengkhianat. Orang yang asalnya berjanji tetapi tidak mempertahankan Saidina Husin (dalam hal ini membela cucunda Rasulullah saw yang mencintainya sahaja akan beroleh cinta Allah) tentu tidak dapat dianggap kaum muslimin melainkan kaum munafikin. Kesal kemudian sudah tidak berguna. Yang jelas, selepas penyembelihan Saidina Husin, pendokong sebenar ahlul bait muncul di merata-rata tempat.
Jika malas mengkaji dan tidak mengerti lebih baik diam. Kerana tentu anda tidak mahu mati dan menerima siksaan dalam kubur di mana ular masuk ke dalam mata dan hidung anda. Seperti mana yang dialami oleh Ubaidillah bin Ziyad.
Saya ingin memetik bahagian dari buku 'Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam' karya Taha Husain yang terjemahannya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990. Buku ini saya baca pada tahun pertama saya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Petikan ini adalah dari bab-bab hujung buku beliau yang dinamakan bab 'Gugurnya Hussein bin Ali K.W':
Dalam dialog tersebut Hussein menawarkan salah satu daripada tiga pilihan kepada Umar bin Saad: pertama, membiarkan Hussein dan rombongan pulang kembali ke Hijaz, kedua, memberangkatkan Husein dan rombongan ke Syam untuk bertemu langsung dengan Yazid dan menunggu apa yang akan terjadi antara dua orang itu, ketiga, membiarkan mereka berangkat ke salah satu garis pertahanan untuk bergabung dengan pasukan muslimin yang sedang menghadapi musuh dari luar, dengan syarat: ia dan semua anggota rombongan berhak menerima hadiah sesuai dengan kewajiban mereka dalam peperangan.
Pada dasarnya Umar bin Saad setuju memilih salah satu di antara tiga pilihan itu, namun ia menjawab, "Akan saya rundingkan dengan Ubaidillah Bin Ziyad." Umar bin Saad kemudian mengirimkan laporan tertulis kepada Ubaidillah tentang tawaran Hussein, tetapi Ubaidillah tidak mahu selain Husein harus tunduk kepada kekuasaannya. Hal itu ditegaskan dalam surat jawapannya kepada Umar yang dibawa oleh Syamir bin Dzil Jausyan. Kepada Syamir, 'Ubaidillah bin Ziyad memerintahkan: 'Bacakanlah surat ini kepada Umar dan lihatlah apa yang akan diperbuat olehnya. Kalau ia bergerak memerangi Hussein, engkau harus turut berperang dan bantulah dia hingga selesai. Jika ia tidak turut berperang dan bantulah dia hingga selesai. Jika ia tidak mahu berperang atau keberatan, pancunglah kepalanya dan gantikan kedudukannya sebagai komandan pasukan.' Setelah Umar bin Saad mengetahui isi surat Ubaidillah kepada pembawa surat itu, ia siap bergerak untuk melancarkan serangan terhadap Husein bersama-sama rombongan.
Sebelum itu ia meminta kepada Husein bersama-sama rombongan. Sebelum itu ia meminta kepada Husein supaya bersedia tunduk kepada kekuasaan Ubaidillah bin Ziyad, tetapi Husein dengan tegas menolak 'Daripada menerima itu, lebih baik mati.'
Umar dan pasukannya mulai bergerak menyerang Husein dan rombongannya yang terdiri dari tujuh puluh orang, tidak lebih. Lebih dari setengah hari pertempuran berlangsung. Dalam pertempuran itu Husein mengalami cubaan maha berat bersama saudara-saudaranya dan anggota-anggota keluarganya mati terbunuh termasuk beberapa orang anaknya sendiri, anak-anak abangnya dan saudara-saudara misannya. Husein sendiri orang yang gugur paling akhir setelah beberapa saat menerima pahit getirnya cubaan yang paling berat.
Ketika itu sekelompok orang dari pasukan Umar bin Saad marah terhadap sikap Ubaidillah yang menolak tiga pilihan yang ditawarkan Husein kepadanya. Mereka meninggalkan barisan dan bergabung dengan Husein, turut bertempur di pihaknya hingga semuanya gugur. Dengan terjadinya peperangan itu seluruh kaum muslimin menyaksikan ada sebuah pasukan atau segolongan kaum muslimim di bawah pimpinan seorang Quraisy, anak seorang tokoh terkemuka kaum Muhajirin (yakni: Umar bin Saad bin Abi Waqqash) membantai putera-putera Fatimah binti Muhammad Rasulullah, mencincang putera-putera Ali bin Abi Thalib k.w, memancung kepala dua orang anak Jaafar bin Abi Thalib, pahlawan syahid perang Mu'tah yang oleh Nabi saw sendiri diberi gelar at-Thayyar ertinya Yang Suka Terbang. Semua kaum muslimin tahu benar, bahawa Umar adalah anak Saad bin Abi Waqqash salah seorang sahabat Nabi saw yang terkemuka, orang yang dalam sejarah kaum muslimin merupakan orang pertama melepas anak panah terhadap musuh Islam, salah satu di antara sepuluh orang sahabat yang dijanjikan oleh Nabi Saw masuk syurga, panglima pasukan muslimin dalam peperangan melawan Parsi, dan seorang yang sama sekali tidak melibatkan diri dalam pertikaian di antara sesama kaum muslimin, baik langsung ataupun tidak langsung. Segenap kaum muslimin menyaksikan tindakan anak Saad bin Abi Waqqash yang bernama Umar itu membantai hampir semua anggota keluarga Rasulullah saw demikian ganas dan buas. Setelah semua terbunuh, kepala mereka dipancung dan batang tubuhnya dilucuti pakaiannya, termasuk Husein, yang setelah dipenggal kepalanya dan dilucuti pakaiannya ditinggalkan begitu saja tergeletak di bawah langit. Tidak hanya sampai di situ saja, bahkan pasukan muslimin atau golongan yang dipimpin oleh Umar bin Saad bin Abi Waqqash itu memperlakukan mayat para anggota ahlul bait Rasulullah itu dengan perlakuan yang sama sekali tidak patut dilakukan oleh kaum muslimin, lebih-lebih terhadap sesama kaum muslimin sendiri. Mereka menggiring sejumlah wanita muslimat anggota-anggota ahlul bait sebagai hamba hasil rampasan perang, termasuk Zainab binti Ali bin Abi Thalib k.w cucu puteri Rasulullah. Semua digiring ke hadapan Ubaidillah bin Ziyad...
(halaman 695-697)
Dan tahukah anda apa yang berlaku kepada Ubaidillah bin Ziyad? Pembunuh cucu nabi Muhammad saw ini kemudiannya? Hadis yang dipetik dari Sunan Tirmidzi ini bernombor 3780 untuk kita renungi bersama:
Washil bin Abdul A'la menceritakan kepada kami, Abu Mu'awiyah menceritakan kepada kami, dari A'masy, dari Umarah bin Umair, ia berkata: Ketika kepala Ubaidillah bin Ziad dan sahabat-sahabatnya didatangkan, maka kepala-kepala itu disusun di halaman masjid. Aku kemudian sampai kepada orang-orang - untuk melihat kepala-kepala tersebut - sementara itu mereka berkata, 'Telah datang, Telah datang'. Ternyata seekor ular telah datang dan memasuki kepala-kepala itu, hingga masuk ke lubang hidung Ubaidillah bin Ziad. Ia kemudian berhenti sejenak, lalu keluar dan pergi, hingga menghilang. Orang-orang kemudian berkata, 'Telah datang, Telah datang.' Ular itu kemudian melakukan perbuatan seperti tadi sebanyak dua atau tiga kali.
Sanadnya sahih. Hadis ini adalah hadis hasan sahih.
Siapa berani membela pembunuh cucu Nabi setelah membaca hadis ini?
Marilah kita berlindung dari syaitan yang direjam, termasuk agamawan yang tubuhnya bersalut ilmu tetapi isi di dalamnya adalah setan. Hari ini mungkin anda mempersendakan kematian cucu Rasulullah saw dengan membela pembunuh-pembunuhnya, hari esok anda pasti akan menerima balasan kemurkaan Rasulullah saw, kemurkaan Saidatina Fatimah Zahra berhujung dengan kemurkaan Allah swt. Oleh itu jangan berkata apa-apa jika tidak tahu, kalaupun tidak mahu mengkaji dan membaca sehingga jadi tahu.
Jika malas mengkaji dan tidak mengerti lebih baik diam. Kerana tentu anda tidak mahu mati dan menerima siksaan dalam kubur di mana ular masuk ke dalam mata dan hidung anda. Seperti mana yang dialami oleh Ubaidillah bin Ziyad.
Saya ingin memetik bahagian dari buku 'Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam' karya Taha Husain yang terjemahannya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990. Buku ini saya baca pada tahun pertama saya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Petikan ini adalah dari bab-bab hujung buku beliau yang dinamakan bab 'Gugurnya Hussein bin Ali K.W':
Dalam dialog tersebut Hussein menawarkan salah satu daripada tiga pilihan kepada Umar bin Saad: pertama, membiarkan Hussein dan rombongan pulang kembali ke Hijaz, kedua, memberangkatkan Husein dan rombongan ke Syam untuk bertemu langsung dengan Yazid dan menunggu apa yang akan terjadi antara dua orang itu, ketiga, membiarkan mereka berangkat ke salah satu garis pertahanan untuk bergabung dengan pasukan muslimin yang sedang menghadapi musuh dari luar, dengan syarat: ia dan semua anggota rombongan berhak menerima hadiah sesuai dengan kewajiban mereka dalam peperangan.
Pada dasarnya Umar bin Saad setuju memilih salah satu di antara tiga pilihan itu, namun ia menjawab, "Akan saya rundingkan dengan Ubaidillah Bin Ziyad." Umar bin Saad kemudian mengirimkan laporan tertulis kepada Ubaidillah tentang tawaran Hussein, tetapi Ubaidillah tidak mahu selain Husein harus tunduk kepada kekuasaannya. Hal itu ditegaskan dalam surat jawapannya kepada Umar yang dibawa oleh Syamir bin Dzil Jausyan. Kepada Syamir, 'Ubaidillah bin Ziyad memerintahkan: 'Bacakanlah surat ini kepada Umar dan lihatlah apa yang akan diperbuat olehnya. Kalau ia bergerak memerangi Hussein, engkau harus turut berperang dan bantulah dia hingga selesai. Jika ia tidak turut berperang dan bantulah dia hingga selesai. Jika ia tidak mahu berperang atau keberatan, pancunglah kepalanya dan gantikan kedudukannya sebagai komandan pasukan.' Setelah Umar bin Saad mengetahui isi surat Ubaidillah kepada pembawa surat itu, ia siap bergerak untuk melancarkan serangan terhadap Husein bersama-sama rombongan.
Sebelum itu ia meminta kepada Husein bersama-sama rombongan. Sebelum itu ia meminta kepada Husein supaya bersedia tunduk kepada kekuasaan Ubaidillah bin Ziyad, tetapi Husein dengan tegas menolak 'Daripada menerima itu, lebih baik mati.'Umar dan pasukannya mulai bergerak menyerang Husein dan rombongannya yang terdiri dari tujuh puluh orang, tidak lebih. Lebih dari setengah hari pertempuran berlangsung. Dalam pertempuran itu Husein mengalami cubaan maha berat bersama saudara-saudaranya dan anggota-anggota keluarganya mati terbunuh termasuk beberapa orang anaknya sendiri, anak-anak abangnya dan saudara-saudara misannya. Husein sendiri orang yang gugur paling akhir setelah beberapa saat menerima pahit getirnya cubaan yang paling berat.
Ketika itu sekelompok orang dari pasukan Umar bin Saad marah terhadap sikap Ubaidillah yang menolak tiga pilihan yang ditawarkan Husein kepadanya. Mereka meninggalkan barisan dan bergabung dengan Husein, turut bertempur di pihaknya hingga semuanya gugur. Dengan terjadinya peperangan itu seluruh kaum muslimin menyaksikan ada sebuah pasukan atau segolongan kaum muslimim di bawah pimpinan seorang Quraisy, anak seorang tokoh terkemuka kaum Muhajirin (yakni: Umar bin Saad bin Abi Waqqash) membantai putera-putera Fatimah binti Muhammad Rasulullah, mencincang putera-putera Ali bin Abi Thalib k.w, memancung kepala dua orang anak Jaafar bin Abi Thalib, pahlawan syahid perang Mu'tah yang oleh Nabi saw sendiri diberi gelar at-Thayyar ertinya Yang Suka Terbang. Semua kaum muslimin tahu benar, bahawa Umar adalah anak Saad bin Abi Waqqash salah seorang sahabat Nabi saw yang terkemuka, orang yang dalam sejarah kaum muslimin merupakan orang pertama melepas anak panah terhadap musuh Islam, salah satu di antara sepuluh orang sahabat yang dijanjikan oleh Nabi Saw masuk syurga, panglima pasukan muslimin dalam peperangan melawan Parsi, dan seorang yang sama sekali tidak melibatkan diri dalam pertikaian di antara sesama kaum muslimin, baik langsung ataupun tidak langsung. Segenap kaum muslimin menyaksikan tindakan anak Saad bin Abi Waqqash yang bernama Umar itu membantai hampir semua anggota keluarga Rasulullah saw demikian ganas dan buas. Setelah semua terbunuh, kepala mereka dipancung dan batang tubuhnya dilucuti pakaiannya, termasuk Husein, yang setelah dipenggal kepalanya dan dilucuti pakaiannya ditinggalkan begitu saja tergeletak di bawah langit. Tidak hanya sampai di situ saja, bahkan pasukan muslimin atau golongan yang dipimpin oleh Umar bin Saad bin Abi Waqqash itu memperlakukan mayat para anggota ahlul bait Rasulullah itu dengan perlakuan yang sama sekali tidak patut dilakukan oleh kaum muslimin, lebih-lebih terhadap sesama kaum muslimin sendiri. Mereka menggiring sejumlah wanita muslimat anggota-anggota ahlul bait sebagai hamba hasil rampasan perang, termasuk Zainab binti Ali bin Abi Thalib k.w cucu puteri Rasulullah. Semua digiring ke hadapan Ubaidillah bin Ziyad...
(halaman 695-697)
Sanadnya sahih. Hadis ini adalah hadis hasan sahih.
Siapa berani membela pembunuh cucu Nabi setelah membaca hadis ini?
Marilah kita berlindung dari syaitan yang direjam, termasuk agamawan yang tubuhnya bersalut ilmu tetapi isi di dalamnya adalah setan. Hari ini mungkin anda mempersendakan kematian cucu Rasulullah saw dengan membela pembunuh-pembunuhnya, hari esok anda pasti akan menerima balasan kemurkaan Rasulullah saw, kemurkaan Saidatina Fatimah Zahra berhujung dengan kemurkaan Allah swt. Oleh itu jangan berkata apa-apa jika tidak tahu, kalaupun tidak mahu mengkaji dan membaca sehingga jadi tahu.
22 December 2009
Mengenang Tragedi Karbala

Ada orang bertanya saya, mengapa harus membuka-buka dan membesar-besarkan perihal Saidina Husin cucunda Rasulullah saw dibunuh Yazid dan tenteranya. Yang sudah-sudahlah kata mereka.
Alangkah jahil manusia itu. Saya menjawab:
1. Yang sudah-sudah itu sejarah dan sejarah wajib kita pelajari dan kita bongkar untuk membolehkan kita meletakkan diri kita dalam kebenaran. Bukankah kita berdoa dan membaca al-Fatihah dalam solat meminta jalan yang lurus? Maka jalan yang lurus itu harus kita kenali. Jalan lurus itu boleh sahaja disimpang siurkan oleh kaum munafik yang boleh kita kenal jika kita rajin melakukan analisis.
Apa yang ada dalam al-Quran antaranya ialah sejarah; sejarah para nabi, sejarah umat terdahulu. Jika ia adalah yang sudah-sudah dan tidak harus dibangkitkan lagi, maka mengapa al-Quran menyatakan semua hal yang sudah-sudah itu?
Allah berfirman supaya kita mengambil pengajaran dan merenung sejarah: “Bacakanlah kepada mereka kisah orang-orang yang Kami berikan ayat-ayat Kami lalu mereka menjauhkan diri dari ayat-ayat tersebut lalu Syaitan mengekorinya dan jadikan dia orang-orang yang sesat. Kalau Kami kehendaki, Kami akan mengangkat (kedudukan)nya dengan ayat-ayat tersebut tetapi dia telah cenderung ke (perhiasan dan godaan) dunia dan mengikut hawa nafsunya. Dia adalah umpama anjing yang sekiranya kamu memikulnya ia menjelirkan lidahnya atau sekiranya kamu membiarkannya ia menjelirkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah supaya mereka berfikir” (Al-A’raaf:175-176).
Nah, tidakkah saudara mahu berfikir seperti yang dituntut oleh Allah? Mengapa saudara ingin menutup peristiwa pembunuhan cucunda Nabi Muhammad saw? Kita wajib memikirkan ia dan berpihak dalam hal pembunuhan tersebut.
2. Peristiwa pembunuhan cucu Nabi Muhammad wajib direnung kembali. Kerana jika saudara inginkan syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak, tiada jalan yang munasabah melainkan menerusi cinta kepada keluarganya (dalam konteks ini cucu baginda Saidina Husin).
Saya ingin memetik hadis ini, perihal Nabi Muhammad saw yang mencintai cucunya.
Sufyan bin Waki' dan 'Abd bin Humaid menceritakan kepada kami, keduanya berkata: Khalid bin Mukhlad menceritakan kepada kami, Musa bin Ya'qub az Zam'i menceritakan kepada kami, dari Abdullah bin Abu Bakar bin Zaid bin al Muhajir, Muslim bin Abu Sahl an-Nabbal mengkhabarkan kepadaku, Hasan bin Usamah bin Zaid mengkhabarkan kepadaku, ia berkata: Aku mengetuk - pintu rumah - Nabi SAW untuk sejumlah keperluan, kemudian beliau keluar dalam keadaan menutupi sesuatu. Aku tidak tahu apakah sesuatu itu? Ketika aku selesai dari keperluanku, aku berkata, "Apakah sesuatu yang engkau tutup itu?" Beliau kemudian membukanya. Ternyata Hasan dan Husin berada di atas kedua pangkal pahanya. Beliau bersabda, "Kedua anak ini adalah anakku dan anak dari puteriku. Ya Allah, sesungguhnya aku mencintai keduanya, maka cintailah keduanya dan cintailah orang yang mencintai keduanya.
Tentu sahaja ada motifnya Rasulullah saw meminta kita mencintai cucunya.
Dari doa Rasulullah saw pada hadis itu jelas sekali mencintai Saidina Hasan dan Saidina Husin akan membuatkan kita pula beroleh cinta daripada Allah swt. Dan memburu cinta Allah adalah wajib. Melainkan saudara mahu memburu cinta selain Allah!
Sayugia diingatkan, cinta ini bukanlah cinta seorang datuk kepada cucunya. Nabi Muhammad adalah seorang utusan Allah. Setiap kata-katanya, tindak-tanduknya adalah daripada Allah swt. "Dan tidaklah yang diucapkannya (Nabi Muhammad) itu menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan." (An Najm: 3-4)
Maka, mengapa ada yang mahu menghalang pengucapan dan ekspresi cinta kepada Nabi Muhammad saw dan cucunya?
Tidakkah itu perbuatan jahat namanya? Tidakkah itu menyerupai perbuatan pembunuh-pembunuh Saidina Husin? Yakni cuba menafikan kebesaran, kemuliaan dan hak mereka.
Duhai bayangkan pula mereka yang membunuh Saidina Husin? Apakah mereka akan mendapat cinta Allah? Apakah mungkin ada dalam kalangan kita kerana jahil dan hanya mendengar cerita seorang dua ustaz beragenda, kita secara tidak sedar telah menjadi pengikut dan pembenar musuh Saidina Husin?
Ya Allah jauhilah kita dari penjahat-penjahat agama, khususnya mereka yang menyangka-nyangka tahu padahal mereka tidak tahu secara benar. Allah berfirman menerusi Surah Al-Hajj Ayat 3-4: Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan; yang telah ditetapkan kepada syaitan itu bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.
3. Adakah saudara boleh bermimpi untuk masuk syurga tanpa mencintai Saidina Husin? Bukankah baginda Husin penghulu di syurga?
Baca hadis ini:
Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abu Daud al Hafari menceritakan kepada kami dari Sufyan dari Yazid bin Abu Ziyad, dari Ibnu Abi Nu'am, dari Abu Sa'id al Khudri radiallahuanhu, ia berkata: Rasulullah saw bersabda, "Hasan dan Husin adalah pemimpin pemuda penghuni syurga."
Soalnya adakah orang tua di syurga?
Jika saudara cinta apa buktinya? Kematiannya yang tragis dan ngeri itu pun saudara tidak tahu dengan terperinci dan benar, bagaimana saudara boleh mengaku mencintainya dan ada hati untuk menjadi penghuni syurga? Bukankah jika kita tidak mengenal maka kita tidak mencinta. Soalnya jika anda kenal, kenalkah anda sungguh-sungguh mengapa Saidina Husin sampai syahid dibunuh dan falsafah di sebalik pengorbanan besar baginda itu.
4. Bagaimana cara kita mengenang kesyahidan Saidina Husin?
Dalam Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860:
Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah saw, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin.”
Hadis ini dan yang semakna juga terdapat dalam Mustadrak Al-Hakim, jilid 4 halaman 19 dan Tahdzib At-Tahdzib, jilid 2 halaman 356, hadis ke 615. Juga dalam Dzakhair Al-Uqba, halaman 148.
Bolehkah menangis? Mengapa pula tidak boleh? Isteri Rasullullah saw, Ummu Salamah sendiri menangis mengenangkan pembunuhan Saidina Husin, mengapa tidak kita? Nabi tidak pula melarang isterinya. Bahkan Nabi Muhammad menjelma di hadapan Ummu Salamah dalam keadaan kesedihan sehingga berlumuran debu!
Nabi Yaakub a.s menangisi kehilangan Nabi Yusuf sampai matanya buta, Allah pun tidak melarang. Mengapa anda ingin menghalang saya mengenang pemenggalan dan pembunuhan cucu Nabi Muhammad saw dengan kesedihan?
5. Kalau kita benar-benar mencintai Rasulullah. Kita pun meraikan kelahiran baginda (maulidurrasul), kita raikan israk mikraj, kita raikan setiap kegembiraan baginda Nabi Muhammad saw.
Mengapa ketika kesedihan dan kedukaan Nabi Muhammad kita mahu melupakannya dan tidak mahu menangisinya seperti yang Rasulullah saw lakukan? Bolehkah saudara mencintai Rasulullah dan hanya bersama dengannya ketika senang dan meninggalkan baginda nabi ketika baginda bersedih? Tidakkah itu aneh? Dan adalah jelas, Nabi Muhammad saw dalam keadaan duka oleh kesyahidan cucunya yang dianiaya sedemikian rupa.
Mengapa saudara tidak mahu mengikut Nabi Muhammad? Mengapa saudara mahu mengikut ustaz saudara yang belum tentu dapat menjamin saudara ke syurga? Tidakkah itu perbuatan bodoh dengan menjadi seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang membuta tuli mengikut dan membuntut tanpa tahu kebenaran. Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 31, 'Mereka menjadikan Pendita-Pendita dan Ketua Agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah'.
Soalnya, dapatkah ustaz saudara yang belum tentu tahu sungguh itu menjamin saudara akan cinta Husin, cinta Nabi Muhammad dan kemudian cinta Allah?
Memang, ada bermacam-macam cara dan alasan diberikan untuk menutup kebenaran ahlul bait (dalam konteks ini Saidina Husin) tetapi saudara akan gagal. Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 32: Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka.
Berharaplah kepada Rasulullah, 'Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang berharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al Ahzab ayat 21).
Salam ke atasmu wahai baginda Husin penghulu syurga. Salam ke atasmu. Semoga Allah mencintai kami kerana mencintaimu. Dan laknat Allah untuk musuh-musuh Saidina Husin dan Rasulullah saw (serta orang yang mempertahankan mereka) laknat yang kekal abadi seperti mana dilaknat ke atas Abu Lahab.
Alangkah jahil manusia itu. Saya menjawab:
1. Yang sudah-sudah itu sejarah dan sejarah wajib kita pelajari dan kita bongkar untuk membolehkan kita meletakkan diri kita dalam kebenaran. Bukankah kita berdoa dan membaca al-Fatihah dalam solat meminta jalan yang lurus? Maka jalan yang lurus itu harus kita kenali. Jalan lurus itu boleh sahaja disimpang siurkan oleh kaum munafik yang boleh kita kenal jika kita rajin melakukan analisis.
Apa yang ada dalam al-Quran antaranya ialah sejarah; sejarah para nabi, sejarah umat terdahulu. Jika ia adalah yang sudah-sudah dan tidak harus dibangkitkan lagi, maka mengapa al-Quran menyatakan semua hal yang sudah-sudah itu?
Allah berfirman supaya kita mengambil pengajaran dan merenung sejarah: “Bacakanlah kepada mereka kisah orang-orang yang Kami berikan ayat-ayat Kami lalu mereka menjauhkan diri dari ayat-ayat tersebut lalu Syaitan mengekorinya dan jadikan dia orang-orang yang sesat. Kalau Kami kehendaki, Kami akan mengangkat (kedudukan)nya dengan ayat-ayat tersebut tetapi dia telah cenderung ke (perhiasan dan godaan) dunia dan mengikut hawa nafsunya. Dia adalah umpama anjing yang sekiranya kamu memikulnya ia menjelirkan lidahnya atau sekiranya kamu membiarkannya ia menjelirkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah supaya mereka berfikir” (Al-A’raaf:175-176).
Nah, tidakkah saudara mahu berfikir seperti yang dituntut oleh Allah? Mengapa saudara ingin menutup peristiwa pembunuhan cucunda Nabi Muhammad saw? Kita wajib memikirkan ia dan berpihak dalam hal pembunuhan tersebut.
2. Peristiwa pembunuhan cucu Nabi Muhammad wajib direnung kembali. Kerana jika saudara inginkan syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak, tiada jalan yang munasabah melainkan menerusi cinta kepada keluarganya (dalam konteks ini cucu baginda Saidina Husin).Saya ingin memetik hadis ini, perihal Nabi Muhammad saw yang mencintai cucunya.
Sufyan bin Waki' dan 'Abd bin Humaid menceritakan kepada kami, keduanya berkata: Khalid bin Mukhlad menceritakan kepada kami, Musa bin Ya'qub az Zam'i menceritakan kepada kami, dari Abdullah bin Abu Bakar bin Zaid bin al Muhajir, Muslim bin Abu Sahl an-Nabbal mengkhabarkan kepadaku, Hasan bin Usamah bin Zaid mengkhabarkan kepadaku, ia berkata: Aku mengetuk - pintu rumah - Nabi SAW untuk sejumlah keperluan, kemudian beliau keluar dalam keadaan menutupi sesuatu. Aku tidak tahu apakah sesuatu itu? Ketika aku selesai dari keperluanku, aku berkata, "Apakah sesuatu yang engkau tutup itu?" Beliau kemudian membukanya. Ternyata Hasan dan Husin berada di atas kedua pangkal pahanya. Beliau bersabda, "Kedua anak ini adalah anakku dan anak dari puteriku. Ya Allah, sesungguhnya aku mencintai keduanya, maka cintailah keduanya dan cintailah orang yang mencintai keduanya.
Tentu sahaja ada motifnya Rasulullah saw meminta kita mencintai cucunya.
Dari doa Rasulullah saw pada hadis itu jelas sekali mencintai Saidina Hasan dan Saidina Husin akan membuatkan kita pula beroleh cinta daripada Allah swt. Dan memburu cinta Allah adalah wajib. Melainkan saudara mahu memburu cinta selain Allah!
Sayugia diingatkan, cinta ini bukanlah cinta seorang datuk kepada cucunya. Nabi Muhammad adalah seorang utusan Allah. Setiap kata-katanya, tindak-tanduknya adalah daripada Allah swt. "Dan tidaklah yang diucapkannya (Nabi Muhammad) itu menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan." (An Najm: 3-4)
Maka, mengapa ada yang mahu menghalang pengucapan dan ekspresi cinta kepada Nabi Muhammad saw dan cucunya?
Tidakkah itu perbuatan jahat namanya? Tidakkah itu menyerupai perbuatan pembunuh-pembunuh Saidina Husin? Yakni cuba menafikan kebesaran, kemuliaan dan hak mereka.
Duhai bayangkan pula mereka yang membunuh Saidina Husin? Apakah mereka akan mendapat cinta Allah? Apakah mungkin ada dalam kalangan kita kerana jahil dan hanya mendengar cerita seorang dua ustaz beragenda, kita secara tidak sedar telah menjadi pengikut dan pembenar musuh Saidina Husin?
Ya Allah jauhilah kita dari penjahat-penjahat agama, khususnya mereka yang menyangka-nyangka tahu padahal mereka tidak tahu secara benar. Allah berfirman menerusi Surah Al-Hajj Ayat 3-4: Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan; yang telah ditetapkan kepada syaitan itu bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.
3. Adakah saudara boleh bermimpi untuk masuk syurga tanpa mencintai Saidina Husin? Bukankah baginda Husin penghulu di syurga?Baca hadis ini:
Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abu Daud al Hafari menceritakan kepada kami dari Sufyan dari Yazid bin Abu Ziyad, dari Ibnu Abi Nu'am, dari Abu Sa'id al Khudri radiallahuanhu, ia berkata: Rasulullah saw bersabda, "Hasan dan Husin adalah pemimpin pemuda penghuni syurga."
Soalnya adakah orang tua di syurga?
Jika saudara cinta apa buktinya? Kematiannya yang tragis dan ngeri itu pun saudara tidak tahu dengan terperinci dan benar, bagaimana saudara boleh mengaku mencintainya dan ada hati untuk menjadi penghuni syurga? Bukankah jika kita tidak mengenal maka kita tidak mencinta. Soalnya jika anda kenal, kenalkah anda sungguh-sungguh mengapa Saidina Husin sampai syahid dibunuh dan falsafah di sebalik pengorbanan besar baginda itu.
Dalam Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860:
Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah saw, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin.”
Hadis ini dan yang semakna juga terdapat dalam Mustadrak Al-Hakim, jilid 4 halaman 19 dan Tahdzib At-Tahdzib, jilid 2 halaman 356, hadis ke 615. Juga dalam Dzakhair Al-Uqba, halaman 148.
Bolehkah menangis? Mengapa pula tidak boleh? Isteri Rasullullah saw, Ummu Salamah sendiri menangis mengenangkan pembunuhan Saidina Husin, mengapa tidak kita? Nabi tidak pula melarang isterinya. Bahkan Nabi Muhammad menjelma di hadapan Ummu Salamah dalam keadaan kesedihan sehingga berlumuran debu!
Nabi Yaakub a.s menangisi kehilangan Nabi Yusuf sampai matanya buta, Allah pun tidak melarang. Mengapa anda ingin menghalang saya mengenang pemenggalan dan pembunuhan cucu Nabi Muhammad saw dengan kesedihan?
5. Kalau kita benar-benar mencintai Rasulullah. Kita pun meraikan kelahiran baginda (maulidurrasul), kita raikan israk mikraj, kita raikan setiap kegembiraan baginda Nabi Muhammad saw.
Mengapa ketika kesedihan dan kedukaan Nabi Muhammad kita mahu melupakannya dan tidak mahu menangisinya seperti yang Rasulullah saw lakukan? Bolehkah saudara mencintai Rasulullah dan hanya bersama dengannya ketika senang dan meninggalkan baginda nabi ketika baginda bersedih? Tidakkah itu aneh? Dan adalah jelas, Nabi Muhammad saw dalam keadaan duka oleh kesyahidan cucunya yang dianiaya sedemikian rupa.Mengapa saudara tidak mahu mengikut Nabi Muhammad? Mengapa saudara mahu mengikut ustaz saudara yang belum tentu dapat menjamin saudara ke syurga? Tidakkah itu perbuatan bodoh dengan menjadi seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang membuta tuli mengikut dan membuntut tanpa tahu kebenaran. Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 31, 'Mereka menjadikan Pendita-Pendita dan Ketua Agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah'.
Soalnya, dapatkah ustaz saudara yang belum tentu tahu sungguh itu menjamin saudara akan cinta Husin, cinta Nabi Muhammad dan kemudian cinta Allah?
Memang, ada bermacam-macam cara dan alasan diberikan untuk menutup kebenaran ahlul bait (dalam konteks ini Saidina Husin) tetapi saudara akan gagal. Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 32: Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka.
Berharaplah kepada Rasulullah, 'Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang berharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al Ahzab ayat 21).
Salam ke atasmu wahai baginda Husin penghulu syurga. Salam ke atasmu. Semoga Allah mencintai kami kerana mencintaimu. Dan laknat Allah untuk musuh-musuh Saidina Husin dan Rasulullah saw (serta orang yang mempertahankan mereka) laknat yang kekal abadi seperti mana dilaknat ke atas Abu Lahab.
21 December 2009
Cinta Hamka Kepada Saidina Husin
Hari ini, generasi Y yang ketinggalan dalam banyak perkara keilmuan (kurang membaca, mengkaji, menganalisis dan menggunakan akal) sering benar ditipu dan dibodohkan oleh fakta-fakta yang bersalahan oleh ustaz-ustaz yang memiliki agenda tertentu.
Tulis Hamka:
Seketika saya datang ke Irak yang mula-mula (Oktober 1950), dalam perjalanan ke Najaf (pusara Sayidina 'Ali) dan ke Karbala (pusara Sayyidina Husain), Muzawwir bertanya saya datang dari mana. Saya jawab dari Indonesia. Dia tanya mazhab, saya jawab Syafi'i. Lalu penunjuk jalan itu berkata: 'Mazhab Syafi'i adalah Mazhab yang paling dekat kepada syiah, dan paling cinta kepada Husain!
Maaf! - jawab saya - Saya tidak bermazhab syiah, tetapi saya mencintai Husain!
Sesudah ziarah tahun 1950 itu saya telah ziarah lagi pada tahun 1968. Jalan sudah lebih teratur. Najaf dan Karbala telah mudah dihubungi dari Baghdad, demikian juga ke negeri Samarra! Di sanalah ghaib Imam yang ke-12, dan di sana pula ditunggu (Muntazhar), karena dia akan datang kembali ke dunia ini membawa keadilan dan kebenaran. Demikian kepercayaan orang syiah.
Dari semua ziarah itu bertambahlah teguh rasa cinta saya kepada kedua cucu Rasulullah saw, Hasan dan Husain, di samping bertambah teguh keyakinan saya dalam Mazhab Sunni. Sebab cinta lain dan pendirian agama lain pula.
Ketika orang bertanya kepada saya berpihak ke mana saya dalam hal pertentangan yang terjadi di zaman dahulu itu, saya pun menurut saja akan pendirian ulama dahulu-dahulu, sebagai Imam Abu Hanifah, Hasan al Bishri dan Umar Bin Abdul Aziz.Di antara mereka berkata:
Itulah darah-darah yang telah tertumpah, yang Allah telah membersihkan tanganku dari pada percikannya; maka tidaklah aku suka darah itu melumuri lidahku.
al-Haqir - Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (31 Mei 1978).
Saya ingin menutup entri ini dengan menegaskan: Takut apa mencintai ahlul bait dan menggali kebenaran mereka? Takut apa melaknat musuh mereka yang menumpahkan darah ahlul bait tercinta pada Muharram yang penuh pengorbanan ini, sungguh kita tidak dapat mencintai kekasih (Saidina Husin dan ahlul bait) dan dalam masa yang sama mencintai pengkhianat mereka (Bani Umaiyyah). Kita hanya boleh memilih untuk mencintai sepihak!
20 December 2009
Mengenal Penjenayah Perang
Abdullah bin Handhalah adalah seorang sahabat Nabi saw; setelah syahidnya cucunda Nabi, Saidina Husein di Karbala, beliau mengumpulkan orang ramai di halaman Masjid Nabi di Madinah dan berkata mengenai Yazid: "Hai manusia kami datang kepada kalian keraena seseorang yang meninggalkan solat dan mempunyai kegemaran minum minuman keras....dan gemar bermain dengan kera dan anjing. Maka apabila bai'ah kepadanya tidak dicabut, saya takut kita semua akan dihujani batu [oleh Allah] dari langit."
Hasan al-Basri ketika menyimpulkan perbuatan-perbuatan buruk Muawiyah mengatakan: "Pertama, ia telah merampas kerusi khalifah tanpa permesyuaratan. Kedua, dia berani menentukan anaknya [Yazid], pemabuk yang bergelumang dengan khamar, mengenakan pakaian sutera dan menabuh gendang itu sebagai khalifah umat Islam setelah kematiannya. Ketiga, menasabkan Ziyad bin Sumayyah kepada Abu Sufian [ayahnya] sedangkan Rasulullah saw telah bersabda: 'Seorang anak dinasabkan kepada ayahnya yang sah, dan tiada hak bagi penzina'. Keempat, dia telah membunuh Hujr bin Adi dan sahabat-sahabatnya. [al-Isti'ab, Jilid 1, halaman 135; al-Tabari, Jilid 4, halaman 208]
Abdullah, putera kepada Imam Ahmad bin Hanbal, pada suatu hari bertanya kepada ayahnya tentang hukum melaknat Yazid. Ia menjawab:" Bagaimana aku tidak melaknat orang yang dilaknat oleh Allah?" Kemudian Imam Hanbal membaca ayat dari Surah Muhammad ayat 22-23, yang bermaksud: "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan, mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan dituliskan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya mata mereka." Kemudian dia berkata: "Kerosakan dan pemutus hubungan kekeluargaan yang bagaimanakah lebih besar daripada yang telah dilakukan oleh Yazid?" [Al-Bidayah, Jilid 8, halaman 223]
Penjenayah perang dan sekutunya telah membunuh permata hati Rasulullah saw.
Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan dalam Sahih Al-Tirmidzi daripada Ya'la bin Murrah menegaskan kecintaan kepada Saidina Husin akan mendapat cinta daripada Allah SWT:
"Husin daripadaku dan aku pula daripada Husin, Allah mencintai sesiapa yang mencintai al-Husin.”

17 December 2009
Revolusi Pembudayaan Selawat di MHI TV3, 18 Disember
Anggota Revolusi Pembudayaan Selawat yang pernah berlakon dalam pementasan teater Kopitiam Ghadir akan muncul di rancangan Malaysia Hari Ini (TV3) 18 Disember 2009 sekitar pukul 8-9 pagi Insya-Allah.Mereka dalam rangka mempromosikan single berjudul Keutamaan Selawat. Semoga usaha murni mereka membudayakan selawat dalam hidup kita akan mendapat perhatian Allah, Rasulullah saw dan sekalian wali nan suci.
Tidak ada yang paling munasabah untuk kita lakukan pada pagi 1 Muharam melainkan menjiwai, menghayati dan membudayakan selawat.
Lawati blog RPS di sini (klik)
Subscribe to:
Posts (Atom)